Friday, July 18, 2008

Beli Rumah?

Undang-undang yang mengawal pembangunan perumahan di Semenanjung Malaysia secara khususnya terkandung di dalam Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), 1966. Kesungguhan pihak kerajaan menyediakan mekanisma undang-undang yang ketat bagi menjaga kepentingan pembeli-pembeli rumah dapat dilihat dari pindaan undang-undang yang dibuat ke atas akta ini dari semasa ke semasa. Pada tahun 2007 beberapa akta yang berkaitan dengan perumahan telah dipinda dan dikuatkuasakan.

Iaitu Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), 1966, Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (pindaan mula dikuatkuasakan pada 12hb. April 2007), Akta Arkitek, 1965. dan Akta Pendaftaran Jurutera, 1965. (pindaan mula dikuatkuasakan pada 1 April, 2007). Antara pindaan tersebut melibatkan pelaksanaan sistem baru bagi menggantikan sijil siap menduduki (yang lebih dikenali sebagai Certificate of Fitness (CF) kepada Sijil Siap Kerja dan Pematuhan (SSKP). Sebelum ini masalah memperolehi CF adalah merupakan salah satu masalah yang paling lumrah dihadapi oleh para pembeli rumah.

Melalui SSKP ini, tanggungjawab mengeluarkan sijil siap kerja ini akan dikeluarkan oleh arkitek, atau jurutera atau pelukis pelan bangunan (bergantung siapakah yang menyerahkan pelan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan bangunan) dan tidak lagi dikeluarkan oleh PBT.Secara positifnya pelaksanaan sistem baru ini membantu masalah kelewatan mendapatkan sijil siap kerja yang telah menyusahkan banyak pihak, khususnya pembeli-pembeli rumah dan pemaju itu sendiri. Ini adalah kerana melalui sistem lama proses pengeluaran CF dilaksanakan oleh PBT dan pemaju sering mengadu masalah birokrasi yang kadangkala menyumbang kepada kelewatan memperoleh CF.

Namun demikian di sebalik itu, PBT pula menuding jari kepada pemaju dan menyatakan CF tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh yang singkat kerana pemaju gagal mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh PBT.Dalam masa yang sama, terdapat keluhan pemaju bahawa PBT mengenakan beberapa syarat yang keterlaluan dan menyukarkan pemaju-pemaju untuk mematuhinya. Walau apa keadaan sebenarnya yang berlaku, yang tetap menghadapi masalah ialah para pembeli rumah. Oleh yang demikian penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan SSKP amatlah dialu -alukan oleh para pembeli rumah.Namun begitu pembeli-pembeli rumah sebagai pengguna masih merasa agak bimbang adakah sistem baru ini dapat menjamin rumah yang telah siap tersebut benar-benar dibina dengan sempurna dan selamat untuk diduduki?Melalui sistem lama pembeli masih boleh meletakkan harapan kepada pihak ketiga iaitu PBT melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan hanya rumah yang dibina mengikut pelan dan spesifikasi dan selamat untuk diduduki, boleh dikeluarkan CF.Di sebaliknya melalui SSKP ini kelihatannya pembeli-pembeli hanya akan bergantung kepada arkitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan) yang dilantik oleh pemaju sendiri. Kebimbangan pembeli-pembeli rumah sebenarnya adalah amat berkait rapat dengan persoalan sejauh manakah arkitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan) itu benar-benar bebas di dalam mengeluarkan SSKP.

Sama ada kebimbangan itu wajar atau tidak, sebagai pembeli rumah masalah-masalah yang telah berlaku sebelum ini iaitu seperti sijil siap kerja dikeluarkan oleh arkitek walaupun kerja pembinaan tidak dilaksanakan dengan setaranya, perlu diambil kira sebagai asas kebimbangan tersebut.Bagi mengelakkan rasa bimbang dan curiga para pembeli kepada sistem SSKP ini, adalah amat perlu bagi mereka memahami beberapa pindaan undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan SSKP dan memahami peranan dan tanggungjawab beberapa pihak yang tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pengeluaran SSKP ini.

