Wednesday, August 27, 2008

Tersungkur lagi

1982


2008

Saja aku tayangkan 2 gambar DSAI di atas tu dengan tajuk posting aku kali ini, Tersungkur.

Sehari sebelum hari pembuangan undi di P44 Permatang Pauh, media arus perdana cukup hebat berkempen untuk calon KERAjaan. Sukanya aku nyatakan disini, bukan UMNO yang dilawan tetapi KERAjaan. UMNO itu sekadar topeng luarnya saja. Hakikatnya, monyet-monyet dan kera-kera gergasi tertewas lagi!

Jarak 8 Mac dengan 26 Ogos, iaitu selama tempoh 170 hari masih belum cukup untuk MENGUBAT hati rakyat Malaysia untuk memaafkan Pemerintah Islam Hadhari.

Satu pengharapan digarap pada DSAI untuk merealisasikan hasrat LALUAN ke PUTRAJAYA selepas ini.

Formula 3P yang dicanang sebelum ini sudah memperoleh P yang pertama iaitu Permatang Pauh. Manakala P yang kedua adalah Parlimen. Esok 28 Ogos DSAI dijadualkan untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Malaysia. P yang ketiga adalah Putrajaya = Perdana Menteri. Berbondong-bondong makhluk di dada Blog mempromosikan hal ini. Semuanya inginkan "Insurans" sebagaimana yang dinyatakan di dalam Blog YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Bermula jam 6 petang semalam, media arus perdana umpama TEMPANG tak berkaki dan LUMPUH tak bertepi. Suasana suram menyelubungi rancangan-rancangan televisyen yang sebelum ini CARGAS berkempen. Semua menjadi MANDUL!

Seolah-olah, rakyat jelata yang mengaji dengan media arus perdana tertanya-tanya, SIAPA YANG MENANG? Kerana tiada satupun yang JANTAN menyiarkan keputusan terkini PR P44. Siaran langudng pun hanya dibuat ala-ala kadar saja. Macam sudah tahu keputusan saja!

Betapa pemikiran kolot lagi temiang dan jakun protonya tindakan media arus perdana semalam. Teguran daripada Pengerusi Bernama selepas Gelombang Tsunami PR pada 8 Mac dulu tidak sedikit pun diendahkan oleh mereka. Apa kata Kepala Bernama itu?

"Saya ketika itu adalah panel di dalam rancangan siaran langsung. Ketika itu saya lihat di skrin TV, makluman rasmi bahawa BN MENANG di banyak tempat. Rata-ratanya 98% logo BN yang menang. Hanya ada satu dua saja PAS, DAP @ PKR yang menang. Tetapi apabila berehat untuk iklan, saya ambil peluang untuk ke tandas. Ketika itu, driver saya beritahu, 5 negeri sudah tumbang ke tangan pembangkang. Saya tanya dia dari mana dia dapat maklumat? Dia jawab internet dan SMS. Ini merupakan satu perkara yang media arus perdana harus ubah. Siarkan makluman yang terkini. Jangan terlalu jumud sehingga menampakkan pekung kita sendiri terbuka disebabkan lambat dan masih berpemikiran kelas ketiga".

Semalam media arus perdana masih MENGEKALKAN sikap sebegitu. Tahniahlah kerana enggan berubah!

Tatkala pencawang internet terbuka tanpa sempadan, aku terima 1 SMS yang punya SINIS maksudnya. SMS tersebut adalah gurauan semata-mata tetapi jika dibaca tanpa usul periksa boleh jadi percaya dibuatnya. SMS berbunyi begini,

"TERKINI dr Pmatang Pauh! BN MENANG bg kiraan undi setakat jam 6pm td di kwsn 1. Kubang PUNGGUNG 2. Permatang BELAKANG 3. Seberang JUBUR 4. Kampung SUMPAH".

Jika diamati SMS tersebut, intipatinya mudah. Satu pesanan ringkas kepada BN agar berpijak di bumi nyata. Jika benar SMS itu (dengan kewujudan tempat yang dinyatakan di atas tu), maka sahihlah bahawa BN bak kata YB Mahfuz di Parlimen sebentar tadi (27 Ogos 2008 - Jam 10.37am),
"BN berbumbungkan Saiful". Mula-mula aku dengar perkataan bumbung bunyinya seperti PUNGGUNG tetapi selepas YB Mahfuz mengulanginya kali kedua barulah sahih perkataannya adalah bumbung. Riuh Dewan Rakyat dibuatnya. Aku rasa mungkin ada wakil-wakil rakyat dari BN juga seperti aku, menyangka bumbung yang disebut itu punggung.

Tatkala ini teringat aku satu kata pujangga,
"Kemenangan bukan tradisi, kekalahan bukan warisan". Tetapi di Permatang Pauh, BN! Anda tersungkur lagi!

Monday, August 25, 2008

Pesanan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.

Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 185)


2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.

Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU".

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al A'araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah.

Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "AMANAH".

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Surah Al Ahzaab 72)

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT".

Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "Pedang!".

Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH".

Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sunday, August 24, 2008

MATANGkah Pengundi PerMATANG Pauh?

"DSAI baru sahaja jadi calon, harga minyak dah turun 15sen"

"Kalau menang esok, tuan-tuan fikir sendiri berapa banyak lagi turun?"

Itulah bait-bait ucapan YB Dato' Paduka Husam Musa yang mendapat tepukan & gelak ketawa para hadirin dalam ceramah di Staidum Seksyen 15 Bangi baru-baru ini.

Sebelum ini, MAJORITI pimpinan UMNO/BN menyokong (termasuk 129 Ahli Parlimen BN) agar harga minyak dinaikkan sebanyak 78sen. Mereka juga MENGIPAS punggung-punggung (bolehkah dibaca sebagai dubur?) PM & TPM yang turut menyatakan bahawa jika turun harga minyak, Malaysia akan JATUH BANKRUP!

Pesan orang tua, kalu meludah jangan meludah ke langit nanti terkena muka sendiri. Kalau dibuat juga maka tanggunglah akibatnya. Umpama juga menepuk tepung dalam dulang, nanti terkena diri sendiri. Kenyataan sendiri makan diri.

23 Ogos 2008, maka diisytiharkan harga minyak di Malaysia turun. (Harga ini boleh dturunkan lagi jika Rebat dimansuhkan - Kata TPM yang telah menyumpahkan dirinya di masjid).

Pernah Che Det tanya di dalam Blognya, "Benarkah boleh bankrup Malaysia?".

Adapun Hishamudin Rais di dalam Blognya berjudul Dari Jelebu mengatakan, "Setiap kata & frasa yang PM & TPM nan bersih lagi suci lafazkan MESTILAH dibaca SEBALIKNYA. Jika dia kata dia akan menang, maka bacalah sebagai KALAH. Jika dia kata saya SUMPAH, maka bacalah sebagai SAYA TIPU dan seterusnya". Ini gurauan sinis yang menusuk kalbu!

Esok 26 Ogos 2008 = 24 Syaaban 1429H merupakan tarikh keramat yang bakal jadi HARI SEJARAH di dalam catitan memori rakyat Malaysia.

Soalnya, matangkah pengundi Permatang Pauh?

Makkal Sathi vs Juburi!

Thursday, August 14, 2008

Nilai Korban Dan Solat Jumaat

HADIS

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah."

(Riwayat Imam Bukhari)

Tuesday, August 12, 2008

Hebatnya Penghuni Syurga

HADIS

Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya."

Monday, August 4, 2008

Lelaki sayang kereta lebih daripada isteri?

LONDON 4 Ogos – Satu kajian di England mendapati tiga peratus daripada pemandu lelaki di negara ini lebih rela meninggalkan isteri atau teman wanita daripada tidak menggunakan kereta mereka.

Kajian organisasi permotoran AA juga mendedahkan hampir 80 peratus rakyat Britain tidak dapat hidup tanpa kereta walaupun mereka dibebani kenaikan harga minyak.

Memandu pula bukan tidak mendatangkan masalah kepada mereka.

Perbuatan memandu dengan mengekori kereta lain pada jarak dekat merupakan tabiat tertinggi iaitu sebanyak 30 peratus manakala menggunakan telefon bimbit semasa memandu pula dilakukan oleh kira-kira 26 peratus pemandu di Britain.

“Walaupun berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang tinggi, kenaikan cukai jalan atau perbuatan mengekori kereta lain pada jarak dekat, menyalahgunakan telefon serta memonopoli laluan tengah, namun rata-rata pemandu masih tidak boleh membayangkan hidup tanpa berkereta,’’ kata Presiden AA, Edmund King.

“Mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ialah kita perlu belajar untuk hidup dengan berkereta daripada mengehadkan penggunaan kereta,’’ katanya.

Pada masa ini, harga purata bagi satu liter petrol tanpa plumbum di Britain ialah 116.6 pence (RM7.48), naik sebanyak 20 pence berbanding harga beberapa tahun lepas.

Kajian itu dijalankan dari 23 Mei hingga 2 Jun lalu di kalangan 18,547 ahli AA.

– Reuters (~ Diambil dari Utusan Malaysia 5 Ogos 2008)