Friday, September 5, 2008

Larangan Tahun 2000 Melaka : Wajarkah diteruskan 2008?

Selepas PRU ke-10 (1999), iaitu ketika kebangkitan REFORMASI, kerajaan negeri Melaka melalui Ketua Menterinya pada sekitar bulan April 2000 berkata "Surat pekeliling mengenai arahan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan larangan itu turut melibatkan anak-anak syarikat milik agensi kerajaan negeri. Larangan itu bagaimanapun tidak merangkumi lawatan tidak rasmi seperti melancong atau berziarah".

Di dada akhbar arus perdana terpampang berita berikut:-


MELAKA, 6 April (Bernama) - Kerajaan negeri Melaka telah menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensinya daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin oleh PAS tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik dua buah kerajaan negeri itu tidak dicontohi oleh agensi kerajaan negeri Melaka. Mohd Ali juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan kakitangan agensi dan anak syarikat kerajaan negeri mengadakan lawatan seperti itu kerana bimbang mereka akan terpengaruh dan mencontohi dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua.

Mengulas lebih lanjut mengenai arahan itu, Mohd Ali berkata sebagai contoh ia akan melarang kakitangan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) daripada mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kota Baru atau Kuala Terengganu. "Mereka sebaliknya digalak mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau mana-mana majlis perbandaran di negeri lain" katanya.

Mohd Ali juga berkata sehubungan dengan itu, lawatan rasmi oleh agensi atau anggota exco kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu ke Melaka juga perlu mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri berkenaan.

____________

Jika kita merujuk kepada FATWA oleh Ketua Menteri ketika itu yang mana pada hari ini masih lagi memegang jawatan yang sama, satu SOALAN yang boleh kita tanya kembali....

Adakah HUKUMAN (kepada negeri yang jatuh di tangan Pembangkang) yang dibuat pada tahun 2000 dahulu juga MENGIKAT ke atas 4 buah Negeri lagi yang kini diperintah
oleh Pakatan Rakyat? DiHARAMkan jugakah? Atau hukumnya jatuh pada MAKRUH? Ada baiknya keputusan tahun 2000 dulu mengikat jugalah. KERANA APA?

Takut nanti
terpengaruh dan mencontohi dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kelima-lima kerajaan negeri tersebut. Tak begitu Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam?

Nota : Barangkali LARANGAN ke atas SELANGOR mungkin hukumnya SUNAT. Sebab KLIA terletak di negeri ini. Jika Datuk Seri nak ke luar negara, takkan nak naik Air port Melaka kot?

1 comment:

ahli pemikir politik said...

betul tu..ppt drg xg gAK ngri slgor(negeri maju),perak,penang n kedah..dan..sudah pasti,negeri kelate...negeri sembilan...kne pk dua tiga kali gak...yelaaa...kat c2,kerusi..20 berbalas 16...