Wednesday, August 27, 2008

Tersungkur lagi

1982


2008

Saja aku tayangkan 2 gambar DSAI di atas tu dengan tajuk posting aku kali ini, Tersungkur.

Sehari sebelum hari pembuangan undi di P44 Permatang Pauh, media arus perdana cukup hebat berkempen untuk calon KERAjaan. Sukanya aku nyatakan disini, bukan UMNO yang dilawan tetapi KERAjaan. UMNO itu sekadar topeng luarnya saja. Hakikatnya, monyet-monyet dan kera-kera gergasi tertewas lagi!

Jarak 8 Mac dengan 26 Ogos, iaitu selama tempoh 170 hari masih belum cukup untuk MENGUBAT hati rakyat Malaysia untuk memaafkan Pemerintah Islam Hadhari.

Satu pengharapan digarap pada DSAI untuk merealisasikan hasrat LALUAN ke PUTRAJAYA selepas ini.

Formula 3P yang dicanang sebelum ini sudah memperoleh P yang pertama iaitu Permatang Pauh. Manakala P yang kedua adalah Parlimen. Esok 28 Ogos DSAI dijadualkan untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Malaysia. P yang ketiga adalah Putrajaya = Perdana Menteri. Berbondong-bondong makhluk di dada Blog mempromosikan hal ini. Semuanya inginkan "Insurans" sebagaimana yang dinyatakan di dalam Blog YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Bermula jam 6 petang semalam, media arus perdana umpama TEMPANG tak berkaki dan LUMPUH tak bertepi. Suasana suram menyelubungi rancangan-rancangan televisyen yang sebelum ini CARGAS berkempen. Semua menjadi MANDUL!

Seolah-olah, rakyat jelata yang mengaji dengan media arus perdana tertanya-tanya, SIAPA YANG MENANG? Kerana tiada satupun yang JANTAN menyiarkan keputusan terkini PR P44. Siaran langudng pun hanya dibuat ala-ala kadar saja. Macam sudah tahu keputusan saja!

Betapa pemikiran kolot lagi temiang dan jakun protonya tindakan media arus perdana semalam. Teguran daripada Pengerusi Bernama selepas Gelombang Tsunami PR pada 8 Mac dulu tidak sedikit pun diendahkan oleh mereka. Apa kata Kepala Bernama itu?

"Saya ketika itu adalah panel di dalam rancangan siaran langsung. Ketika itu saya lihat di skrin TV, makluman rasmi bahawa BN MENANG di banyak tempat. Rata-ratanya 98% logo BN yang menang. Hanya ada satu dua saja PAS, DAP @ PKR yang menang. Tetapi apabila berehat untuk iklan, saya ambil peluang untuk ke tandas. Ketika itu, driver saya beritahu, 5 negeri sudah tumbang ke tangan pembangkang. Saya tanya dia dari mana dia dapat maklumat? Dia jawab internet dan SMS. Ini merupakan satu perkara yang media arus perdana harus ubah. Siarkan makluman yang terkini. Jangan terlalu jumud sehingga menampakkan pekung kita sendiri terbuka disebabkan lambat dan masih berpemikiran kelas ketiga".

Semalam media arus perdana masih MENGEKALKAN sikap sebegitu. Tahniahlah kerana enggan berubah!

Tatkala pencawang internet terbuka tanpa sempadan, aku terima 1 SMS yang punya SINIS maksudnya. SMS tersebut adalah gurauan semata-mata tetapi jika dibaca tanpa usul periksa boleh jadi percaya dibuatnya. SMS berbunyi begini,

"TERKINI dr Pmatang Pauh! BN MENANG bg kiraan undi setakat jam 6pm td di kwsn 1. Kubang PUNGGUNG 2. Permatang BELAKANG 3. Seberang JUBUR 4. Kampung SUMPAH".

Jika diamati SMS tersebut, intipatinya mudah. Satu pesanan ringkas kepada BN agar berpijak di bumi nyata. Jika benar SMS itu (dengan kewujudan tempat yang dinyatakan di atas tu), maka sahihlah bahawa BN bak kata YB Mahfuz di Parlimen sebentar tadi (27 Ogos 2008 - Jam 10.37am),
"BN berbumbungkan Saiful". Mula-mula aku dengar perkataan bumbung bunyinya seperti PUNGGUNG tetapi selepas YB Mahfuz mengulanginya kali kedua barulah sahih perkataannya adalah bumbung. Riuh Dewan Rakyat dibuatnya. Aku rasa mungkin ada wakil-wakil rakyat dari BN juga seperti aku, menyangka bumbung yang disebut itu punggung.

Tatkala ini teringat aku satu kata pujangga,
"Kemenangan bukan tradisi, kekalahan bukan warisan". Tetapi di Permatang Pauh, BN! Anda tersungkur lagi!

No comments: