Monday, June 30, 2008

PREJUDIS yang berKUDIS

28 Jun baru-baru ini semua rakyat yang prihatin, celik dan ahlil mesyuarat warung kopi di serata pelusuk tanahair disajikan dengan FILEM yang bakal laris di pasaran. Adapun aku sendiri mengetahui KISAH CERPAN (Cerita Panjang) tersebut seawal jam 6.23 pagi tatkala seorang sahabat memaklumkan kepadaku. Dia hubungiku dari Melaka Negeri Bersejarah.

Seperti biasa, terus saja aku capai tetuang informasiku untuk mendapat seberapa banyak maklumat & info terkini. Dibuka pelbagai web samada yang alternatif, arus perdana, dunia & blog2. Tak kurang juga kunjungan maya ke youtube.

Aku tidak bercadang untok mencoretkan apa yang aku peroleh daripada capaian maklumat yang aku dapat. Yang menjadi kepelikan yang meNAAJIBkan (jika ingin mengetahui maksud ini sila tanya @ buka blog Hishamuddin Rais - Dari Jelebu), cepat dan pantas sungguh Dol** yang baru mendolah membuat kenyataan, "Biar pihak yang berkenaan selesai membuat siasatan!" ARAHnya dengan nada yang (kununnya) sedih. Sejak 9 Mac aritu, perasan atau tidak, raut wajah insan yang SUCI tanpa DOSA tersebut sudah KURANG cahaya keimanannya. Tiada lagi senyuman hingga ke telinga. Sudah jarang berlawak jenaka. Masam sentiasa. Kalau ikut ajaran P. Ramlee, "40 hari JALAN".

Apa yang menaajibkan? Sedar atau tidak, apabila RPK telah menyumpahkan dirinya dengan akuan, dengan pantas juga si Dol** tadi menafikan, "Si Sukhoi bin Si Anu tidak bersalah". Sedangkan ketika itu, SIASATAN belum lagi selesai dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Boleh pulak overule SIASATAN.

Siapapun yang benar & yang bathil. Allah itu maha adil.

Fikirlah lu sendiri.

Friday, June 27, 2008

Cerpen : Hidayah Buat Seorang Hamba

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Mitshubishi EVO 7 yang dipandu meluncur di jalanraya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 4 jam..

Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja.Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlalu , Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.

Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.

Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempamerkan sebarang perubahan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib.Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarking kereta. Dia Menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.

"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah.

Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.

"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."

"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."

"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak membantah.

Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan.

Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.

Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."

Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.

"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."

"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur.

Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah... selamatkanlah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?"

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat.

Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..."

"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..."

"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam.

Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!"

Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang..."

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah dibibirnya.

~ Cerpen ihsan dari seorang sahabat

Thursday, June 26, 2008

Bila Ella dan Mas Idayu LEBIH HANGAT dari harga minyak

Setelah sunyi senyap tatkala harga runcit minyak naik, sekonyong-konyong Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus terpisat-pisat bangun daripada tidur.

Shukor yang juga Adun parti pembangkang BN-Umno bagi Dun Kuang 'dikejutkan' oleh dua penyanyi sensasi, Ella dan Mas Idayu.

Idrus lantas 'menghunus keris' dengan menuntut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dan Dewan Pemuda PAS negeri menyatakan pendirian berhubung penampilan Ella dan Mas Idayu pada konsert yang dijadualkan berlangsung sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, 6 Julai ini.

Shukor dilaporkan 'hairan' dengan sikap Hassan, Exco agama dan adat istiadat Melayu negeri itu yang dianggapnya hanya mendiamkan diri dan membiarkan Dewan Pemuda PAS negeri membuat bantahan awal.

"Selepas membentuk kerajaan negeri, Hassan Ali dengan tegas menyatakan akan mengharamkan sebarang konsert hiburan di negeri ini, tetapi sekarang apa sudah jadi, kita mahu tengok sejauh mana ketegasan mereka berhubung kehadiran Ella dan Mas Idayu bulan depan.

"Begitu juga dengan pendirian Pemuda PAS sendiri, apa pendirian setelah Tuanku Sultan mempersoalkan tindakan mereka membuat bantahan dan berhasrat mahu memindahkan penganjuran perlawanan itu ke Singapura," Shukor membentak.

Begitu bersemangat Shukor mengutarakan isu dua penyanyi itu sedangkan sebagai Adun mewakili parti pembangkang, beliau seharusnya lebih peka tentang kesulitan yang dihadapi rakyat ekoran kenaikan mendadak harga runcit minyak.

Adakah nasib dua orang artis itu lebih diutamakan Shukor dan Pemuda Umno negeri pimpinannya daripada nasib 2 juta rakyat Selangor yang terkesan dengan kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian.