Sudah sampai masanya kita mencuba satu sistem baru yang lebih dinamik tetapi di dalam masa yang sama tidak mengabaikan kepentingan pembeli rumah.Seperti yang telah dinyatakan tadi tanggungjawab mengeluarkan SSKP adalah terletak kepada arkitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan). Sewajarnyalah tugas ini diberikan kepada akitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan) kerana menurut Seksyen 70(2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Pindaan 2006) arkitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan) adalah orang yang menyerahkan permohonan untuk kelulusan bangunan dan mengawasi pembinaan rumah sejak dari awal sehinggalah bangunan tersebut siap dibina.Namun ini tidak bererti PBT boleh melepaskan tangan begitu sahaja kerana menurut Seksyen 70(21) dan (22) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Pindaan 2006) PBT masih lagi bertanggungjawab memastikan pembinaan rumah dibuat mengikut pelan dan spesifikasi yang telah diluluskan dan ia selamat untuk diduduki.Selain dari itu PBT melalui Seksyen 20(23) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Pindaan 2006) mempunyai kuasa untuk memberi arahan bertulis kepada arkitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan) agar tidak mengeluarkan SSKP jika mendapati apa-apa yang perlu dilakukan telah dilaksanakan.Malahan seksyen ini turut memperuntukkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh arkitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan) yang berkaitan dengan SSKP ini boleh dikenakan penalti jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Selain dari itu SSKP tidak sewenang-wenangnya boleh dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang tidak menyerahkan permohonan untuk kelulusan pelan bangunan.Proses pengeluaran SSKP juga hendaklah menggunakan borang tertentu yang telah ditetapkan. Mana-mana pihak yang mengeluarkan SSKP bercanggah dengan arahan yang dikeluarkan oleh PBT, mengeluarkan atau mengetahui terdapatnya kenyataan tidak benar atau palsu di dalam mengisi borang yang telah ditentukan atau membenarkan bangunan diduduki sebelum SSKP dikeluarkan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Peruntukan ini jelas dinyatakan di dalam Seksyen 70(27)(a) hingga (f) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Pindaan 2006).Selain dari itu Seksyen 22F Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2007 turut memperuntukkan arkitek (atau jurutera/pelukis pelan bangunan) yang mengeluarkan sijil siap kerja tidak setara dengan tahap pembinaan yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli, adalah merupakan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM10,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang dari lima tahun atau kedua-duanya.

Di samping itu Akta Arkitek, 1965 dan Akta Pendaftaran Jurutera, 1965 mempunyai peruntukan berkaitan dengan tindakan disiplin yang boleh diambil oleh badan-badan profesional yang berkaitan terhadap arkitek/pelukis pelan/jurutera yang melakukan kesalahan. Iaitu sama ada Lembaga Arkitek Malaysia bagi arkitek dan pelukis pelan bangunan dan Lembaga Jurutera Malaysia bagi jurutera.Oleh yang demikian pembeli-pembeli rumah bukan sahaja boleh mengambil tindakan sivil terhadap pemaju atau profesional ini, malahan mereka boleh membuat aduan berkenaan dengan salah laku profesional-profesional ini kepada badan-badan yang berkaitan.Walaupun pindaan akta-akta yang berkaitan dengan SSKP ini telah mula dikuatkuasakan, namun pelaksanaan sebenar SSKP akan hanya dapat dilihat mungkin dalam masa dua atau tiga tahun lagi. Ini adalah kerana SSKP hanya akan terpakai kepada pelan bangunan yang dihantar serah kepada PBT untuk kelulusan selepas 12. April 2007 iaitu selepas penguatkuasaan Akta Jalan, Parit dan Bangunan,(Pindaan) 2006 serta Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2007. Menurut klausa 14(2)(a) & (b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2006, mana-mana pelan bangunan yang telah dihantar serah untuk kelulusan sebelum 12 April 2007 tidak akan tertakluk kepada SSKP walaupun pembinaan bangunan akan dilaksanakan selepas 12 April 2007.

Begitu juga apabila pelan bangunan dan spesifikasi telah dihantarserahkan kepada PBT sebelum 12 April 2007 tetapi pemohon telah diminta oleh PBT untuk dihantar serah semula atau dipinda, klausa 14(2)(c) dan (d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2006 memperuntukkan SSKP tidak akan terpakai. Walau bagaimanapun klausa 14(3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2006 menyatakan SSKP akan terpakai walaupun kelulusan pelan bangunan telah diperoleh sebelum 12 April 2007 sekiranya pemohon gagal untuk memulakan kerja pembinaan selepas 12 bulan kelulusan pelan bangunan dikeluarkan oleh PBT. Secara ilustrasinya, diandaikan pemohon mendapat kelulusan pelan bangunan dari PBT pada bulan Jun 2006.Sehingga 12 April 2007, pemohon belum lagi memulakan kerja pembinaan.

