Sunday, May 31, 2009

Kisah PEGUAM Terlampau

Kadang-kadang, para peguam ni punyai kisah-kisah yang boleh menjadi satu cerita. Ceritanya pula adalah kisah benar.

Jikalau di England, setiap tindakan atau perbuatan seseorang peguam ke atas fail anakguamnya RATA-RATAnya akan dimasukkan ke dalam bil. Tatkala peguam itu memegang atau membuka fail, maka ia akan dikira serba serbi.

Sebab itu ada satu kisah di England satu ketika dahulu berkenaan dengan BIL. Bil itu berbunyi:-

"Terjaga dari tidur kerana teringatkan fail ini - $5,000-00"

Ada satu lagi kisah yang popular berkenaan dengan "Bil Guaman" seseorang peguam.

Pada satu hari, kebun sayur milik si Pekebun di satu kampung telah rosak oleh haiwan peliharaan seorang peguam terkenal di situ. Setelah berfikir sejenak, lalu si Pekebun itu tadi telah mendapat idea iaitu konon-konon ia bertanya kepada Peguam berkenaan dengan kesnya.

Lalu berjumpalah ia dengan Sang Peguam. Nasihat peguam kepadanya, dia berhak mendapat pampasan $3,000-00. Maka gembiralah Si Pekebun lalu memaklumkan bahawa haiwan peliharaan Peguam itulah yang merosakkan kebunnya.

Yang ajaibnya, Peguam itu tanpa membuang masa membayar $3,000-00 itu kepada Si Pekebun. Sedikit pun Peguam tidak marah, malah semakin mesra dengan anakguamnya.

Maka pulanglah Si Pekebun ke rumahnya dengan penuh girang gumbira. Habis satu kampung dia ceritakan kisahnya mengenai tindakannya ke atas peguam yang terkenal itu.

Kemudian, dua hari selepas itu, Si Pekebun didatangi oleh despatch peguam itu. Despatch itu sebenarnya menghantar satu dokumen dari firma guaman Si Peguam yang terkenal itu.

Apabila Si Pekebun membuka dokumen itu, sejurus kemudian dia terus MERAUNG lalu PENGSAN. Dokumen itu berbunyi.

"Bil Guaman : Khidmat Nasihat bagi kes kebun dirosakkan oleh haiwan peliharaan - $15,000-00".

Teringat aku pada satu pepatah di dalam kosa kata undang-undang (Truman's Law), "If you cannot convince them, confuse them".

Hehe.

Thursday, May 28, 2009

Sesi PENERANGAN krisis di PERAK oleh Hj NIZAR

[Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas]
MOHON DISEBARKAN & DIPANJANG-PANJANGKAN.
Jangan Lupa HADIR. Kita JUMPA di sana!!!
Terima kasih.

YB, Jangan ada yang MATI lagi laa....[SPR]

"Tolong la (YB/Wakil Rakyat sekalian), jangan ada meninggal dunia lagi,"pohon Tan Sri Abdul Aziz Yusof Pengerusi SPR tengahari tadi.

"Harapnya (bakal YB atau calon) adalah dari kalangan yang sihat-sihat,"katanya lagi.

Dari satu sudut mungkin SPR (Baca : Umno) dah tak sanggup nak menghadapi Pilihanraya Kecil.

Tetapi di dalam soal mati, setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.

SIHAT mana sekalipun seseorang itu, apabila sudah sampai masanya maka ia akan mati juga.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya" (Surah Al-A'raaf : 34).


Wednesday, May 27, 2009

1001 cerita MAHKAMAH

KISAH BENAR 1 : SEMALAM DI MAHKAMAH


''Tidak pernah sepanjang berkhidmat dalam bidang perundangan ini saya mendapat atau berjumpa atau mengetahui pihak penjara boleh mengeluarkan surat memohon hukuman ringan bagi tertuduh.''


Itu merupakan reaksi Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin apabila peguam bela S. Saravanan mengemukakan surat tersebut kepada mahkamah hari ini sebagai sokongan terhadap rayuan untuk mengurangkan hukuman anak guamnya, Yap Yong Yee @ Mohd. Razif Yap Abdullah, 29.


Surat bertarikh 15 Mei lalu dan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Penjara Sungai Buloh tersebut begitu menarik perhatian hakim itu sehingga beliau berulang kali meneliti surat berkenaan. Tertuduh berada di dalam penjara selama 15 bulan sejak ditahan pada 23 Februari tahun lalu.


Terdahulu, Mohd. Razif mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan termasuk satu tuduhan pilihan iaitu memiliki sepucuk pistol dan sembilan butir peluru hidup. Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 3.45 pagi, 23 Februari tahun lalu di Batu 3, Jalan Ipoh di sini. Tertuduh yang merupakan anak kepada seorang pegawai kanan polis sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 sebelum pertuduhan tersebut dipinda kepada Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.


Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin juga sempat bertanya kepada Mohd. Razif perkara pertama yang akan dilakukan apabila dibebaskan kelak.


''Saya nak tengok anak dulu. Saya tak dapat tengok anak masa di penjara, tak dapat nak tengok mereka masuk sekolah. Nenek saya meninggal beberapa minggu lalu pun saya tak dapat tengok. Saya rindu anak-anak,'' katanya sambil menangis menyebabkan beberapa orang awam termasuk wartawan menitiskan air mata.


Mahkamah selepas meneliti hujah dan rayuan kedua pihak menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan bermula dari tarikh tangkap ke atas tertuduh.


Zainal Abidin, sebelum prosiding berakhir sempat menyatakan: ''Encik Mohd. Razif, saya hanya boleh ucapkan selamat berjaya, jadikan kesilapan awak ini sebagai motivasi untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan setegas mana pun seorang bapa ia adalah untuk kebaikan. Awak boleh jumpa keluarga awak.''


Mohd. Razif dan bapanya kemudiannya sempat berpelukan dan kedua-duanya dilihat menangis hiba selama beberapa minit di mahkamah sebelum tertuduh dibawa masuk ke lokap.



KISAH BENAR 2 : 4 HARIBULAN 2004.

Keluar kandang! Saya perintahkan kamu pergi salam, cium tangan ibu kamu dan minta ampun,'' kata Majistret Nazran Mohd. Sham di Mahkamah Majistret di sini hari ini kepada seorang pelajar sebuah politeknik di Shah Alam.

Nazran mengarahkan remaja yang masih di bawah umur itu berbuat demikian setelah dia tersengih-sengih ketika beliau menegur dan menasihati tindakan yang telah dilakukan oleh remaja itu terhadap ibunya.

Remaja itu kelihatan kebingungan dan seakan-akan tidak mempercayai arahan terhadapnya setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan sebuah motosikal curi dengan memberi kepada rakannya.

Terdahulu, Nazran menanyakan usianya yang dijawab dengan nada yang tidak bersungguh-sungguh dan tersengih-sengih.

Nazran: ``Umur kamu berapa?''

Remaja: ``18'' (sambil tersengih-sengih)

Nazran: ``Ibu kamu masih menanggung kamukah?''

Remaja:``Ya'' (masih ketawa).''

Nazran: ``Sampai bila ibu kamu nak tanggung kamu?''

Remaja: (tersenyum-senyum sambil melihat ibunya)

Nazran: ``Kenapa kamu tersengih-sengih, kamu ingat main-main ya? Kamu tidak kasihankah melihat ibu kamu. Sampai bila dia hendak menanggung kamu

``Kamu tidak tahukah syurga terletak di bawah tapak kaki ibu? Pergi minta ampun padanya. Pergi sekarang,'' kata majistret itu dengan nada keras.

Remaja itu yang masih terpinga-pinga terus keluar dari kandang dan mencium tangan ibunya yang duduk di galeri awam tidak jauh dari kandang tertuduh.

Ibu yang memakai baju kurung warna merah jambu terharu sambil menangis semasa anaknya mencium tangannya yang disaksikan dalam suasana keinsafan oleh mereka yang berada di dalam mahkamah.

Nazran: ``Macam mana ibu? Maafkan dia?''

Ibu remaja itu mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali.

Nazran kemudian memerintahkan remaja itu dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan ibunya sebagai penjamin serta jaminan RM2,000 tanpa cagaran.

Remaja itu dilihat meninggalkan mahkamah sambil beriringan dengan ibu dan dua orang saudaranya kira-kira pukul 10.45 pagi.

Mengikut pertuduhan, remaja itu yang memakai baju-T warna merah dan berseluar jean biru mengaku bersalah atas tuduhan pilihan melupuskan sebuah motosikal curi jenis Honda bernilai RM4,500 kepunyaan seorang pengawal keselamatan, Abu Hashim dengan memberikan kepada rakannya, Mohd. Fikri Ahmad, 19.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 6 petang, 14 Julai lalu di hadapan Restoran Ameer Conner, Shah Alam. Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Yeak Tiew Poh manakala remaja itu tidak diwakili peguam.

Ketika mengemukakan rayuan, remaja itu memohon dia dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana ingin membantu ibunya berniaga makanan. Menurut remaja itu, dia juga berhasrat menyambung kembali pelajarannya di sebuah kolej swasta.

Mengikut fakta kes, motosikal itu dilaporkan hilang oleh Abu Hashim di Jalan Maarof, Bangsar di sini. Polis kemudian telah menahan Mohd. Fikri semasa operasi Ops Cobra yang dijalankan sekitar Shah Alam. Setelah disemak, didapati motosikal itu dilaporkan masih hilang. Mohd. Fikri kemudian memberitahu anggota polis bahawa motosikal itu telah diberi oleh rakannya. Polis kemudian menahan tertuduh di sebuah restoran di Taman Seri Muda, Klang.

_________________________


Sehari berikutnya (5 Disember 2004) saya menghubungi Majistret tersebut. Beliau merupakan kawan dan senior saya semasa belajar di IPT dahulu. Kami sama-sama mewakili Universiti di dalam Pertandingan Sukan Intervarisiti tetapi di dalam bidang sukan yang berlainan. Saya mengucapkan TAHNIAH kepada beliau kerana membuat KEPUTUSAN yang MENARIK dan MENYENTUH PERASAAN tersebut. Jika berjumpa atau appear di hadapan mesti panjang perbualan kami.


Tak sabar juga rasanya MENUNGGU perjalanan kes MB Perak di Mahkamah Persekutuan kelak. Adakah YAA akan membuat SATU KEPUTUSAN yang MENARIK juga?


Jeng.. jeng.. jeng....

Tuesday, May 26, 2009

8 Dalil Kenapa DUN Perak TIDAK AKAN BUBAR

BN tidak akan MEMBUBARKAN Dun Perak. Percayalah cakap Mat Monggol. Juga percakapan Mahatma Melayu a.k.a Zambry a/l Cadeer. Sesungguhnya mereka ini BERCAKAP BENAR, tidak ada yang tidak benar, melainkan BENAR belaka.

Berikut adalah DALIL (Dari kacamata BN/Umno), mengapa Dun Perak TIDAK WAJAR dibubarkan :-

1) TIADA Perintah Mahkamah untuk mengarahkan BUBAR;

2) Majoriti BN cukup KUAT & MANTAP dengan bantuan ADUN Lompat dari kerusi Bebas;

3) Kereta Zambry.. Ops silap... Camry belum lagi terjual.

4) Mat Monggol dan/atau Mahatma Melayu belum mendapat ILHAM dari MIMPI (seperti Tok Sami) untuk membubarkan DUN;

5) Jika DUN dibubarkan maka akan MEMBAZIR Wang Rakyat berjuta-juta RM. Kena ingat Bubar DUN bermaksud ada 59 DUN akan berpilihanraya. Banyak wooo.

6) Pakatan Rakyat sebenarnya TAKUT untuk berdepan dengan Pilihanraya Kecil. Sebab itu mereka asyik dok minta Bubar DUN untuk "cover" ketakotan mereka.

7) Rakyat tidak harus diheret ke dalam masalah politik di Perak. Biar BN yang menentukannya. Ingat Slogan 1Malaysia. Malaysia adalah MILIK BN selamanya.

8) BN yakin MENANG BESAR jika DUN dibubarkan. Oleh itu, jika tidak dibubar sama sahaja kesannya iaitu BN memerintah dengan PERINTAH MAHKAMAH.

Sekian, terima kaseh.


Monday, May 25, 2009

2 Hakim Mahkamah Persekutuan AKAN PENCEN

Dua (2) daripada Dua Belas (12) Yang Amat Arif (YAA) Hakim Mahkamah Persekutuan akan pencen satu (1) ke tiga (3) bulan lagi. Siapa di antara 12 YAA itu yang akan menamatkan tugasan mereka sebagai Hakim BIARLAH RAHSIA.

Had umur bagi seseorang Hakim dinyatakan melalui Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak melebihi Enam Puluh Lima (65) tahun melainkan disambung tidak lebih dari Enam (6) bulan selepas dari had umur tersebut.

Biasanya, apabila seseorang itu nak pencen, mereka akan LEBIH BERANI di dalam membuat sesuatu perkara. Ada juga yang TIDAK BERANI berbuat apa-apa. Tetapi sedikit bilangannya yang PENAKOT itu.

Jika ditakdirkan kes MB Perak ini sampai ke Mahkamah Persekutuan, persoalannya sekarang, ADAKAH dua (2) YAA Hakim tersebut akan DIPILIH oleh Ketua Hakim Negara untuk menyertai Koram Hakim yang akan bersidang?


