Thursday, August 20, 2009

Soalan-soalan PEGUAM yang kadang-kadang buat saksi PENING

Attorney : The youngest son, the twenty-year-old, how old is he?
Witness : Uh, he's twenty-one..
________________________________________


Attorney : So the date of conception (of the baby) was August 8th?
Witness : Yes.
Attorney : And what were you doing at that time?
Witness : Uh....
________________________________________


Attorney : She had three children, right?
Witness : Yes.
Attorney : How many were boys?
Witness : None.
Attorney : Were there any girls?
________________________________________


Attorney : How was your first marriage terminated?
Witness : By death.
Attorney : And by whose death was it terminated
________________________________________


Attorney : Did you ever stay all night with this man in New York?
Witness : I refuse to answer that question.
Attorney : Did you ever stay all night with this man in Chicago?
Witness : I refuse to answer that question.
Attorney : Did you ever stay all night with this man in Miami
Witness : No.
________________________________________


Attorney : Are you legally qualified to give a urine sample?
Witness : Huh?
________________________________________


Attorney : Mr. Clark, you went on a rather elaborate honeymoon, didn't you?
Witness : I went to Europe, sir.
Attorney : And did you take your new wife?
Witness : (Blur)

____________________________________________________________

Wednesday, August 19, 2009

Signboard Ramadhan

[Klik gambar, mudah-mudahan gambarnya boleh dilihat besar sedikit]

Calon BN dinasihatkan buat AKUAN BERSUMPAH

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Rohaizat Othman supaya memberi kenyataan bersumpah jika perlu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu pembatalan lesen guaman sivilnya.

Beliau berkata tindakan itu bertujuan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan kenyataan sebenar mengenai isu itu.

“Apa pun yang mustahak, kita bagi kenyataan yang betul. Saya telah bagi tahu Rohaizat bahawa kalau perlu beliau akan bagi kenyataan bersumpah untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya supaya tidak ada pihak yang menyelewengkan kenyataan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
________________________
BN ni tak habis-habis dengan SUMPAH. Dulu masa PrK Permatang Pauh, SUMPAH jugak.
Kalau dah rasa betul, buat apa nak SUMPAH. Nanti dimamah SESUMPAH.
Pinjam kata-kata para Munturi BN, kalau betul, bawa jadi kes MAHKAMAH sahaja. Tapi kat situ (Mahkamah) pun kena SUMPAH jugak, "Bersumpah bahawa akan bercakap benar tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka". Sumpah I tak tipu you!

Sunday, August 16, 2009

BERITA GEMPAR : Calon BN - TELAH dibatalkan STATUS sebagai seorang PEGUAM!

YA! Begitulah tajuk

Tahniah kepada BN kerana memilih calon yang SESUAI & RELEVAN.

Jumaat lepas (14 Ogos 2009), selepas diumumkan calon BN, Rohaizat Othman, hari berikutnya TERPAMPANG di dada akhbar 1Malaysia - PEGUAM lawan Peniaga.

Saya sebenarnya tiba-tiba rasa teruja. PEGUAM!. Mesti "Rakan Bijaksana Saya" (skrip formal yang biasa diucapkan di dalam mahkamah bagi merujuk kepada Peguam lain yang mewakili pihak satu lagi).

Seperti biasa, untuk mengetahui siapa Rakan Bijaksana Saya itu, saya pun buka LAMAN WEB RASMI MAJLIS PEGUAM.

Yang terjumpa adalah ini :-


7 March 2008

Order under Section 103D LPA 1976

Rohaizat bin Othman - (Struck Off)

Link direct ada di alamat ini Web Rasmi MAJLIS PEGUAM

Nota : Struck Off = Dibatalkan! Ini bermakna beliau tidak boleh diberi gelaran/title Peguambela & Peguamcara kerana TIADA Sijil Amalan Guaman & Sijil Tahunan sebagai seorang Peguam yang SAH!

Apabila Badan Disiplin yang dilantik oleh Majlis Peguam menyiasat dan seterusnya membuat keputusan (PERINTAH), bahawa seseorang peguam itu dikenakan STRUCK OFF, kesalahan yang dilakukan bukan calang-calang kesalahan/kesilapan.