Sekiranya kerja pembinaan dimulakan sebelum Jun 2007, maka SSKP tidak akan terpakai ke atas projeknya. Namun demikian jika kerja pembinaan dimulakan selepas Jun 2007 maka SSKP akan terpakai. Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 70(9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 yang menyatakan kerja pembinaan hendaklah dimulakan dalam masa 12 bulan selepas kelulusan diberikan.Seterusnya klausa 14(6) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2006 menjelaskan sekiranya kerja pembinaan telah dimulakan tanpa mendapat kelulusan bangunan sebelum penguatkuasaan SSKP, sistem baru ini tidak akan terpakai jika permohonan pelan dan spesifikasi bangunan telah dihantar serah pada atau selepas penguatkuasaan SSKP dan permohonan tersebut diluluskan.Ada sesetengah pihak berpendapat SSKP mungkin dapat mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai. Sejauh manakah anggapan ini benar akan dapat dilihat apabila SSKP ini dilaksanakan sepenuhnya nanti. Dari satu perspektif anggapan ini mungkin agak tepat kerana ada waktunya apabila kerja-kerja pembinaan tidak diawasi sepenuhnya maka kebarangkalian kerja pembinaan akan terbengkalai agak tinggi, Iaitu apabila terdapat beberapa kecacatan mutu kerja atau spesifikasi yang telah ditetapkan tidak dipatuhi yang mengakibatkan PBT enggan mengeluarkan CF.

Namun demikian sayugia diingatkan ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada projek perumahan terbengkalai dan bukannya semata-mata kerana kelalaian arkitek/jurutera/pelukis pelan bangunan semata-mata. Oleh yang demikian satu lagi pihak yang benar-benar perlu dipertangjawabkan di dalam projek perumahan terbengkalai ini ialah pemaju itu sendiri.Keseluruhannya pelaksanaan SSKP diharapkan dapat memberi sedikit rasa lega kepada para pembeli rumah yang mengharapkan mereka akan dapat mendiami rumah mereka dalam waktu yang dijanjikan di dalam perjanjian jual beli, iaitu 24 bulan bagi unit rumah konvensional dan 36 bulan bagi unit rumah strata. Dalam masa yang sama diharapkan SSKP tidak akan mengorbankan hak pembeli-pembeli rumah untuk mendapatkan rumah yang berkualiti pembinaannya. Oleh yang demikian penguatkuasaan undang-undang yang lebih serius, telus dan proaktif hendaklah dimainkan oleh PBT.

__________________________

~ Perlu khidmat PEGUAM? Hehe..

Monday, June 30, 2008

PREJUDIS yang berKUDIS

28 Jun baru-baru ini semua rakyat yang prihatin, celik dan ahlil mesyuarat warung kopi di serata pelusuk tanahair disajikan dengan FILEM yang bakal laris di pasaran. Adapun aku sendiri mengetahui KISAH CERPAN (Cerita Panjang) tersebut seawal jam 6.23 pagi tatkala seorang sahabat memaklumkan kepadaku. Dia hubungiku dari Melaka Negeri Bersejarah.

Seperti biasa, terus saja aku capai tetuang informasiku untuk mendapat seberapa banyak maklumat & info terkini. Dibuka pelbagai web samada yang alternatif, arus perdana, dunia & blog2. Tak kurang juga kunjungan maya ke youtube.

Aku tidak bercadang untok mencoretkan apa yang aku peroleh daripada capaian maklumat yang aku dapat. Yang menjadi kepelikan yang meNAAJIBkan (jika ingin mengetahui maksud ini sila tanya @ buka blog Hishamuddin Rais - Dari Jelebu), cepat dan pantas sungguh Dol** yang baru mendolah membuat kenyataan, "Biar pihak yang berkenaan selesai membuat siasatan!" ARAHnya dengan nada yang (kununnya) sedih. Sejak 9 Mac aritu, perasan atau tidak, raut wajah insan yang SUCI tanpa DOSA tersebut sudah KURANG cahaya keimanannya. Tiada lagi senyuman hingga ke telinga. Sudah jarang berlawak jenaka. Masam sentiasa. Kalau ikut ajaran P. Ramlee, "40 hari JALAN".

Apa yang menaajibkan? Sedar atau tidak, apabila RPK telah menyumpahkan dirinya dengan akuan, dengan pantas juga si Dol** tadi menafikan, "Si Sukhoi bin Si Anu tidak bersalah". Sedangkan ketika itu, SIASATAN belum lagi selesai dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Boleh pulak overule SIASATAN.

Siapapun yang benar & yang bathil. Allah itu maha adil.

Fikirlah lu sendiri.

Friday, June 27, 2008

Cerpen : Hidayah Buat Seorang Hamba

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Mitshubishi EVO 7 yang dipandu meluncur di jalanraya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 4 jam..

Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja.Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlalu , Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.

Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.

Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempamerkan sebarang perubahan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib.Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarking kereta. Dia Menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.

"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah.

Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.

"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."

"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."

"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak membantah.

Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan.

Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.

Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."

Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.

"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."

"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur.

Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah... selamatkanlah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?"

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat.

Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..."

"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..."

"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam.

Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!"

Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang..."

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah dibibirnya.

~ Cerpen ihsan dari seorang sahabat

Thursday, June 26, 2008

Bila Ella dan Mas Idayu LEBIH HANGAT dari harga minyak

Setelah sunyi senyap tatkala harga runcit minyak naik, sekonyong-konyong Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus terpisat-pisat bangun daripada tidur.

Shukor yang juga Adun parti pembangkang BN-Umno bagi Dun Kuang 'dikejutkan' oleh dua penyanyi sensasi, Ella dan Mas Idayu.

Idrus lantas 'menghunus keris' dengan menuntut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dan Dewan Pemuda PAS negeri menyatakan pendirian berhubung penampilan Ella dan Mas Idayu pada konsert yang dijadualkan berlangsung sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, 6 Julai ini.

Shukor dilaporkan 'hairan' dengan sikap Hassan, Exco agama dan adat istiadat Melayu negeri itu yang dianggapnya hanya mendiamkan diri dan membiarkan Dewan Pemuda PAS negeri membuat bantahan awal.

"Selepas membentuk kerajaan negeri, Hassan Ali dengan tegas menyatakan akan mengharamkan sebarang konsert hiburan di negeri ini, tetapi sekarang apa sudah jadi, kita mahu tengok sejauh mana ketegasan mereka berhubung kehadiran Ella dan Mas Idayu bulan depan.

"Begitu juga dengan pendirian Pemuda PAS sendiri, apa pendirian setelah Tuanku Sultan mempersoalkan tindakan mereka membuat bantahan dan berhasrat mahu memindahkan penganjuran perlawanan itu ke Singapura," Shukor membentak.

Begitu bersemangat Shukor mengutarakan isu dua penyanyi itu sedangkan sebagai Adun mewakili parti pembangkang, beliau seharusnya lebih peka tentang kesulitan yang dihadapi rakyat ekoran kenaikan mendadak harga runcit minyak.

Adakah nasib dua orang artis itu lebih diutamakan Shukor dan Pemuda Umno negeri pimpinannya daripada nasib 2 juta rakyat Selangor yang terkesan dengan kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian.

Shukor seharusnya sedar bahawa bantahan Pemuda PAS Selangor terhadap pemilihan Ella dan Mas Idayu berasas. Bantahan itu juga bukan bermaksud Pemuda PAS negeri antihiburan, tetapi hanya mahukan artis lain seperti M. Nasir, Akil Hayy ataupun Mawi yang dianggap lebih bersopan dijemput membuat persembahan.

Walaupun Sultan Selangor dilaporkan kecewa dengan bantahan Pemuda PAS sehingga melahirkan hasrat untuk mengadakan perlawanan berkenaan di Singapura, baginda pastinya tidak mendapat maklumat tepat berhubung punca bantahan itu. Oleh itu, kesediaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membawa pemimpin Dewan Pemuda PAS Selangor menghadap baginda sebelum akhir bulan ini amat dialu-alukan.

Diharap baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri mendapat gambaran sebenar berhubung bantahan Pemuda PAS itu. Apatah lagi, Selangor adalah antara negeri yang paling teruk dilanda fenomena kebejatan sosial. Jika dulu ponteng, rokok dan dadah menjadi ancaman golongan remaja; kini ditambah gejala samseng, bohsia, lacur dan rempit.

Remaja negeri ini bukan sahaja perlu dididik dan dibimbing, atau didisiplinkan dengan peraturan dan undang-undang; mereka perlukan role model yang baik untuk diikuti dalam segenap bidang termasuk hiburan.

***

"Ai tak habis-habis lagi ke?... Kan PKR (KeADILan) boleh turunkan harga minyak. Kita dah bagi can (peluang) untuk perubahan. Berubah le. Mulakan dengan ternakan khinzir di Selangor secara besar-besaran dengan mengambil hak tanah orang Melayu. Oklah tu... Itulah yang Melayu nak. Pulau Pinang juallah kat Cina. Melayu merempat. Oklah tu. Itu yang Melayu nak. Jangan menang sorak kampung tergadai..."

***

SMS di atas saya terima daripada seorang akivis Wanita Umno bahagian selepas satu SMS nakal berhubung kenaikan harga minyak dimajukan (forward) kepadanya.

Marah sakan penyokong kuat Umno itu apabila diasak dengan isu kenaikan harga minyak. Maka berbalas-balas SMS lah kami. Bagaimanapun ianya berakhir apabila saya mengusik..."Melayu insya Allah terus hidup, yang mati Umno. Tak ikut Che Det keluar Umno ke?"

Dari dua insiden di atas, nampak jelas sentimen perkauman dan agama sentiasa dimainkan Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada parti itu.

Ianya selari dengan kenyataan Shukor yang mendakwa kesal dengan sikap PAS kerana berdiam diri dalam isu penternakan babi di Sepang dan cadangan kerajaan negeri untuk menghapuskan peraturan yang mengehadkan saiz rumah ibadat bukan Islam.

"Tindakan mereka itu boleh dianggap sebagai merestui usaha yang mengabaikan kepentingan orang Melayu dan agama Islam, ini yang kita hairan," dakwa Shukor dalam Utusan online.

Begitulah hebatnya Umno Selangor kini dalam 'memperjuangkan' nasib Melayu. Seolah-olah Melayu kini terancam hanya setelah 100 hari parti selain Umno dan BN memerintah negeri.

Keghairahan Umno kini dalam memainkan sentimen perkauman dan agama sudah sampai ke tahap menjengkelkan. Lebih mendukacitakan, para penyokong fanatik parti itu tidak dapat membezakan isu real yang melingkari hidup mereka dengan isu sensitif yang disandarkan kepada rasa sentimen yang tebal.

Mereka hilang punca untuk melihat sesuatu isu berdasarkan keutamaan. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat bagaimana kecohnya Pemuda Umno Selangor mengadakan demonstrasi membantah pembahagian kerusi Exco dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hampir saban minggu; tetapi berdiam diri dalam isu kenaikan harga minyak walaupun ia membebankan rakyat khususnya orang Melayu di kampung-kampung.

Adakah sikap ini boleh membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat khususnya orang Melayu? Jawapannya sudah pasti tidak.

Umno telah diberi peluang hampir setengah abad memerintah Selangor dan negeri-negeri majoriti Melayu. Adakah taraf hidup Melayu semakin meningkat? Statistik yang didedahkan para pemimpin Umno dalam perhimpunan agung parti itu menafikan tanggapan tersebut.

Lihat sahajalah ribuan penduduk Melayu Islam yang dihalau seperti kerbau dan lembu daripada perkampungan setinggan oleh pentadbiran Khir Toyo dengan berbekalkan slogan "Setinggan Sifar". Begitu juga masalah pencemaran alam sekitar akibat aktiviti ternakan babi secara tidak terkawal di kampung-kampung Melayu sekitar Sepang dan Hulu Langat.

Banyak lagi 'kotoran' warisan Umno-BN yang terpaksa dibersihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat termasuk eksploitasi dan dominasi keperluan asas rakyat (seperti bekalan air), ekoran perjanjian berat sebelah syarikat swasta dan kerajaan negeri pimpinan Umno-BN.

Shukor, pemuda Umno dan Umno negeri perlu merasa malu dengan warisan buruk mereka. Janganlah terlalu ghairah berkokok sehingga lupa ekor yang bergelumang najis. Generasi baru kini lebih bijak menatari isu lantaran sumber maklumat yang terbuka luas.

Umno perlu berubah untuk terus relevan. Jika tidak, ia akan pupus dimamah usia.

~ Ahmad Tajdid (Harakahdaily.net)

Protes please.....? AGAINST the 129 Monkeys!

Let's PROTES!


Satu gambar yang punya 1001 makna

Isian ke atas 1.5 seriesku yang terkini.... Ini hampir penuh tangki. Penuh barangkali sekitar RM120 - 125? Masih RENDAH berbanding negara lain?

Perbedaan yang punya erti & makna yang TAJAM! Benar sungguh apa yang dikata oleh pencipta gambar ini.....

Tuesday, June 24, 2008

Blog Che Det di"LOCK"?


Note To Visitors
|

On Friday June 19th, chedet.com was locked by the administration of Bloggers.com for what was termed as "suspected spam blog". Following that chedet.com has not been able to publish any new posting pending approval by Bloggers.com.

Despite repeated appeals Bloggers.com have yet to "unlock" chedet.com to allow for posting of new comments. Due to this measures have been taken to migrate chedet.com from Bloggers.com in an effort to avoid further disruption, hence the new page set up.

Chedet.com apologises to all readers and commentators for the inconvenience caused. Chedet.com would like to notify readers that comments for previous postings have not been attached currently while the technical team resolves certain matters. As for new postings commentators are only required to follow the simple registration steps accordingly before submitting comments.

In line with this chedet.com would like to remind commentators that critical comments are welcome but in efforts to maintain the integrity of this site and to promote healthy debate, readers are urged to refrain from using deragotary terms, name-calling and racial and seditious remarks. Such comments including comments that are UNRELATED to the posting WILL NOT be given priority...Chedet.com


Mungkin @ Tak Mungkinkah Berlaku?
(Edit Photoshop - Ihsan seorang sahabat)

Monday, June 16, 2008

Rintihan Seorang Isteri Tahanan I.S.A

"Sekurang-kurangnya dia masih hidup"
Norlaila Othman Tue Jun 17, 08


Tak tahu macam mana nak mulakan bicara, setiap kali jari mula mengetuk 'keyboard', mata mula berkaca.

'Let's put it this way'...

"Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa beriman kepada Allah,niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (maksud At-Taghaabun: 11).


Sebaik saja berita lanjutan 2 tahun itu keluar dalam Harakahdaily petang tadi, saya rasa seolah-olah ramai sangat yang turut "berkabung' dan menangisi keputusan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tak daya saya nak melayan SMS dan panggilan telefon dari mereka yang ingin menyatakan kesedihan, di samping meminta saya terus tabah menghadapi keputusan yang zalim itu.

Sekadar mengimbas kembali, 10 dan 11 Jun, "hari-hari terakhir 6 tahun" saya rasakan hidup bagai di atas bara api. Setiap kali tengok kalendar, fikiran jadi amat tertekan. Kepala jadi sakit yang amat sangat dan ubat paling baik ialah ... tidor. Tapi tak boleh dilayan sangat.

Saya pergi GIANT membeli jus Peel Fresh Orange dan snack kegemaran saya - Vochele roasted almond .... tapi bila tiba dirumah, tak ada mood pula untuk menjamahnya.

Saya sibukkan diri dengan kerja-kerja kempen dan kebajikan keluarga tahanan yang masih bertimbun. Fikiran difokuskan terhadap program terdekat. Malu rasanya untuk menghadiri sidang media, dengan mata yang bengkak kesan tangisan yang berpanjangan.

Lega sedikit, ada cermin mata untuk menutup kekurangan itu.

Saya amat bersyukur pada Allah SWT, Tuhan yang memberi nyawa, yang masih mengizinkan nadi saya berdenyut, yang membolehkan saya menghirup udara pagi ketika terjaga dari tidur.

Di sebalik tekanan perasaan yang tinggi, saya berjaya mengharungi saat-saat sukar, sebelum menerima berita/keputusan yang amat berat itu... Alhamdulillah.

"Sekurang-kurangnya dia masih hidup dan boleh dilihat walaupun di sebalik kaca ...."

Ya .... itulah realitinya.

Saya reda dengan semua ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya, saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk melihat dia bebas.

Bila-bila masa, sekiranya saya dipanggil Ilahi, saya tidak akan merasa terkilan/bersalah, kerana saya telah berusaha dengan pelbagai tindakan yang sewajarnya, untuk membantu mengembalikan nama baik dan hak peribadinya yang sedang dicabuli oleh mereka yang amat ego dan "sedang diberi kuasa oleh Allah" ketika ini.

Kemungkaran ISA terlalu besar dan terlalu zalim untuk dibiarkan begitu saja. Saya tidak kesal dengan keputusan ini (menangis tu biasalah bagi orang perempuan).. malahan semangat juang tetap membara di sanubari saya ....

Semoga Allah permudahkan semua perkara dan memang Allahlah penentu segalanya.


- detikdaily.net