Shukor seharusnya sedar bahawa bantahan Pemuda PAS Selangor terhadap pemilihan Ella dan Mas Idayu berasas. Bantahan itu juga bukan bermaksud Pemuda PAS negeri antihiburan, tetapi hanya mahukan artis lain seperti M. Nasir, Akil Hayy ataupun Mawi yang dianggap lebih bersopan dijemput membuat persembahan.

Walaupun Sultan Selangor dilaporkan kecewa dengan bantahan Pemuda PAS sehingga melahirkan hasrat untuk mengadakan perlawanan berkenaan di Singapura, baginda pastinya tidak mendapat maklumat tepat berhubung punca bantahan itu. Oleh itu, kesediaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membawa pemimpin Dewan Pemuda PAS Selangor menghadap baginda sebelum akhir bulan ini amat dialu-alukan.

Diharap baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri mendapat gambaran sebenar berhubung bantahan Pemuda PAS itu. Apatah lagi, Selangor adalah antara negeri yang paling teruk dilanda fenomena kebejatan sosial. Jika dulu ponteng, rokok dan dadah menjadi ancaman golongan remaja; kini ditambah gejala samseng, bohsia, lacur dan rempit.

Remaja negeri ini bukan sahaja perlu dididik dan dibimbing, atau didisiplinkan dengan peraturan dan undang-undang; mereka perlukan role model yang baik untuk diikuti dalam segenap bidang termasuk hiburan.

***

"Ai tak habis-habis lagi ke?... Kan PKR (KeADILan) boleh turunkan harga minyak. Kita dah bagi can (peluang) untuk perubahan. Berubah le. Mulakan dengan ternakan khinzir di Selangor secara besar-besaran dengan mengambil hak tanah orang Melayu. Oklah tu... Itulah yang Melayu nak. Pulau Pinang juallah kat Cina. Melayu merempat. Oklah tu. Itu yang Melayu nak. Jangan menang sorak kampung tergadai..."

***

SMS di atas saya terima daripada seorang akivis Wanita Umno bahagian selepas satu SMS nakal berhubung kenaikan harga minyak dimajukan (forward) kepadanya.

Marah sakan penyokong kuat Umno itu apabila diasak dengan isu kenaikan harga minyak. Maka berbalas-balas SMS lah kami. Bagaimanapun ianya berakhir apabila saya mengusik..."Melayu insya Allah terus hidup, yang mati Umno. Tak ikut Che Det keluar Umno ke?"

Dari dua insiden di atas, nampak jelas sentimen perkauman dan agama sentiasa dimainkan Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada parti itu.

Ianya selari dengan kenyataan Shukor yang mendakwa kesal dengan sikap PAS kerana berdiam diri dalam isu penternakan babi di Sepang dan cadangan kerajaan negeri untuk menghapuskan peraturan yang mengehadkan saiz rumah ibadat bukan Islam.

"Tindakan mereka itu boleh dianggap sebagai merestui usaha yang mengabaikan kepentingan orang Melayu dan agama Islam, ini yang kita hairan," dakwa Shukor dalam Utusan online.

Begitulah hebatnya Umno Selangor kini dalam 'memperjuangkan' nasib Melayu. Seolah-olah Melayu kini terancam hanya setelah 100 hari parti selain Umno dan BN memerintah negeri.

Keghairahan Umno kini dalam memainkan sentimen perkauman dan agama sudah sampai ke tahap menjengkelkan. Lebih mendukacitakan, para penyokong fanatik parti itu tidak dapat membezakan isu real yang melingkari hidup mereka dengan isu sensitif yang disandarkan kepada rasa sentimen yang tebal.

Mereka hilang punca untuk melihat sesuatu isu berdasarkan keutamaan. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat bagaimana kecohnya Pemuda Umno Selangor mengadakan demonstrasi membantah pembahagian kerusi Exco dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hampir saban minggu; tetapi berdiam diri dalam isu kenaikan harga minyak walaupun ia membebankan rakyat khususnya orang Melayu di kampung-kampung.

Adakah sikap ini boleh membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat khususnya orang Melayu? Jawapannya sudah pasti tidak.

Umno telah diberi peluang hampir setengah abad memerintah Selangor dan negeri-negeri majoriti Melayu. Adakah taraf hidup Melayu semakin meningkat? Statistik yang didedahkan para pemimpin Umno dalam perhimpunan agung parti itu menafikan tanggapan tersebut.

Lihat sahajalah ribuan penduduk Melayu Islam yang dihalau seperti kerbau dan lembu daripada perkampungan setinggan oleh pentadbiran Khir Toyo dengan berbekalkan slogan "Setinggan Sifar". Begitu juga masalah pencemaran alam sekitar akibat aktiviti ternakan babi secara tidak terkawal di kampung-kampung Melayu sekitar Sepang dan Hulu Langat.