Inikah PILIHAN yang UBN berikan kepada PENGUNDI di Permatang Pasir?

BIJAK! BIJAK!

Saturday, August 15, 2009

Virus N11 pula munchol di 1Malaysia - Reuters

Menurut sumber yang SAHIH BUKHARI dari Meja Pengarah CIA, Virus baru yang dikenali dengan demam N11 akan melanda atau menyerang 1Malaysia bagi tempoh 8 hari berturut-turut. Di dalam masa yang sama penularan virus H1N1 tetap tersebar dan pihak kementerian yang berkenaan masih menggunakan statement yang sama iaitu KEADAAN MASIH TERKAWAL.
Namun anda jangan bimbang, demam N11 tersebut hanya dikatakan KUAT tersebar di Penang sahaja walaupun hakikatnya TEMPIAS akan meliputi satu negara.
Kalu tak percaya, boleh tanya warga PERMATANG PASIR.

Tuesday, August 11, 2009

Gambar PANAS Khairy Jamaludin di DUN Permatang Pasir

"Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Ingat!"

Imam Besar KJ. Baju HIJAU kopiah putih yang tak tahan tu. (Hehe)

Monday, August 10, 2009

Laporan Polis Ketua DAPSY, H1N1 & Gula

SKRIP LAPORAN POLIS

Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.


Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.

Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.

Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.

Sekian laporan saya.


YB ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Ahli Parlimen Rasah
___________________

Baru semalam saya menulis berkenaan dengan SERANGAN-SERANGAN ke atas Pakatan Rakyat (terutama di Selangor). Hari ini, kisah sebegini pula timbul (saya sudah tahu kisah ini sebelum ini lagi).

PELURU demi PELURU sudah munchol.

Minggu depan penamaan calon PrK Permatang Pasir. Mesti hangat & hangit.

PASTI ada banyak lagi PELURU dan/atau PELURU BERPANDU akan turut dilepaskan selepas ini.

Peluru pun pelurulah. Tapi isu pandemik H1N1 apa cerita? Ayat SKIMA yang diguna "Keadaan Terkawal". Saya kata, TERKAWAL sebab tidak ada lagi ahli keluarga dan/atau kaum kerabat MENTERI yang kena H1N1 (Nauzubillah). Kalu dah kena, apa pulak depa akan kata? Hangpa agak apa Munturi akan kata?

Tertunggu-tunggu jugak Pak Menteri kata, "Pemimpin PR mempolitikkan isu H1N1". Hmmm ye lah tu. Tak habis-habis politik. Asal pemimpin PR bersuara sahaja maka setiap perkara akan jadi POLITIK.

Gula pulak apa cerita? Aduyai... Mat Monggol Mat Monggol.....

(Sila baca ikut nada lagu raya) "Bila tiba hari raya.... bekalan gula pun tiada..."


1Malaysia. Iya je lah...


Sunday, August 9, 2009

HATI-HATI Speaker & Timb. Speaker DUN Selangor

Semalam, PM 1Malaysia yang diberi gelaran Mat Monggol (Nama ini tiada kena-mengena dengan kisah Hantu Altantuya) berkata, "Selangor mesti dikembalikan kepada BN".

Peristiwa yang MUNGKIN BAKAL berlaku (Nauzubillah) yang perlu diambil perhatian adalah:-

1) Speaker dan/atau Timbalan Speaker (MUNGKIN) diculik/terculik dan/atau HILANG;

2) 8 atau 9 ADUN Lompat Parti dan/atau isytihar jadi ADUN Bebas;

3) Bukan sahaja isu-isu baru akan timbul (Isu Arak adalah WARM UP SAHAJA maaa) di Selangor.

4) Media akan GAMBARkan kerajaan PR di Selangor GOYAH / Tidak SEPAKAT / Tikam Belakang / Tidur Sebantal Mimpi Lain-lain.

5) FITNAH akan berleluasa.

