PORT DICKSON 1 Okt. - Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin menasihatkan semua calon berhati-hati mengisi borang pencalonan pada hari penamaan Sabtu ini.
Kata beliau, kesilapan kecil pada kertas penamaan calon boleh menyebabkan calon dan parti diwakili tidak layak bertanding.
"Teliti dan baca dengan betul borang penamaan calon."
"Jangan lakukan kesilapan kerana ia boleh mengundang rasa kecewa pelbagai pihak sekiranya pencalonan ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.
Abdul Wahab yang juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berkata, faktor keselamatan juga hendaklah diambil kira oleh para penyokong parti.
"Saya nasihatkan kepada parti yang bertanding, usahlah pamerkan bahan kempen sebelum 3 Oktober ini.
"Ini bagi mengelakkan pihak berkuasa tempatan menurunkan poster kerana tempoh kempen belum bermula," kata beliau di sini hari ini.
_____________Ada muslihatkah kali ini?
Yang saya tau, CALON UBN yang SELALU buat KESILAPAN BESAR! Bukan kesilapan kecil!!!
Tak percaya tanya calon BN di Dun Kijang, Kelantan (Mustapha Ahmed) atau calon BN (Dr Nik Mohd Zain Omar) yang menentang TGNA di Dun Chempaka yang TIDAK MENURUNKAN TANDATANGAN pada borang. (Dr tu yang buat silap. Kalau buat pembedahan, Dr silap sedikit boleh membawa maut tau).
Atau PERINGATAN dari SPR itu untok calon BN sebenarnya?
Kah Kah Kah.
Tak sabar nak menunggu Menteri dan/atau Timb berPOLIGAM (POLitik GAMbar) dengan aksi sedang menoreh getah di Ladang SIME DARBY!
No comments:
Post a Comment