Banyak lagi 'kotoran' warisan Umno-BN yang terpaksa dibersihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat termasuk eksploitasi dan dominasi keperluan asas rakyat (seperti bekalan air), ekoran perjanjian berat sebelah syarikat swasta dan kerajaan negeri pimpinan Umno-BN.

Shukor, pemuda Umno dan Umno negeri perlu merasa malu dengan warisan buruk mereka. Janganlah terlalu ghairah berkokok sehingga lupa ekor yang bergelumang najis. Generasi baru kini lebih bijak menatari isu lantaran sumber maklumat yang terbuka luas.

Umno perlu berubah untuk terus relevan. Jika tidak, ia akan pupus dimamah usia.

~ Ahmad Tajdid (Harakahdaily.net)

Protes please.....? AGAINST the 129 Monkeys!

Let's PROTES!


Satu gambar yang punya 1001 makna

Isian ke atas 1.5 seriesku yang terkini.... Ini hampir penuh tangki. Penuh barangkali sekitar RM120 - 125? Masih RENDAH berbanding negara lain?

Perbedaan yang punya erti & makna yang TAJAM! Benar sungguh apa yang dikata oleh pencipta gambar ini.....

Tuesday, June 24, 2008

Blog Che Det di"LOCK"?


Note To Visitors
|

On Friday June 19th, chedet.com was locked by the administration of Bloggers.com for what was termed as "suspected spam blog". Following that chedet.com has not been able to publish any new posting pending approval by Bloggers.com.

Despite repeated appeals Bloggers.com have yet to "unlock" chedet.com to allow for posting of new comments. Due to this measures have been taken to migrate chedet.com from Bloggers.com in an effort to avoid further disruption, hence the new page set up.

Chedet.com apologises to all readers and commentators for the inconvenience caused. Chedet.com would like to notify readers that comments for previous postings have not been attached currently while the technical team resolves certain matters. As for new postings commentators are only required to follow the simple registration steps accordingly before submitting comments.

In line with this chedet.com would like to remind commentators that critical comments are welcome but in efforts to maintain the integrity of this site and to promote healthy debate, readers are urged to refrain from using deragotary terms, name-calling and racial and seditious remarks. Such comments including comments that are UNRELATED to the posting WILL NOT be given priority...Chedet.com


Mungkin @ Tak Mungkinkah Berlaku?
(Edit Photoshop - Ihsan seorang sahabat)

Monday, June 16, 2008

Rintihan Seorang Isteri Tahanan I.S.A

"Sekurang-kurangnya dia masih hidup"
Norlaila Othman Tue Jun 17, 08


Tak tahu macam mana nak mulakan bicara, setiap kali jari mula mengetuk 'keyboard', mata mula berkaca.

'Let's put it this way'...

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa beriman kepada Allah,niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (maksud At-Taghaabun: 11).


Sebaik saja berita lanjutan 2 tahun itu keluar dalam Harakahdaily petang tadi, saya rasa seolah-olah ramai sangat yang turut "berkabung' dan menangisi keputusan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tak daya saya nak melayan SMS dan panggilan telefon dari mereka yang ingin menyatakan kesedihan, di samping meminta saya terus tabah menghadapi keputusan yang zalim itu.

Sekadar mengimbas kembali, 10 dan 11 Jun, "hari-hari terakhir 6 tahun" saya rasakan hidup bagai di atas bara api. Setiap kali tengok kalendar, fikiran jadi amat tertekan. Kepala jadi sakit yang amat sangat dan ubat paling baik ialah ... tidor. Tapi tak boleh dilayan sangat.

Saya pergi GIANT membeli jus Peel Fresh Orange dan snack kegemaran saya - Vochele roasted almond .... tapi bila tiba dirumah, tak ada mood pula untuk menjamahnya.

Saya sibukkan diri dengan kerja-kerja kempen dan kebajikan keluarga tahanan yang masih bertimbun. Fikiran difokuskan terhadap program terdekat. Malu rasanya untuk menghadiri sidang media, dengan mata yang bengkak kesan tangisan yang berpanjangan.

Lega sedikit, ada cermin mata untuk menutup kekurangan itu.

Saya amat bersyukur pada Allah SWT, Tuhan yang memberi nyawa, yang masih mengizinkan nadi saya berdenyut, yang membolehkan saya menghirup udara pagi ketika terjaga dari tidur.

Di sebalik tekanan perasaan yang tinggi, saya berjaya mengharungi saat-saat sukar, sebelum menerima berita/keputusan yang amat berat itu... Alhamdulillah.

"Sekurang-kurangnya dia masih hidup dan boleh dilihat walaupun di sebalik kaca ...."

Ya .... itulah realitinya.

Saya reda dengan semua ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya, saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk melihat dia bebas.

Bila-bila masa, sekiranya saya dipanggil Ilahi, saya tidak akan merasa terkilan/bersalah, kerana saya telah berusaha dengan pelbagai tindakan yang sewajarnya, untuk membantu mengembalikan nama baik dan hak peribadinya yang sedang dicabuli oleh mereka yang amat ego dan "sedang diberi kuasa oleh Allah" ketika ini.

Kemungkaran ISA terlalu besar dan terlalu zalim untuk dibiarkan begitu saja. Saya tidak kesal dengan keputusan ini (menangis tu biasalah bagi orang perempuan).. malahan semangat juang tetap membara di sanubari saya ....

Semoga Allah permudahkan semua perkara dan memang Allahlah penentu segalanya.


- detikdaily.net

Aku @ Kelantan

Gambar yang sempat aku rakamkan ketika lawatan kerja ke Klate baru-baru ini di dalam lawatan kerja rasmi Dun Bangi.


Taklimat oleh BPPN Klate & Slot santai bersama YB Rohani (Kak Ani), Adun Tanjong Mas


Bersama TG Hj Hashim, Mudir Pondok Bukit Tumboh "Makan (kemam) cengkih", pesannya. (Lihat aksi KP yang tengah menyuap cengkih)


Bersama dengan Guru Pondok, Hj Zainal a.k.a Tholiban & En Aziz, orang kuat Urusetia Belia & Pembangunan Wanita


Aku & Ketua DPPK Serdang, Bro Mazwan


Aku & Bro Amir (Media - Kabinet Mini Dun Bangi)


Pertolongan cemas daripada KP kepada Hj Ahmad yang tercedera (sekali kaki termasuk di dalam lubang longkang daaa)


Aku @ Dua Masjid yang berbeza (Masjid Tertua di Klate & Masjid Jamek Gua Musang)

Wednesday, June 11, 2008

Al Kisah anak diserang sakit jantung @ Abu Dhabi

PERTOLONGAN DARI ALLAH
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Isteri berserta seluruh ahli keluarga seramai 43 orang dalam rangka rombongan mengikuti program ziarah ke Syria diikuti dengan Umrah di Mekah dari 24hb Mei 2008 hingga 9hb Jun 2008. Sebelum sampai di Damascus, Syria, kapalterbang yang dinaiki terlebih dahulu transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi, UAE. Ketika hendak mendarat di Abu Dhabi, disinilah bermulanya peristiwa yang sangat cemas, genting dan penuh kebimbangan.

Anak sulung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Dr. Huda binti Haron (38 Tahun) mengalami serangan sakit jantung ketika kapalterbang hampir hendak mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi. Peluh mengalir keluar membasahi seluruh tubuhnya ketika serangan jantung tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Dr. Huda terpaksa dirawat dengan rapi selama 16 hari di hospital Abu Dhabi sebelum di pindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri di Kuala Lumpur. Yang menemani Dr. Huda ketika disana ialah ibu dan bapanya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Kak Jah) serta suaminya Dr. Azlin Azrudin. Ahli keluarga yang lain meneruskan program ziarah ke Syria dan Umrah.

Peristiwa yang berlaku di Abu Dhabi selama 16 hari, diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ketika kuliah Perubatan Islam di Darussyifa’ pada 9hb. Jun 2008. Transkrip kisah tersebut adalah seperti berikut;

Saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah sekalian, Alhamdulilah saya serta seluruh ahli keluarga telah selamat pulang ke tanah air pada petang semalam (Ahad, 8hb. Jun 2008), setelah saudara saudari mendapat makluman yang tidak begitu pasti, apa yang sebenarnya yang telah berlaku, dan seorang yang berjumpa dengan saya akan bertanya soal yang sama, apa telah berlaku dan bagaimana kesudahannya, izinkan saya beberapa minit untuk menjelaskan bahawa rombongan umrah kami pada 24hb Mei 2008 yang sepatutnya bermalam satu malam di Abu Dhabi, dalam perjalanan pergi ke Damascus Syria, tiba-tiba anak saya Huda ketika kapalterbang hendak turun (mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi) dia kena serangan jantung. Dia tidak boleh bernafas dan badannya basah kuyup macam orang mandi, dan saya tahu bahawa jika begini bermakna jantungnya bermasalah.



Mendarat sahaja kami hendak berkejar ke hospital, tetapi tidak tahu dimana hospital, dan problem nak keluar pula susah kerana tidak ada hotel yang boleh melayan kami dan sebagainya. Kami berada di airport sahaja pun hampir dua jam setengah. Dalam keadaan begitu akhirnya kami boleh keluar pergi ke hotel dan terus ke hospital.

Sampai di emergency ward, tidak ada doktor yang pakar kerana terlalu awal pagi, yang ada on-call doktor sahaja. Pada pukul lapan pagi di hospital baharu konfirm jantung dia bermasalah. Kami tunggu sehingga doktor pakar sampai, ramai doktor pakar yang sampai, kemudian kami dihambat keluar dari bilik itu. Huda dibawa keluar dari bilik emergency menuju ke bilik CCU (Coronary Care Unit).

Di CCU kami tidak dibenarkan masuk, memanglah tidak boleh ada gangguan, doktor kata dalam setengah jam akan bagi tahu. Setengah jam tidak dapat berita, sejam tidak dapat berita, hampir dua jam doktor keluar, apa dia kata “Lucky she can survive”, nasib baik anak hang selamat. Saya masuk tengok dia masih tidak sedar, badan sudah biru sebab oksigen tidak sampai.

Saya cerita ini kerana nak khabar bahawa ada saat-saat kita hilang pergantungan kepada makhluk. Kita terpaksa menghadap Allah ta’ala sahaja dan kepada Dia kita beserah dan mintak pertolongan.

Saya nak ringkaskan sepanjang saya 16 hari di Abu Dhabi, saya tidak pergi ke Mekah, tunggu anak, saat-saat genting cukup banyak. Ini satu saat genting, tetapi Alhamdulillah survive.

Pada pagi itu dia survive kemudian saya balik ke hotel. Pada malam itu ketika di bilik hotel, telepon berbunyi saya angkat, ketika itu jam 2:30 pagi, panggilan dari hospital “come immediately to the hospital, something very urgent”, kami keluar pukul 2:30 pagi nak ke hospital, teksi tidak ada, kereta tidak ada siapa pun tak boleh tolong, mintak tolong dengan orang hotel dia kata “Who I want to call, I don’t have any drivers number”. Suruh panggil Ambulan, orang hotel kata “They don’t come if you not a patient”. Dalam keadaan begitu, Kak Jah pulak nampak sungguh cemas, itulah dalam keadaan genting begitu “Ya Allah hantarlah seseorang yang boleh bantu”. Tidak lama lepas itu ada kereta masuk tetapi bukan teksi, orang biasa datang mungkin ada hal, saya datang berjumpa dengan dia mintak tolong. Saya cerita masalah saya. Nasib juga saya boleh cakap Arab sebab dia tak reti cakap orang putih. Kemudian dia hantar kami ke hospital.

Sampai di hospital dah pukul 4 pagi. Doktor kata dia dah tidak bernafas, doktor dah tidak boleh buat apa-apa dah. Doktor dah habis ikhtiar dah. “Ya Allah....” . Tidak lama kemudian pada subuh pagi tu dia survive semula, dia boleh bernafas balik.

Ringkasnya, dalam saat genting begitu saya balik duduk di hotel, tak lama teringat sangat nak pergi semula ke hospital. Dengan pelbagai masalah yang di hadapi itu saya mintak Allah ta’la sahaja yang tolong, bagaimana pada pagi itu seorang yang saya tidak kenal dari Malaysia datang ke hotel cari saya. Kata dia “Saya datang ni bawa sebuah kereta, ustaz boleh pakai, ini kuncinya”. Nama dia Suraya.

Di Malaysia lama dah saya tak bawak kereta, di sana pulak nak bawak kereta stering dia sebelah kiri, jumpa dengan round-about ikut sebelah kiri belangar habis. Tidak mengapa dah ada kereta, satu malam teringat kat anak, pergi ke hospital. Sampai di hospital tengok katil dia kosong. Siang tadi tu ada seorang meninggal saya tengok, dibungkus dibawa dengan strecher kemudian ditolak, sebelah betul dengan anak saya. Meninggal dunia, konfirm, bungkus dan tolak.



Saya pergi tengok, bilik anak saya katil telah kosong. Nurse pula tidak ada. Dalam gelisah begitu tak tahu nak buat macam mana, datang doktor kata “Don’t panic” dia pun kata “Your Daughter transfered to CCU”. Astaghfirullah! , apasallah hang tak khabar kat aku lagi awal. Pergi ke CCU pulak dia ada di situ. Rupanya kena serangan jantung lagi. Tidak mengapalah.

Pada besok hari pulak, pergi lagi ke hospital, katil yang dia duduk di CCU itu kosong pulak. La illa ha ill Allah! satu demi satu lah. Pergi tanya nurse, nurse itu pulak baru masuk tukar shift, dia kata “I don’t know”. Nurse tu pergi check, dan kata “Transfered to ICU” pulak dah. Pergi ICU pulak tengok dia ada dah. Tak apalah.

Anak saya hanya stable pada tiga hari sebelum balik (iaitu pada 6,7 & 8hb Jun 2008). Boleh bernafas tak pakai mesin, jantung stable. Doktor kata, “Okay with this condition she can fly”.

Doa kawan-kawan semuanya makbul insya’Allah. Tiga hari dia sihat, hari nak balik itu iaitu hari sabtu, rombongan yang pergi ke Mekah itu balik singgah ke Abu Dhabi, kita semua akan balik sekali dengan flight malam itu. Saya dok fikir rombongan yang seramai 40 orang ini nak pergi tengok anak saya di hospital, masuk bilik ICU, tak boleh masuk banyak, sekali hanya dua orang, kalau seorang masuk dua minit, berapa puluh minit nak selesai. Lebih baik bawa dia keluar. Nurse bagi doktor pun benarkan. Naik atas wheel chair tolak keluar. Keluar sahaja, adik-adik dia dah 14 hari tak jumpa, mak sedara dia yang pergi dulu tengok dia dalam keadaan nazak, nampak dia sahaja begitu, depa pakat teriak. Adik-adik dia pakat peluk dia sambil teriak, tak lama kemudian dia collapse. Excited atau terlampau gembira atau macam mana agaknya. Saya tolak semua orang bawa dia masuk balik ke ICU. Ada yang tidak dapat berjumpa. Biru balik, tak bernafas balik, bubuh mesin balik, kami duduk fikir, ini berapa jam lagi nak balik ini. Kalau macam ini memang tak boleh balik.

Astaghfirullah! , menyesal pun ada bagi dia orang tengok, tak apalah. Yang lain pakat pergi tempat lain tinggalkan kami. Hanya berdoa sahaja. Tengahari itu dia boleh bernafas normal, tidak mengapalah maknanya boleh bertolak balik. Naik ambulan.

Tuan-tuan bayangkanlah kita telah prepare elok semua, dah jaga saat akhir jangan bagi dia ada masalah. Saat akhir nak balik jangan bagi dia sesak nafas, bagi dia segar. Allah ta’ala nak uji lagi. Ambulan yang bawa dia tu mampus bila dah dekat nak sampai pesawat dah. Bila ambulan mampus, injin dia mati maka aircond tidak berjalan, bila aircond tidak berjalan dia sesak nafas. Panas berpeluh-peluh balik, nak kata peluh heart attack ke atau peluh kerana panas ke. Tak panas apa cuaca di luar 50 degree. Kalau boleh naik atas kapalterbang ada aircond, tapi tak sampai, tak jauh dah. Sementara itu forklift tak sampai lagi nak angkat dia masuk ke dalam kapalterbang.

La hau la wala kuwa ta illa billah!. Tak apalah, akhirnya last minute, sampai forklift angkat dia naik masuk ke dalam kapal terbang. Bila masuk kapal terbang cepat-cepat pakai gas. Gas itu kita dah prepare dah. Bila pasang gas tidak keluar, La hau la wala kuwa ta illa billah!, dia semakin penat, sukar bernafas. Astaghfrullah! , sampai begitu last minute, kapalterbang dah nak bertolak dah. Naik seorang engineer, rupanya ada button di bawah itu yang depa tidak tahu. Tekan button baru gas keluar.

Tapi kalau nak tahu yang sebelum tu, bila saya sampai di sana kita nak pergi ke Mekah bawa duit Malaysia. Duit Malaysia laku di Mekah, di Abu Dhabi duit Malaysia tidak laku. Depa tak kenal pun. Nak belanja macam mana ni untuk naik teksi, nak bayar dengan apa. Nak makan bayar dengan apa, orang yang kenal tidak ada, nak hidup macam mana. Itulah saya nak kata, tiap-tiap problem yang yang saya berjumpa, kronik macam mana pun “nikmat Allah ke atas kamu kena kamu hargai”, dalam sesak begitu, dalam keadaan tidak ada duit, dirham tidak ada, ada orang yang saya tidak kenal datang berjumpa dengan saya bagi duit cukup untuk belanja yang perlu. Tidak tahu siapa dia, maknanya tidak kenal sebelum ini.

Bila pertengahan masa kami berada di sana baru kami tahu, kami hendak kena belanja untuk membeli mesin itu berharga 10,000 dinar. Nak kena bayar hospital dijangka dalam USD15,000. Tiket Huda sahaja dengan enam seat kita beli termasuk stretcher kita perlukan RM31,000. Bil hotel, kawan saya yang datang duduk dua hari kena RM3000, sehari RM1500, itu untuk satu katil. Saya dua katil selama 15 hari maka duit tidak cukup. Kad ada tetapi dah guna maksimum. Itulah saya kata dengan siapa nak mengadu. Allah hantar orang Malaysia, yang pergi kesana dia dengar kata anak saya bermasalah, dia pergi dengan isteri dia kesana itu yang saya kata tadi yang dua malam tu. Nak balik tinggal duit untuk ustaz belanja, cukup untuk hotel tetapi tidak ada tiket untuk bawa Huda balik.

Seorang pilot telepon bilik saya, Kak Jah jawab, dia kata tiket ustaz dan keluarga untuk balik saya selesaikan. Nak bayar hotel, bayar hospital, sehari sebelum balik, orang Malaysia seorang lagi datang, orang Pulau Pinang. Dia datang semata-mata nak bagi bantuan kepada saya, dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan ke Abu Dhabi pergi jumpa saya di hotel, dia kata “Ustaz ada masalah kan?” saya kata tak ada, tetapi dia kata saya bawa duit ini untuk melepaskan semua masalah. Dia bagi USD20,000.

Itulah saya kata, satu demi satu, bukan kita yang boleh tolong, Allah ta’ala yang bagi pertolongan, Dia yang mengaturkan dan itulah yang saya katakan sampai akhirnya bila saya sampai semalam, selamat sampai ambulan tunggu, doktor tunggu ramai yang bantu saya, sampai ke hospital. Petang tadi (Isnin, 9hb. Jun 2008) dia telah berada dalam ICU, segala masalah yang dihadapi selama ini, boleh dikatakan semua sekali hampir dapat diatasi.

Jantung dia dah stable, buah pinggang dah stable, liver pun stable, enzyme dah turun kepada 133 sekarang, sebelum ini 5104 reading dia punya enzyme, padahal 1000 pun orang boleh mati dah. Sekarang tinggal 133 (Normal enzyme 1 hingga 33 sahaja). Doktor kata mungkin esok (10hb Jun 2008) dia kembali ke normal.

Masih di ICU dan dia sedar sepenuhnya dan keadaan yang sihat wa’afiat pada saya, dan saya syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah mendoakan anak saya dan syukur Alhamdulillah saya sampai ke tanah air, anak saya dah berada di hospital Malaysia yang senanglah kita berbicara dengan bahasa kita dan senang kita faham.

Tolonglah berdoa supaya dia sihat seperti sedia kala dan cepat keluar daripada ICU ke wad biasa dan pulang ke rumah dengan segera.

Untuk mendengar rakaman kisah ini sila klik di link di bawah ini:-

  1. Klik disini untuk mendengar Kisah di Abu Dhabi (MP3)
  2. Klik disini untuk muat turun MP3 Kisah di Abu Dhabi daripada rapidshare.

Wednesday, June 4, 2008

5 Mei 2008 - Nilai Pampers Umar NAIK lagi ke mama?

Sore tadi sekitar jam 6.17 petang waktu jam Astro, aku terima satu SMS daripada clientku yang kini sudah jadi kawanku. Katanya, "Tuan, Harga Minyak Petrol naik 78sen tengah malam ni, per liter jadi RM2.70 dari asalnya RM1.92. Stesen Minyak sekarang JAMMED". Aku senyum saja baca SMS itu. Aku ingat sekadar SMS lawak yang ada menceritakan Minyak Pala, Minyak Kelapa, Minyak Anu dan Minyak Una naik harga, maka aku buat biasa2 aja. Terdetik aku nak baca lagi sekali SMS tadi. Eh! Macam betul je ni. (Aku TAK tingok @ dingar berita lagi tentang pengumuman PMku yang baik hati, yang beriman, yang "clean", yang tampak "syurga" di wajahnya akan kenaikan harga minyak). Maka dengan tiba-tiba, aku yang sudah sampey di rumah 16 minit tadi, keluar ke depan rumah. Rumahku depan stesen PETRONAS maaa. Bilaku keluar, MasyaAllah, depan rumah aku pun kereta sudah ada saf yang rapat-rapat muncung & punggung badan keretanya. Solat pun tak serapat itu safnya. Barulah aku percaya. Betul lah kata hati kecilku. Terus aku capai PC ribaku. Aku ON kan broadband maxis. Buka web berita dari pelbagai punca. SAHIH. CONFIRMED!!!

Tanpa ragu-ragu, digerakkan kereta 1.5 seriesku. 21 minit lamanya diambil dari pintu pagar rumah aku untuk menuju ke gagang pam minyak petronas yang hanya 42 meter saja jaraknya. Punyalah KESESAKAN berlaku. Dalam aku sibuk-sibuk mengensot-ensot keretaku ke arah pam minyak, kereta YB Dr Shafie pun lalu. Aku Hon, dia pun Hon sambil angkat tangan macam DSAI. Hon aku maksudnya barangkali, Assalamualaikum YB. Hon YB maka mungkin jawabnya Waalaikumusalam Tuan.

Bila berbicara soal harga minyak ni, mau tak mau kita kena terima hakikat. Seperti kata PMku yang alim lagi warak, bandingkan harga dengan Singapore, Thailand, etc.... Malaysia masih antara yang terendah. Rakyat kena BELAJAR berjimat cermat. Jangan MEMBAZIR. Baca muka depan paparan dada akhbar arus perdana hari ini sudah cukup memberi SIGNAL. Cuma aku saja tak paham. Lepas hari ni barulah aku paham. Kalau nak naikkan harga minyak, buat Pilihanraya Umum dulu. Lepas tu baru boleh naikkan harga minyak. Perkara ini berlaku tahun 2004. Naik 30 sen maaa. Cuma kali ni, naik 78sen. Dulu naik 30 sen sebab Kelantan GAGAL ditawan. Sekarang naik 78sen tolak 30 sen sebab Kelantan gagal dirampas lagi, maknanya ada baki 48sen. 48sen maknanya, hilang 4 negeri (satu negeri umpama dinilaikan pada paras 12sen). 12sen darab 4 negeri sama dengan 48sen. 48 sen campur Kelantan 30sen, maka jumlahnya 78sen. Sifir mudah. Mujur Terengganu tak dirampas oleh Pakatan Rakyat, kalau tidak minyak naik lagi 12 sen menjadikan nilai kenaikan 90sen. Atau 1 liter jadi RM2.82. Syukur...... ada hikmah rupanya. Itu belum campur KALAU Pakatan Rakyat tawan Perlis. Fuh.. naya-naya. Itu SIFIR NAKAL dan kaitannya dengan kenaikan 78sen. Kena ada nombor 8 tu nombor tuah kata orang Cina, ONG maaa. Sebab tu PRU12 dibuat pada 8 Mac. Mac tu BULAN 3. 3 maksudnya HIDUP. 8 + 3 = ONG yang HIDUP. Memang PRU12 bagi ONG yang HIDUP kepada Pakatan Rakyat. Sebab itu juga, 1.5 & 1.4 series aku no platenya 8883. (Hehe).



Bila sebut kenaikan 78sen, dibundarkan kepada kempen SENANG kira jadi 80sen, aku teringat akan PAMPERS si Umar Nashrullah, anakku yang comel. Satu bulan biasanya akan beli 2 pack HUGGIES DRY DIAPERS. Harga 1 pack biasanya RM33-34. SENANG kira ambillah RM33 (HIDUP HIDUP). 1 pack ada 84 pampers. 84 darab dua pack = 168 pampers. 168 bahagi 30 hari, maka satu hari baby Umar akan guna 4-6 pampers. 1 pampers nilainya 39sen. SENANG kira 40sen. Kalau isi minyak 1 liter dengan harga kenaikan 78sen (80sen), maka boleh dapat/beli 2 pampers (bukan 2 pack beso tuh). Ada 2 maksud di sini. (1) Isi 1 liter sekarang, maka nilai kenaikan tu tadi boleh beli 2 pampers. (2) Isi 1 liter, kos budget untuk beli huggies kena tolak 2 pampers. Satu bulan purata kereta aku & isteri MINUM minyak sekitar 300 liter. Kalau 300 (liter) X 80sen (78sen) = < > RM240.00. Ini nilai kos kenaikan 78sen (80sen) tu aje. Kalau 1 bulan, dengan duit RM240 tadi tu boleh beli 7-8 pack huggies.

Kerajaan kata nak bagi REBET (Subsidi cash) lebih kurang RM625 kepada rakyat (selepas bayar roadtax). RM625 tu setahun. Cuba bahagi 365 hari, maka 1 hari nilai SUBSIDI tu tadi adalah lebih kurang RM1.70. Kalau kira balik, kos kenaikan 78sen tu tadi, sebulan purata kenaikan adalah RM240. RM240 X 12 bulan = RM2,880. RM2,880 bahagi 365 hari, maka 1 hari nilai FULUS (tambahan) yang dikeluarkan adalah RM7.90. Kalau kira betul2, wang (tambahan akibat kenaikan 78sen tu tadi) yang aku keluar bagi 1 hari RM7.90 tolak subsidi cash RM1.70, maka nilai yang aku TETAP kena keluar adalah RM6.20. Itu sehari. Sebulan? RM6.20 X 30 hari = RM186 aku kena keluar EXTRA selepas ini.


MENTERI kata, kenaikan harga minyak ini tidak akan menyebabkan harga barang-barang lain naik. Aku pun setuju juga dengan kenyataan ini, setakat pada hari ini. Tunggu 2 minggu lagi. Kita tengok. Tunggu dan lihat.

Apapun, Pampers & Minyak tatap kena beli. Kedua-duanya dah jadi KEPERLUAN dan bukannya KEHENDAK. Nak tak nak, kena beli juga. Kita masih di dalam LINGKARAN roda hidup yang sama. Teringat kata sorang menteri, tak nak beli minyak, naik kereta lumbu la dey! Tapi kalau betul boleh naik kereta lembu, pihak konsesi bagi ke lalu ikut HIGHWAY? Parkir di Tempat Parkir Kereta. Bayar Parkir macam kereta2 lain?

SENDIRI la lu PIKIR!