Sunday, November 2, 2008

Buku Baru Yang MESTI Dimiliki


Anak Ayah

Sebatang tubuh itu sedang berhempas pulas bertempur dengan sakaratul maut, selepas sembilan bulan mengandungkan zuriat. Kesakitan itu menyirap ke setiap urat tubuh badan yang basah bermandikan peluh. “Mengucap Mek,” tegur Mak Bidan yang dari tadi kelihatan begitu tenang. Dari jauh kelihatan Nik Mat terkumat-kamit mulutnya, membacakan doa supaya terhindar sebarang bencana. Meskipun ini anak yang kedua, namun debaran menanti kelahirannya cukup kuat terasa.

Ternyata kelahiran itu dinantikan oleh Nik Mat yang begitu bercita-cita mahukan seorang putera dilahirkan di tengah-tengah keluarganya. Putera itu bakal menyambung segala usaha dan cita-citanya. Doa kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas kurniaan-Nya. Tidak putus-putus lafaz alhamdulillah diucapkan oleh Nik Mat, lantas dipanjangkan dengan solat sunat, bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya.

Anak itu bererti rezeki dan beroleh rezeki, maka kita mesti bersyukur kepada pemberi-Nya. Azan dilaungkan di telinga kanan putera. Anak itu diusap dan dikucup lalu diberikan nama Nik Abdul Aziz Nik Mat.

_________

Sebuah buku mengenai perjalanan hidup seorang tokoh ulama dan pemimpin Malaysia yang disegani, Tuan Guru Dato’ Nik Abd. Aziz Haji Nik Mat. Beliau bukan sahaja seorang tokoh pemimpin politik bahkan pemimpin ulung nusantara yang menjadikan Islam sebagai teras kepada perjuangannya menegakkan Sistem Pentadbiran Islam.

Buku ini mengupas mengenai sejarah beliau bermula daripada akar salasilah keturunannya. Siapa tahu, daripada salasilahnya beliau mempunyai darah seorang pemimpin. Buku ini juga mengupas proses pendidikan yang dilalui oleh tokoh ini sehingga personaliti dan jatidirinya berjaya dibentuk dengan kekuatan luar biasa walaupun dalam tubuh yang sederhana sahaja.

Selain itu, buku ini juga memperincikan 10 asas pentadbiran dan kepimpinan berteraskan sunah kepimpinan Nabi Muhammad yang digunakan oleh tokoh ini dalam organisasinya. Selain daripada itu, buku ini juga memuatkan pandangan serta kritikan daripada pelbagai lapisan masyarakat mengenai kepimpinan beliau. Sedar ataupun tidak, bukan hanya muslim yang mengkagumi tokoh ini, bahkan masyarakat bukan Islam juga begitu.

_________

Baru minggu lepas, Penulis buku ini, Kak Bibul singgah di rumahku dengan turut disertai oleh anak-anaknya seperti biasa.

Kata Kak Bibul lagi, "Akak tengah nak kejar dateline buku TGNA ni. Tu yang bawa anak-anak berjalan-jalan cari idea & ilham."

Jangan terkejut, buku yang sedang melalui fasa terakhir pembikinan ni punyai fakta yang menarik. Apa dia? Di antaranya....

1. 7,000 naskah telah ditempah secara online (walaupun tak siap lagi!).

2. Susun kata dan susur galur (terutama Salasilah) TGNA diperika oleh 4-5 orang yang rapat / saudara-mara TGNA.

3. Penulis, Kak Bibul itu sendiri tinggal di Bangi je... Dalam jajahan UPU Sg Ramal Luar lagitu.

4. Harga? Hehe... aku tau dah... tunggu je la....

Adios!


No comments: