Dalam operasi yang dijalankan di Kampung Tasik Berangan di sini, PGA berjaya merampas kesemua lembu berkenaan yang dikurung dalam kandang di kampung tersebut dan ia dipercayai diseludup dari negara jiran (
Pegawai Pemerintah Batalion Kesembilan, Superintenden Kamaruddin Yussof berkata, rampasan dibuat kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan anggota setelah menerima maklumat dari orang ramai.
“Setelah membuat pemantauan beberapa di kawasan itu kami mendapati semua lembu ini tidak mempunyai dokumen yang sah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lembu-lembu yang dianggar bernilai RM1,500 setiap ekor tidak mempunyai dokumen yang sah dan dipercayai di seludup dari
Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan lembu-lembu itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut termasuk mendakwa pihak terbabit jika mempunyai bukti.
Sementara itu, dalam operasi yang dijalankan Kastam Bukit Bunga pula berjaya menumpaskan cubaan seludup mercun yang dianggarkan bernilai setengah juta itu di Kampung Pasir Dusun.
Menurut Pengarah Kastam Negeri, Azis Yacub, rampasan dibuat atas maklumat awam dan anggota yang memerhatikan aktiviti berkenaan di Pengkalan Haram Kampung Perawas, Jeli.
“Kita menahan sebuah lori setelah mendapat maklumat mengenai kenderaan tersebut membawa muatan mercun dan anggota kastam terpaksa mengejar kenderaan penyeludup itu berikutan mereka menyedari kehadiran kami,” katanya.
Menurutnya, setelah berjaya memintas lori tersebut, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati pelbagai jenis mercun dipercayai untuk pasaran tempatan ditemui, bagaimanapun pemandu lori terbabit berjaya melarikan diri dengan bersembunyi dalam kawasan hutan berhampiran.
Katanya, sebanyak 275 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai hampir setengah juta ringgit termasuk lori yang dirampas.
Azis berkata, lori bersama muatan rampasan itu kemudiannya dibawa ke pejabat kastam bahagian pencegahan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment