Sunday, October 19, 2008

8k beraya @ Rumah Terbuka DUN Bangi!

Berita bergambar di sekitar Rumah Terbuka Peringkat DUN Bangi sempena Hari Raya 2008

Keadaan sekitar jam 12.30 tengahari - Mengikut kiraan penganjur hampir 5k telah hadir ketika ini.


Pandangan dari sudut atas pentas stadium.


Hampir 700 orang kanak-kanak berbaris mengambil peluang untuk bersalam dengan YB dan yang penting sekali duit rayanya. (Gambar : Ini round ke 7 pemberian duit raya).


Petugas dari Unit Trafik Ibu
Polis Pejabat Daerah Kajang sedang berehat dan menikmati hidangan di rumah terbuka YB Dr Shafie.


Unit Rela juga hadir memberi bantuan kepada perjalanan Rumah Terbuka kali ini.


SU Kawasan, Hj Ahmad & isteri sedang melayan tetamu dari kalangan kaum Tionghua yang turut hadir.


Ketua Unit Amal Serdang yang juga diberi jolokan Ketua Polis Kawasan, Bro Agus Salim sedang menunjukan skill menebar Roti Canai teknik Hikmat Kopiah Senget Tidak Terbatas.


"Haaa macam ni caranya... sonang jo. Confirm sodap ni, lopeh ni jangan lupo kontek eden yo,"kata Agus kepada hadirin yang hadir di gerai beliau sambil tersenyum.


Keadaan & pemandangan di gerai-gerai rumah terbuka. Beratur panjang : Kesabaran anda amatlah dihargai.


Kaunter Pendaftaran Ahli PAS, Pemuda, Unit Amal & Pemilih yang diuruskan oleh DPPK Serdang. (Turut membuka kaunter adalah DMPK & Nisa').


Orang ramai berpusu-pusu menunggu giliran untuk mendaftar sebagai ahli PAS di hadapan kaunter.


Salah seorang AJK Unit Penambahan Ahli DPPK, Riduan sedang melayan tetamu. Turut kelihatan adalah naskah Harakah yang diedarkan secara percuma.


Macam kenal je. Lakonan yang bertajuk "Layan" (konon-konon sedang melayan ahli baru huhu).


Tarian Bluetooth oleh Yahya de Syabab. Kalau Ust Solah ada sekali mesti tarian ini nampak lebih sempurna & menarik. Hehe...


"Ni tak jual bang tapi kalau nak beli saya bagi harga lelong la RM10. Saya mark up sikit je la,"kata Engku merayu. Cube teka ini Engku yang mana satu?


Ketua Penerangan DPPK, Faizal Z sedang interframe Bro Harun yang sedang mengemas.


Ketua Pengarah, Hj Nik Pa sedang melakukan "Senaman Perut". Turut bersenam adalah SU Unit Amal Serdang, Bro Azman & Unit Media ADUN, Bro Amir (bersongkok).


KP DPPK, Bro Mazwan Johar sedang melayan tetamu.


Dato' Presiden, TG Hj Hadi turut hadir memeriahkan majlis. Turut kelihatan adalah KP DPPK & YB Dr Shafie.


SetPol TG, Dr Shamsuri sedang menuang air basuh tangan kepada Dato' Presiden.


KP dan 2 Exco DPPK mengambil kesempatan untuk bergambar dengan TG dan pimpinan yang hadir.


"Terima kasih, Assalamualaikum"


TAKBIR!

No comments: