Wednesday, July 8, 2009
PEMECAH BERITA : PPSMI dimansuh SEBELUM PRU13 (2012)
Tuesday, July 7, 2009
ALASAN kenapa UBN takot kes DSAI tertangguh
Perasan atau tidak, rata-rata surat khabau UBN memaparkan DSAI disifatkan SENGAJA untuk melambat-lambatkan kesnya di Mahkamah.
Kerana apa?
Haha... Kerana BAKAL BEKAS orang nombor 2 JABATAN PEGUAM NEGARA akan menyertai PASUKAN PEGUAM DSAI!!
Bekas Orang No. 2 di AG tersebut sebelum ini adalah PAKAR RUJUK di dalam Undang-undang kes jenayah di Malaysia, India, Britain dan banyak negara lagi. Beliau juga dikenali sebagai Legal Ensiklopedia di Malaysia kerana tahap DAYA INGATANnya yang cukup hebat.
Siapa dia tu? Heheh... Tunggu jer la.........
PEMECAH BERITA : PPSMI MANSUH serta-merta
TAJUK UTAMA di dada media arus perdana meng"highlight"kan perkataan MANSUH.
Semalam ada 1 SMS yang diterima mengusik kalbu. Ia berbunyi:-
PPSMI : Apa keputusan KABNINET?
(A) Diteruskan
(B) Ditangguhkan
(C) Ditarik balik / Dimansuhkan
(D) Subjek BM pula diajar di dalam BI.
SENYUM KAMBING sajalah baca SMS tu.
Monday, July 6, 2009
Manek Urai : BN confirm MENANG di SATU Peti Undi ini!
Di dalam suasana yang RANCAK untuk berkempen di PrK Manek Urai, UBN semalam mendakwa bahawa mereka YAKIN / CONFIRMED memenangi HATI RAKYAT menerusi PENGUASAAN PENUH kepada 1 Peti Undi PENTING di Dun tersebut.Seramai 12,293 pemilih dengan 99.2 peratus atau 12,197 orang adalah pengundi Melayu manakala pengundi Cina seramai 56 orang, India (28) dan kaum lain 12 orang.
Untuk rekod, 1 peti undi yang dimaksudkan itu adalah PETI UNDI POS!!
Daripada jumlah pemilih tersebut, terdapat 25 pengundi pos layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.
Sekian, terima kasih.
SUPERMAN di MANEK URAI
Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapha Mohamed berkata bantuan itu adalah sebagai tanda ingatan kerajaan kepada warga Manek Urai.
"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya dalam satu sidang akhbar di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di sini Ahad.
Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai 5 Julai dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.
Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manik Urai.
________________________
"Ambik dik ambik.... Tapi UNDI kita tetap UNDI PAS"
"Undi Undi Undi"
"Tapi.. Tapi kita mane bleh undi"
"Takpe... kita minta kakak, abang, ayah, ibu, nenek, tok, sedara-mare kita undi PAS"
"Betul... Betul... Betul"
Sunday, July 5, 2009
MALAYSIA akan HARAM JUDI / KASINO
(Tajuk di atas tu sepatutnya ditambah tanda soal(?)
RUSIA HARAMKAN JUDI/KASINO
MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.
Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.
"Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin slot di selatan Moscow.
Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan.
Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990-an.
Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada agensi berita Ria-Vonosti.
Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow.
Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara Korea dan Jepun.
Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan baru di sana untuk memindahkan operasi mereka.
Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah undang-undang itu kuatkuasa. - AFP
