Tuesday, September 16, 2008

R.S.V.P


Répondez S'il Vous Plaît

Menatang apa tu?

Persoalan yang munchol dan ditanya kepadaku tatkala satu (1) SMS dihantar kepada sahabat-sahabat berkenaan dengan program yang akan berlangsung. Kebetulan pula untok program itu, aku jadi SU.

Tersenyum kambing gurun aku dibuatnya!

Lidah pasti berbelit-belit untuk menyebutnya dengan tepat. Hatta, orang Peranchis sendiri pun pasti ada yang gagal menyebutnya dengan betul. Atas sebab itu, penggunaan istilah tersebut dipendekkan menjadi R.S.V.P sahaja.

Apa pulak maksudnya?

Tolong jawab @ Sila beri maklum balas. (reply, please or reply, if it pleases you)

Iaitu jawapan kepada jemputan satu-satu majlis. Sama ada kita hadir atau sebaliknya, secara protokolnya kita MESTI / WAJIB jawab.

Kebiasaannya, istilah RSVP tersebut dipaparkan pada kad (dengan teknologi terkini melalui emel, sms, mms etc) untuk membantu tuan rumah / penganjur di dalam penyediaan makanan dan sebagainya. Namun harus diingat, jika tertera R.S.V.P Tidak Hadir Sahaja (Regret Only), hanya jika anda (rasa / berkemungkinan besar) tidak (akan) hadir sahaja yang perlu menjawab. Yang (rasa) dirinya (yakin / boleh) hadir, tidak perlu membalas jemputan tersebut.

Maka, di masa akan datang, jika menerima SMS / eMEL yang ada RSVP (atau R.S.V.P), sila jawab seberapa segera!

Sekarang anda paham menatang apa RSVP tuh?


[Nota : Lepas ni makin ketara la penggunaaan istilah RSVP di Bangi. (Hehe)].

Tuesday, September 9, 2008

Macam - Macam Mercun


RAMPAS : Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, DSP Zakaria Abd Rahman menunjukkan 'mercun kelapa' yang berjaya dirampas selepas sidang media di Kem UPP Padang Besar dekat sini, malam tadi. Mercun jenis terbaru itu dikatakan mampu mengeluarkan bunyi yang dapat didengari sejauh satu kilometer. Mercun itu adalah sebahagian mercun yang dirampas sepasukan UPP yang menyerbu sebuah rumah di Kampung Paya Besar, Beseri pada 9 malam tadi. - Foto Bernama

Monday, September 8, 2008

Lompat Parti, Tidak Bermoral Atau Apa?

Anwar sudah masuk ke Parlimen sebagai anggota mewakili Permatang Pauh dan dengan itu melayakkan dia duduk bersetentangan dengan Abdullah Badawi. Anwar berkali-kali mengisytiharkan dia akan menjatuhkan kerajaan Abdullah pada 16 September ini. Abdullah sebaliknya, di depan Anwar sendiri pada Jumaat lepas sewaktu membentang Bajet 2009 mengisytiharkan beliau tidak akan berdiam diri melihat genggaman kerajaan terlucut darinya. Dia menyatakan tidak akan membenarkan mandat yang diberi rakyat direntap darinya secara tidak bermoral.

Abdullah menegaskan bahawa usaha beberapa pihak untuk menjadikan negara tidak stabil melalui satu rampasan kuasa cara tidak halal dan tanpa mandat dari rakyat hendaklah ditolak. Mengikut beliau, ketidaktentuan-ketidaktentuan akan memberi kesan kepada pelaburan, sentimen ekonomi dan pasaran-pasaran modal.

Sama ada usaha Anwar ‘merampas kuasa’ ini sesuatu yang akan terjadi atau tidak, menjadi teka-teki. Ramai tidak percaya ia akan terlaksana tetapi pada masa sama bimbang kalau-kalau ia menjadi kenyataan jua. Mana ada tempat di dunia ini sebuah kerajaan yang memiliki majoriti 58 buah kerusi boleh tumbang melalui lompatan anggota sebagaimana didakwa Anwar akan berlaku? Mereka enggan percaya tetapi pada masa sama agak kepanasan.

Bagi menjayakan rencangannya, Anwar memerlukan sejumlah lebih dari 30 MP BN untuk melompat ke partinya. Perbuatan melompat parti adalah satu perbuatan yang sering terjadi di Malaysia. Orang yang melompat parti digambarkan sebagai ‘katak’, iaitu diambil dari sifat katak yang melompat ke sana-sini mencari rezeki.

Perkataan ‘katak’ dalam perspektif ini dilihat dari segi negatif. Dulu, ‘katak’ melibatkan orang dari parti pembangkang menyertai parti kerajaan. Jarang sangat terjadi orang dari parti kerajaan menyertai pembangkang. Parti pembangkang sering menggelarkan ‘katak’ ini dengan sifat-sifat yang jijik. Juga, orang yang melompat dilihat sebagai mempunyai moral yang rendah kerana lazimnya, imbuhan diumpan bagi mendorong seseorang ‘melompat’. Ia membabitkan moral. Hari ini pembangkang ingin mengumpan ‘katak’ dari kalangan kerajaan. Terbalik, dan semestinya, mereka di pihak kerajaan pula bercakap tentang moral.

Sewaktu kerajaan negeri Kelantan terbentuk selepas pilihan raya umum ke 11, majoriti yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu hanyalah dua kerusi sahaja dan selepas pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, majoriti kerajaan Pas di Kelantan merosot ekoran kekalahan calonnya. Hayat kerajaan itu lakasana berada di hujung tanduk.

Ketika itu cakap-cakap bahawa hanya masa sahaja yang akan menentukan tumbangnya kerajaan negeri itu lagi kuat kedengaran. Sebelum kekalahan itu pun ia sudah cukup kuat diperkatakan. Umum percaya bahawa pimpinan BN negeri akan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan itu melalui lompatan ADUN Pas menyertai BN. BN hanya memerlukan satu kerusi sahaja untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan tetapi masih gagal. Mendapat satu kerusi terlalu sukar.

Memandangkan kali ini, orang yang dijangka melompat itu ramai dan bukannnya satu seperti yang diharapkan berlaku di Kelantan dulu, dan lompatan itu dikaitkan dengan usaha membentuk sebuah kerajaan baru, sama juga seperti usaha di Kelantan dulu, kedudukan perbuatan lompat itu dibahas hebat, bermoralkah dan terhinakah rakyat olehnya? Jangan cakap tentang berjayakah Anwar. Itu persoalan lain.

Hasrat Anwar membentuk kerajaan pada pertengahan bulan ini dianggap sebagai menggunakan pintu belakang untuk mendapat kuasa. Memujuk lompatan beramai-ramai dari BN ke PKR dikatakan adalah satu perbuatan yang tidak bermoral, tidak demokratik dan menghina rakyat yang sudah pun membuat pertimbangan pada 8 Mac lepas. Kabinet yang dibentuk dari kalangan mereka yang melompat dikatakan tidak memiliki wibawa. Imej parlimen sendiri terjejas. Kalangan BN menganggap Anwar sebagai seorang yang terlampau taksub untuk berkuasa dalam masa yang amat singkat ini.

Masihkah ia dianggap tidak bermoral jika lompatan parti itu tidak didorong oleh umpan harta benda atau jawatan dan dibuat berdasarkan apa yang mereka percaya dilakukan demi menyelamatkan negara? Ya, tetap begitu kata mereka dari kalangan kerajaan kerana ia melibatkan pengkhianatan ke atas undian kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada PRU ke 12 lepas. Bukankah para pemimpin PR yang sering melaung-laung untuk mencadangkan Akta anti-lompat dibuat pada masa dulu? Kenapakah mereka sanggup mengkhianati proses demokrasi melalui persekongkolan bersama wakil BN (yang melompat) pilihan rakyat?

