Friday, October 3, 2008

Aidilfitri 1429H

Salam Aidilfitri buat semua bloggers....

Lebih kurang dua minggu juga lamanya menyepi di arena blogging ni. Sekarang tengah berehat menunggu flight ke KT (Ghanu kiter) dari KCH - KL di LCCT. Lagi 70 minit maka insyaAllah berangkat la gua.

Tahun lepas, tak balik raya. Gua beraya di Hospital Serdang je. Cerita dipendekkan, tahun lepas dapat cahayamata di ambang Aidilfitri. Raya hari sabtu, anakanda lahir pagi jumaat. Teringat lagi masa tu, lepas solat jumaat, terus bergegas ke pintu masjid tunggu Amil sebab nak bayar zakat fitrah. Takut panjang pula barisnya nanti. Sekali.... gua sorang je yg beratur. Imam 2 masjid siap tanya lagi, "Lewat bayar zakat fitrah?". Jawabku pendek, "Baru lahir pagi tadi". Jawab Imam tu, "Alhamdulillah".

Itu cerita tahun lepas. Tahun ni, selepas baling dadu, balik Sarawak la pulak. Tahun lepas buat kali pertama dalam masa 1 tahun gua tak pernah balik kampung langsung!

Tahun ni alhamdulillah lebih kurang 7 hari jugak bermusafir di kampung. Ni tengah dok tunggu flight ke rumah tok wan & tok ki anakandaku.

Tatkala tengah menunggu "belon" di LCCT ni, 1 perkara yang sentiasa menarik perhatianku tatkala musim balik raya, LCCT ka KLIA ka... pasti berbondong-bondong cik lalat terbang di merata tempat di area airport. Rasa rimas pulak dibuatnya. Terutama bilamana melihat Mat-mat & Mek-mek Salleh ada sekali. Rasa malu pulak nak mengaku, Inilah Airport kami yang canggih, mahal & bersih tu. Senyum ajelah dengan mereka.

Dalam flight tambang murah pula, kadang-kadang aku terfikir. Memandangkan semua dah boleh dijual beli. Tak mustahil satu hari nanti, nak masuk tandas pun kena BAYAR! Hehe....

Oklah... nanti gua sambung lagi. Nak prepare naik belon....

Adios!

No comments: