Cacar air (atau istilah yang popularnya Chicken Pox) ialah penyakit merebak akibat jangkitan virus varicella-zoster (satu daripada keluarga virus herpes). Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak dan mereka akan pulih.
Cacar air adalah di antara penyakit yang cukup ‘klasik’ paling mudah berjangkit. Apabila cacar air menyerang, badan dan muka pesakit dipenuhi repuh iaitu bengkak kecil mengandungi cecair yang boleh pecah dan berkeruping. Memang kasihan melihat pesakit terutama kanak-kanak diserang cacar air kerana mereka menderita kegatalan. Cacar air tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Rawatan biasanya diberi untuk meredakan gejala penyakit.
Seringkali kita bertanya-tanya bagaimana kalau sampai usia dewasa belum terkena penyakit cacar air?
Menurut Pakar Perubata, gejala yang dialami pada orang dewasa lebih parah daripada pada masa kanak-kanak. Demam yang dialami lebih parah dan berlangsung lebih lama, sakit kepala serta lukanya lebih berat serta bekas luka yang ditinggalkan akan lebih dalam. Kalau pada anak-anak kebanyakan komplikasi hanya berupa infeksi varisela pada kulit, pada orang dewasa kemungkinan terjadinya komplikasi berupa radang paru-paru atau pneumonia 10 - 25 lebih tinggi daripada pada anak. Perokok dikatakan berisiko pneumonia lebih tinggi dibanding yang bukan perokok. Komplikasi yang berlaku berupaya menyebabkan radang otak, radang sumsum tulang, kegagalan hati, hepatitis serta sindrom Reye (Gangguan pada sistem otak dan hati).
Yang lebih dikhuatirkan adalah virus ini akan tinggal di dalam tubuh penderita selama bertahun-tahun. Pada saat daya tahan tubuh penderita melemah, muncullah infeksi sekunder dalam bentuk penyakit herpes zoster atau ruam saraf yang nyeri dan menular. Herpes zoster ini timbul dalam bentuk ruam memanjang pada bahagian tubuh kanan saja atau kiri saja.
Oleh kerana cacar air mudah berjangkit, individu yang diserang perlu berehat di rumah bagi mengelak menjangkiti kanak-kanak lain di pusat jagaan harian.
Virus cacar air boleh merebak secara langsung melalui sentuhan (menyentuh invidu yang diserang cacar air) atau tidak langsung iaitu daripada percikan air liur yang terapung di udara apabila pesakit batuk.
Tanda paling biasa apabila diserang cacar air ialah demam dan ruam. Virus varisela paling mudah berjangkit dalam tempoh satu atau dua hari sebelum badan ditumbuhi ruam sehingga semua repuh benar-benar kering.
Tanda dan gejala
1. Demam.
2. Penat.
3. Tidak selesa.
4. Sangat gatal.
5. Ruam (biasanya ruam bermula di dada, belakang badan dan muka serta boleh merebak ke bahagian badan lain, termasuk mulut. Pada awalnya ruam ini kelihatan seperti jerawat kecil dan boleh membesar menjadi repuh yang dipenuhi cecair).
Badan pesakit biasanya ditumbuhi ruam dalam tempoh 10 hingga 21 hari selepas dia terdedah kepada seseorang yang menghidap cacar air.
Jarak masa sebelum sebarang gejala muncul dipanggil tempoh inkubasi iaitu masa yang diambil virus untuk ‘membiak’.
Apabila seseorang individu mula ditumbuhi ruam, maknanya di dalam badannya ada banyak virus varisela yang bersedia menjangkiti orang lain pada bila-bila masa sehingga semua gejala cacar air hilang.
Oleh kerana cacar air disebabkan jangkitan virus, pesakit tidak diberi antibiotik (antibiotik untuk membunuh bakteria). Doktor memberi ubat dan krim sapu untuk meredakan gejala penyakit dan mengawal rasa gatal akibat ruam.
Banyak jenis ubat dan krim di farmasi boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan ketika penyakit ini melanda.
Doktor akan memberi ubat anti virus jika jangkitan menjadi serius atau kanak-kanak turut mengalami masalah kesihatan lain.
Penjagaan di rumah
Biasanya apabila sakit, pesakit akan hilang selera makan dan sukar untuk menyuruh mereka minum dan makan. Suruh mereka minum sedikit tetapi kerap. Jika masih tidak berjaya, jadikan minuman dalam bentuk ketulan ais kecil.
Selain itu masakkan sup atau makanan berkuah lain untuk mengelak mereka mengalami masalah kekeringan dan mengawal suhu badan.
Anda boleh beri parasetamol untuk menenangkannya. Jangan pakaikan terlalu banyak pakaian kerana kepanasan membuatkan mereka berasa lebih gatal.
Biar pesakit berehat di rumah sehingga repuh dialaminya kering. Kulit repuh yang menggelupas tidak berbahaya dan tidak menjangkiti orang lain.
Beritahu pihak yang terbabt bahawa anda mendapat cacar air. Ini kerana mungkin ada individu lain mungkin mendapat jangkitan, memerlukan rawatan atau suntikan imunisasi.
Sebaik-baiknya asingkan pesakit yang diserang cacar air dengan ahli keluarga lain, terutama dalam tempoh penyakit paling mudah berjangkit.
Perkara ini penting jika di rumah ada:
1. Pesakit yang alami masalah sistem imun (termasuk yang menerima rawatan kemoterapi dan baru menjalani pembedahan pemindahan organ).
2. Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka masa lama.
3. Bayi dan wanita hamil yang tidak pernah menghidap cacar air.
4. Pesakit mempunyai adik yang masih kecil dan tidak pernah mendapat cacar air.
Ingatan khas
1. Individu yang ada masalah kulit seperti ekzema juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika penyakit menyerang kembali. Jika mengalami cacar air, biasanya ia lebih teruk berbanding orang lain.
2. Jangan beri aspirin pada kanak-kanak yang diserang cacar air. Ubat yang boleh diberi kepada mereka ialah parasetamol, bukan aspirin.
Perlindungan
Walaupun komplikasi cacar air rendah, virus varisela antara penyumbang utama kepada kemasukan ke hospital dan kematian.
No comments:
Post a Comment