Para penggiat moral mencadangkan mereka yang ingin melompat agar meletakkan jawatan sebagai MP dulu dan kembali menagih sokongan rakyat bagi mengesahkan perbuatan mereka itu. Hakikatnya, gesaan ini sungguhpun baik, ia tidak dapat dilaksanakan di negara ini kerana melalui satu Akta yang ada hari ini yang diluluskan oleh Parlimen semasa pentadbiran Mahathir dulu telah menetapkan mana-mana MP yang meletak jawatan sebelum tamat tempoh lantikan mereka tidak dibenarkan bertanding kembali dalam masa tempoh lima tahun bermula dari tarikh dia meletak jawatan. Mahathir dan BN membenarkan melompat parti tetapi tidak membenarkan meletak jawatan. Itu hakikat.

Suatu ketika dulu, DUN Kelantan telah meluluskan satu Rang Undang-Undang yang mengisytiharkan kosong mana-mana kerusi yang pemegangnya melompat meninggalkan parti dan mengkhianati kepercayaan rakyat yang dia bertanding dan menang dalam pilihan raya. Dua orang wakil rakyat parti Semangat 46 telah melompat menyertai UMNO sebaik memenangi pilihan raya dan akibatnya kerusi-kerusi mereka telah diisytiharkan kosong oleh DUN Kelantan. Namun, pilihan raya kecil yang diadakan berikutan itu dianggap tidak sah dan terbatal oleh Mahkamah kerana Rang Undang Kelantan itu bercanggah dengan apa yang diamalkan diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Langkah ini diambil bagi menghalang mereka meletak jawatan tanpa sebab dan untuk bertindak memalukan kerajaan Kuala Lumpur semata-mata. Mana-mana anggota Parlimen BN yang terlibat meluluskan Akta itu dulu, hari ini tidak memiliki hak untuk mempersoalkan moral MP BN yang melompat (jika ada) kerana wujudnya Akta yang melarang MP meletak jawatan dan bertanding kembali diluluskan di atas sokongan mereka. Kalau mereka masih berkeras mahu MP melakukan itu hari ini, mereka hendaklah menyepak diri sendiri. Penulis perhatikan masih ramai MP yang mengundi meluluskan usul itu masih menjadi MP hari ini.

Peristiwa BN dimalukan akibat perletakan jawatan Shahrir Samad sebagai MP menyebabkan satu pilihan raya kecil diadakan di Johor Bahru suatu ketika dahulu. Shahrir yang bertanding sebagai calon bebas bersimbolkan tiga kunci telah mengalahkan calon BN. Sebelum itu Shahrir memenangi PR di atas tiket BN. Kemudian dia mempunyai pandangan berbeza dengan Mahathir.

Hasil dari tindakan Shahrir itu, Mahathir menganggap perbuatan meletak jawatan dan kembali mendapatkan mandat rakyat sebagai membazirkan wang rakyat dan membuang masa. Selepas itu, kerajaan BN kemudiannya meluluskan satu pindaan undang-undang menghalang mana-mana MP yang meletak jawatan untuk bertanding semula. Wan Azizah yang meletak jawatan sebagai MP baru-baru ini terikat dengan undang-undang ini di mana selama 5 tahun akan datang beliau tidak boleh bertanding lagi.

Maka, mereka yang ingin melompat hanya boleh mendapat mandat baru dalam pilihan raya akan datang. Sementara itu terpulanglah kepada mereka sendiri untuk menilai perbuatan mereka itu. ‘‘Bermoralkah aku?” Dia boleh berhujah bahawa niatnya murni. Niatnya baik dan tujuannya pun baik. Matlamat menghalalkan cara. Dia tidak memungkiri janji kepada rakyat. Bukan dia yang mungkir janji. BN pula dituduhnya sebagai pihak yang memungkiri janji.

BN berjanji tidak mahu menaikkan harga petroleum, ia mungkir. Harga petroleum dinaikkan ‘gila-gila’ (meminjam istilah anak muda sekarang). BN tidak terdaya memberikan pimpinan yang berkesan ketika ini. Kerajaan yang ada dilihat lesu. ‘MP yang prihatin’ ini tidak boleh menunggu lagi empat tahun. Empat tahun terlalu lama. Ia akan memudaratkan sistem ekonomi, sistem politik dan kehakiman. Keadaan tidak boleh dibiarkan. Fikirannya jelas, dia bukan pengkhianat rakyat, dia penyelamat rakyat.

Jika keadaan sudah begitu mendesak, persoalan tentang moral tidak dapat diberi perhatian berat. Lagipun, bagi para MP ini soal etika dan demokrasi hendaklah dilihat dari sudut apakah sebelum 8 Mac pihak pembangkang mendapat liputan media yang adil? Mereka mungkin insaf bahawa mereka dilantik sebagai MP BN kerana mereka mendapat liputan meluas dalam media massa di mana semua yang baik digambarkan untuk mereka dan stesen-stesen TV sentiasa memberi gambaran buruk tentang pembangkang. Jika media lebih adil mungkin MP yang melompat ini kalah awal-awal lagi semasa pilihan raya umum itu.

Para MP yang melompat ini juga mungkin cuba rasionalkan tindakan mereka bahawa semasa pilihan raya umum segala jentera telah digunakan (disalahgunakan) untuk mendapatkan kemenangan kepada calon BN. Perbelanjaan-perbelanjaan pilihan raya yang banyak telah dicajkan kepada kerajaan yang membolehkan jentera parti bertindak dengan berkesan. Dengan berbuat demikian, mereka telah tidak berlaku adil kepada calon lawan mereka. Kononnya, sekarang bagi mereka adalah masa untuk menebus dosa.

Namun, yakinkah dia bahawa kerajaan yang dia akan menjadi sebahagiannya pada bulan ini nanti adalah sebuah kerajaan yang mantap? Apakah persefahaman di antara parti-parti yang membentuk kerajaan baru ini tidak goyah apa lagi kalau ia disertai pula oleh komponen-komponen baru yang ideologi parti masing-masing berbeza laksana langit dengan bumi. Dengan tiga anggota sahaja pun sekarang, iaitu Pas, DAP dan PKR percanggahan polisi sudah ketara, tentunya anggota baru dari Sabah dan Sarawak akan ‘mencaca murba’ lagi keadaan dalam Pakatan. Percakaran sesama sendiri mungkin tidak akan membuahkan suatu kerajaan yang stabil. Mungkin lebih lesu dari apa yang ada sekarang.

Persoalan utama ialah jika sebuah kerajaan terbentuk dalam masa terdekat ini, adakah ia sebuah kerajaan yang kuat yang berdasarkan aspirasi rakyat atau ia akan menjadi sebuah kerajaan yang para MPnya terdorong mendokong kerana habuan-habuan manis dijanjikan dan perebutan-perebutan jawatan akan menyebabkan negara diletakkan dalam kacau-bilau.

Atau, sebaiknya, PR harus mengambil peluang evolusi diri untuk menjadi kerajaan pada masa akan datang dan buat masa ini menjadi pendesak-pendesak yang berkesan. Apapun, utamakan kepentingan rakyat di dalam setiap tindakan. Lakukan sebaiknya demi negara. Peranannya hari ini dilihat amat berkesan menyebabkan kerajaan BN lebih sensitif kepada rakyat. Ia tidak perlu menjadi kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. September 16 bukanlah segala-galanya.


[Rencana ini tersiar dalam Sinar Harian, Khamis 28 Ogos, 2008 muka N14]

Oleh Dr. Aisar Yee Abdullah @ http://draisaryee.blogspot.com

___________________

COUNTDOWN 16 September 2008 : 6 Hari lagi!

Sunday, September 7, 2008

Terkini dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu!


KOTA KINABALU 8 Sept – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas batal dan tidak sah.

99 Usaha Memantapkan Diri

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal (selepas usaha dilakukan) di dalam semua perkara;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan (kejayaan) orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu becita-cita akan sesuatu kedudukan/pangkat/jawatan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (Masjid/Surau);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;
24. Lakukan solat fardu di awal waktu, berjamaah di Masjid/Surau;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Latihlah diri untuk konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut menjadi miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Eratkan silaturrahim sesama manusia;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya iaitu tidak kurang dan tidak pula berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulamak;
55. Amalkan berselawat kepada Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W;
56. Cintai keluarga Nabi S.A.W;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap sesuatu yang tidak berguna;
61. Bergaul dengan orang-orang soleh/berilmu;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta/bohong;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambil pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita supaya badan sentiasa sihat dan kuat;
89. Jangan membuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada khabar angin yang bersangkutan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan mencapai kejayaan di atas menzalimi orang lain dan jangan jadi kaya dengan memiskinkan orang lain.

Takbir!

Friday, September 5, 2008

Larangan Tahun 2000 Melaka : Wajarkah diteruskan 2008?

Selepas PRU ke-10 (1999), iaitu ketika kebangkitan REFORMASI, kerajaan negeri Melaka melalui Ketua Menterinya pada sekitar bulan April 2000 berkata "Surat pekeliling mengenai arahan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan larangan itu turut melibatkan anak-anak syarikat milik agensi kerajaan negeri. Larangan itu bagaimanapun tidak merangkumi lawatan tidak rasmi seperti melancong atau berziarah".

Di dada akhbar arus perdana terpampang berita berikut:-


MELAKA, 6 April (Bernama) - Kerajaan negeri Melaka telah menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensinya daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin oleh PAS tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik dua buah kerajaan negeri itu tidak dicontohi oleh agensi kerajaan negeri Melaka. Mohd Ali juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan kakitangan agensi dan anak syarikat kerajaan negeri mengadakan lawatan seperti itu kerana bimbang mereka akan terpengaruh dan mencontohi dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua.

Mengulas lebih lanjut mengenai arahan itu, Mohd Ali berkata sebagai contoh ia akan melarang kakitangan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) daripada mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kota Baru atau Kuala Terengganu. "Mereka sebaliknya digalak mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau mana-mana majlis perbandaran di negeri lain" katanya.

Mohd Ali juga berkata sehubungan dengan itu, lawatan rasmi oleh agensi atau anggota exco kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu ke Melaka juga perlu mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri berkenaan.

____________

Jika kita merujuk kepada FATWA oleh Ketua Menteri ketika itu yang mana pada hari ini masih lagi memegang jawatan yang sama, satu SOALAN yang boleh kita tanya kembali....

Adakah HUKUMAN (kepada negeri yang jatuh di tangan Pembangkang) yang dibuat pada tahun 2000 dahulu juga MENGIKAT ke atas 4 buah Negeri lagi yang kini diperintah
oleh Pakatan Rakyat? DiHARAMkan jugakah? Atau hukumnya jatuh pada MAKRUH? Ada baiknya keputusan tahun 2000 dulu mengikat jugalah. KERANA APA?

Takut nanti
terpengaruh dan mencontohi dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kelima-lima kerajaan negeri tersebut. Tak begitu Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam?

Nota : Barangkali LARANGAN ke atas SELANGOR mungkin hukumnya SUNAT. Sebab KLIA terletak di negeri ini. Jika Datuk Seri nak ke luar negara, takkan nak naik Air port Melaka kot?

Thursday, September 4, 2008

Usaha Che Det untuk Malaysia

Kata Che Det di dalam Blognya :-

Saya selalu disuruh "buat sesuatu". Saya dah lakukan yang termampu:

i) Saya telah secara terbuka salahkan Dato Seri Abdullah dan meminta dia meletak jawatan

ii) Saya kritik keputusannya berkenaan dengan jambatan (bengkok ke Singapura)

iii) Saya secara terbuka menuduh beliau terlibat dengan rasuah

iv) Saya telah tegur pemimpin dan ahli UMNO bahawa mereka akan menghancurkan UMNO dan sekutunya

v) Saya keluar dari UMNO

vi) Saya telah bercakap berkenaan rasuah dan kesannya terhadap nasib yang menanti orang Melayu

vii) Saya telah mulakan blog saya dan pembaca pun tahu apa yang saya telah katakan dalam blog.

And so when I was asked to comment on the lowering of the oil price and I said "Good for the people. We should have more by-elections so that the oil price would be lowered some more".