Satu perkara yang MENARIK mengenai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah, berbeza dengan di Negeri Perak Darul Ridzuan, Sultan Selangor boleh melalui Fasal 55 (2) (b) untuk MENOLAK permohonan MB untuk membubarkan DUN (In case 8 @ 9 ADUN Lompat Parti). Peruntukannya berbunyi...

"Duli Yang Maha Mulia boleh bertindak menurut budi bicara Baginda pada melaksanakan fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya Baginda boleh bertindak menurut budi bicara Baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu :-

(b) keengganan untuk memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Negeri"

Saturday, August 8, 2009

H1N1 : Mesej dari seorang Dr untuk DIFIKIRKAN bersama

Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG... Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER... NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.

Second Stage

Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage

Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.

Virus H1N1 ni VERY genius virus.. Can HIDE in our body (Pandai main SOROK-SOROK)... Difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus.... woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.

[Note : Kepada para Bloggers friends, forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA].

Thursday, August 6, 2009

PrK Permatang Pasir diadakan pada 10 Syawal

Lihat betul-betul pada gambar terutama selepas perkataan Hari...


Permatang Pasir - Tugas SPR dan/atau SPRM bakal menjadi haru biru pada SYAWAL bulan depan. Ini kerana, daripada maklumat dalaman yang masih samar-samar anginnya, tarikh 29 September 2009 bersamaan dengan 10 Syawal 1430H dikatakan TARIKH KERAMAT sebagai PILIHAN untuk diadakan Prk Permatang Pasir.

Sekiranya ini BENAR-BENAR berlaku, DI ANTARA skrip yang akan BERKUMANDANG di Permatang Pasir adalah :

"Marilah singgah rumah kami, ada "DUIT RAYA" tau".

"Dah dapat DUIT RAYA ke?".

Maka dengan itu, SPR dan SPRM akan pening kepala dan berasa gundah gulana. Adakah HUKUM "Pemberian" DUIT RAYA itu jatuh dalam maksud RASUAH sebagaimana termaktub di dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya.

Tak sabo rasanya nak BERAYA di Permatang Pasir tahun ini. Sape tak nak DUIT RAYA oii...

Wednesday, August 5, 2009

UBN mahu I.S.A Kekal : Anda mahu kekalkan UBN?

By Wong Chin Huat

A FRIEND asked on Facebook: "[The Barisan Nasional] (BN) insists [on keeping the Internal Security Act (ISA)]; do you want to keep the BN?"

This question is spot on. It simplifies many issues into a single concern. It almost frames for Malaysians a referendum question — that is, a public vote over a single issue. Do we want to live in a country like this?

Metaphorically, the 1 Aug 2009 pro- and anti-ISA protests were a referendum waiting to be put to the vote. But as it turned out, it isn't just about the ISA anymore. The BN may have disagreed with the call to repeal the ISA, but did it need to make 589 arrests in one day? Did it need to rough up the elderly, women and children? Did it need to fire tear gas on Masjid Jamek as if it were another Gaza? Did it need to spray water cannons on Jalan Tunku Abdul Rahman as if it were Bangkok during the Songkran festival?

We can always agree to disagree on laws and policies, but we cannot agree to disagree on the use of violence.

Violence is exactly what 1 Aug was about, and it's what tens of thousands of us who were fired at with water cannons and tear gas in central Kuala Lumpur will remember, whether we were there to demonstrate or to shop.

Like 7 May, the day democracy was brutally raped in Perak and Malaysia, and 16 July, the day Teoh Beng Hock was found dead after 11 hours of interrogation by the Malaysian Anti-Corruption Commission, 1 Aug has become a day to determine the nature of civility. Never mind that the anti-ISA rally was less organised and successful than the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)'s rally on 10 Nov 2007.

In every country, people quarrel over politics. In every marriage, partners argue. But in most nations today, political violence, like domestic violence, is no longer tolerated. You quarrel, but you don't beat people up. It's called being civilised.

Thus, the referendum on 1 Aug is really about our nationhood. Is Malaysia a civilised or barbaric nation?

Tuesday, August 4, 2009

VIDEO HANGAT : Tahanan Demo berDEMO dalam BALAI

1 Ogos 2009 - Saya sendiri telah ditahan (sudah dipegang kedua-dua tangan) oleh Polis. 12 Orang ramainya Polis mengelilingi saya ketika itu yang mana turut bersama saya adalah SU Perhubungan PAS Negeri Selangor, Saudara MK juga seorang peguam. Namun, setelah bernegosiasi dan berhujah dengan peruntukan undang-undang - Akta Polis, Kanun Kesiksaan dan Kanun Acara Jenayah, satu kata sepakat dicapai. Kami hanya diberi AMARAN oleh Polis dan mereka memohon kerjasama agar kami tidak menyertai perhimpunan (baca : Demo).

Ketika tangan dipaut oleh Polis, satu soalan yang saya tanya, "Tuan Inspektor (cam pangkat pada bahunya), adakah saya ditangkap?". Dia tidak menjawab tetapi berkata, "Kami hanya nak buat siasatan, kita bincang lanjut di balai". Saya tanya lagi, "Siasatan di bawah Seksyen & Akta apa?". Mungkin kelebihan pada saya & MK ketika itu (kedua-duanya Peguam) maka untuk tidak memanjangkan cerita (sebab dah hampir 15 minit ber"BINCANG"),
akhirnya atas prinsip PROFESIONAL, kami dilepaskan. Lagipun ketika itu baru pukul 11 lebih. Demo pun tak start lagi!.

Namun, bukan kisah itu yang nak disampaikan di sini, tetapi KISAH para Demonstran yang telah ditangkap dan ditempatkan di PGA Cheras.

Mungkin ada di antara kita yang nak melihat BAGAIMANA KEADAANNYA sahabat/iah "di dalam" sana.

Saya selepas melihat rakaman tersebut, TERGELAK BESAR.

Tahanan DEMO berDEMO dalam tahanan Polis!


Rakaman oleh Saudari Aiman Athirah ada di sini.

Penasihat Undang-Undang Pro I.S.A BUKAN Ahli Pas

Penasihat Undang-undang MAGARAN (Pertubuhan apa pulak ni?), En. Mohd Khairul Azam baru-baru ini menyatakan bahawa beliau adalah Ahli Pas di Kawasan Sungai Ramal, Kajang.

Kenyataan MEDIA daripada Pemuda Serdang bagi menjawab KESAHIHAN perkara tersebut dipaparkan di SINI.

Tuan/Puan boleh menilai sendiri siapa yang BENAR dan siapa yang BOHONG.

Monday, August 3, 2009

SIGNAL dari LANGIT : Mangsa ke-8 H1N1

Mohamad Fakri Syah Rosli, 11 tahun menjadi mangsa ke-8 penyakit influenza A (H1N1).

Allahyarham merupakan seorang murid darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor. Beliau meninggal dunia kira-kira 8 pagi, selepas tiga hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Jika kita baca dan pelajari KEPERCAYAAN kaum cina pada zaman dahulu, setiap satu DINASTI akan ditumbangkan sekiranya pemerintah gagal menangangi wabak penyakit yang melanda negara. Mereka beranggapan bahawa wabak tersebut adalah SINAL dari langit untuk menukar kerajaan.

Adakah di 1Malaysia akan berlaku perkara yang sama?

SUHAKAM : Hormati hak untuk BERHIMPUN

THE Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) regrets to note that in the process of dispersing the 15,000-strong crowd marching in protest of the Internal Security Act (ISA) in Kuala Lumpur on 1 Aug 2009, the police used tear gas and water [cannons] excessively, which also affected bystanders.

The day of the public assembly ended with the police reportedly arresting [nearly] 600 people and 44 juveniles aged between 13 and 17 years old at different locations in the city.

In this regard, Suhakam strongly maintains its stand that the people have the right to participate in peaceful assemblies. Suhakam has consistently urged the government to consider and take into account the recommendations made by the commission on freedom of assembly, as enunciated in the reports of the Kesas Highway and KLCC Bloody Sunday Public Inquiries.

It is therefore recommended that in the event where police find it necessary to control or disperse a crowd, proportionate and non-violent methods should be invoked.

In addition, it is also Suhakam's grave concern that the children who were arrested during the rally were handcuffed, detained and held under remand together with the rest of the adult protesters.

Suhakam would like to draw the government's attention to its obligations to observe and protect the rights of children as stipulated under the Child Act 2001 and the Convention on the Rights of the Child.

Consequently, in view of the situation that took place last weekend, Suhakam urges the government to seriously consider Suhakam's recommendation made since 2003 to repeal the ISA due to its nature of detention without trial, which is clearly an infringement of the principles of human rights.

Suhakam would like to reiterate its stance that the ISA should be repealed and replaced by a new comprehensive legislation that balances national security and human rights, [such as] a specific Anti-Terrorism Act to deal with anti-terrorism and mass acts of violence.

Tan Sri Simon Sipaun
Vice-Chairperson
Suhakam

3 Aug 2009

Saturday, August 1, 2009

Apabila DEMO dikatakan >> Dipolitikan dan Menyusahkan

Semalam, 1 ogos 2009, di negara 1Malaysia sekali lagi menyaksikan PERUNTUKAN Perlembagaan diCABUL oleh pihak UBN yang BUAT MASA SEKARANG masih/sedang memegang tampuk pemerintahan KERAJAAN Persekutuan. Tatkala mereka masih berkuasa, mereka memang punya KUASA PEMUTUS untuk semua perkara. Itu BUAT MASA SEKARANG. Selepas PRU13 nanti, kita BELUM TAHU lagi. Kita tunggu & lihat.

Perlembagaan Malaysia melalui BAHAGIAN II, Perkara 10 (1) (b) memperuntukkan:-

"all citizens have the right to assemble peaceably and without arms". JELAS dan TERANG lagi bersuluh.

Demonstarsi MANUSH I.S.A 1.8.2009 dikatakan DIPOLITIKAN oleh pihak tertentu.

Sekarang ini, di 1Malaysia, KESIMPULANNYA, SETIAP PERKARA yang TIDAK SELARI atau MENENTANG pendirian kerajaan persekutuan akan diputuskan oleh MAHKAMAH Umno/BN sebagai satu perkara yang DIPOLITIKAN.

BERKENAAN NYAWA MANUSIA pun (Tanpa merujuk kepada kes Altantuya @ Teoh) apabila pemimpin yang BUKAN dari kalangan UBN bersuara baru sepatah dua, akan dikatakan jatuh dalam tajuk POLITIK.

Pendek kata, bersuara sahaja pemimpin PR, maka hukumnya POLITIK. Hatta jika ada pimpinan BUKAN UBN bersuara mengenai bangkai kambing mati di tepi jalan tanpa diselenggara oleh pihak berwajib sekalipun juga turut dikatakan POLITIK.

Itulah HAKIKAT di Malaysia sekarang ini. 1MALAYSIA!

Turut dikatakan juga yang menganjurkan Demo MANSUH ini menyusahkan rakyat.

Terfikir jugak, SIAPA yang:-

1) Buat Roadblock (tutup 3 laluan kepada 1 jalan) & kununnya menahan & memeriksa kenderaan yang yang menghala ke pusat bandar;

2) Menutup jalan-jalan;

3) Mengarahkan kenderaan-kenderaan patah balik;

4) Dan yang penting, KERAJAAN mana yang MENCIPTA I.S.A ini?

Siapa yang memulakan PENYUSAHAN ini?

Alangkah bagusnya jika ada pihak yang :-

1) MENGURUSKAN lalulintas yang menghala ke pusat bandar akan lebih lancar;

2) MEMBANTU perjalanan Demo MANSUH; dan/atau

3) MENJAGA keselamatan dengan kerjasama yang mantap kepada penganjur.

Jika ini berlaku, Demo MANSUH ISA pasti selesai dalam 2-3 jam sahaja.

So, sekarang ini, SIAPA yang menyusahkan?

Semua yang buruk itu datangya dari Umno/BN.

Sekian, wassalam.