8 Alasan Kenapa NIZAR tak perlu merayu

malaysiakini

By Ibrahim Ahmad

Legal Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin's lawyers are set to appeal to the Federal Court to overturn the scandalous ruling made by the Appeals Courts on Friday last week. That the judgment was the most ridiculous, callous and cruel ruling ever made after Anwar's staged-managed convictions is not in doubt.

Prime Minister Najib Tun Razak has already started to lure Nizar into his trap by saying that Pakatan should appeal to the Federal Court. He was quoted by The Star saying: "I understand they will likely appeal to the Federal Court. It is their right to do that and we will ACCEPT the decision by the Federal Court which is the highest court." (Emphasis of the word accept is mine). He repeated this particular statement since last Friday.

There is more than meets the eye in Najib challenging Pakatan to appeal to the Federal Court. He is prodding Nizar to go on, after all Najib knows the outcome. It is what the Arabs call Amrun qad qudiya bil-layl (A matter that has been pre-determined) but the one who determined it feigns extreme ignorance.

Please digest the statements he has made as the nation waited for the Appeal's Court decision. Even the most stupid person could tell what was coming. He was so confident that whenever he was asked about the crisis, his only response became 'why not wait for the Appeal's court.' Well, it has taken five minutes express ruling to know what he meant by 'wait for the ruling' and even Nizar knew and that's why he has boycotted the Court on Friday.

In no way under any circumstance whatsoever will Nizar get a just ruling in the Federal Court. It is easier to raise the dead than that happening. Nizar should know that we are dealing with a cruel clique who are restrained neither by God nor by human decency. Zaki Azmi (the Chief Justice) knows where his bread is buttered. It took him one year to reach the pinnacle of the judiciary while it should have taken him at least 20 to 30 years. Apart from him, we know who are the other judges. This is why Najib is not only confident but is nudging Pakatan to appeal to the Federal Court.

Why does Najib want the Court's way?

[1] One, he knows he has no credibility with Malaysians and therefore to face Pakatan in Perak is suicidal. The man has a thick skin. He knows his image is tattered, and he is downright mean and meaningless.

He is the only PM in our history who has the audacity to use our name "Malaysia" but refuses to face us Malaysians. He is the only PM in our history who can't create a momentum but destroys whatever little that was left to him. He knows the nation is not interested in him despite his incessant spin and narcissistic spins-masters. To face that nation therefore is suicidal. So, he goes to his peers. Those who share destiny with him. Peers that the Holy Quran calls "evil people of mutual bargain." So Pakatan should refuse to accept his duel and go to the people.

[2] The second reason Najib wants Nizar to appeal is that once his already written judgment is delivered, it shuts the door on Pakatan for further appeal. By doing that, he wants Pakatan to legitimise his power grab in Perak and argue that the "courts have decided, we should accept" and other hogwash. We can't accept a skewed ruling neither can we accept an evil judiciary that's manned by godless elements who are partisan.

So what should Pakatan do? Nizar should issue a statement in which he informs the nation that won't appeal to the Federal Court. This serves him well on many fronts.

(i) One, he will deny Najib the "Federal Court" legitimisation that he is desperately seeking.

(ii) Two, his action will awaken many people concerning the judiciary. Remember the Lingam tape and how it became a rallying call during the elections.

[3] Third, by stopping midway, Nizar stalls the process and denies Najib a finality.

[4] Fourth, Nizar takes his case to the people. By appealing to the 'People's Court' unlike Zaki's Courts, Nizar will shame Najib. The people will come to know that while Nizar draws his strength from the people, Najib draws his strength from partisan state institutions.

During the 2007 Turkish Presidential Crisis, Turkish PM Recep Tayyip Erdogan refused to go the Courts way as his opponents wanted and went to the people. Wherever he went, he proclaimed that he drew his strength from his nation and people and not from state institutions run by oligarchs. Erdogan emerged victorious from otherwise a most challenging case. Nizar should shame Najib and depict him as anti-people, coward, loser and a sadist who will destroy state institutions in order to cling to power.

[5] The Perak crisis will linger on even if Zambry continues to claim the MB-ship. This should continue till the next elections. With Najib already carrying heavy baggage, Perak would be his Waterloo and the Nation will deliver a verdict on a man who could stop at nothing in order to have power. It will end a bizarre chapter of our nation's history. Malaysians will tell Najib that the nation won't be mortgaged in order to satisfy him.

[6] Sixth, by stalling the process, Nizar would influence the educated and the fence sitters on the importance of state institutions and the need for credible leadership. This will help Pakatan come to federal power in the next elections.

[7] Seventh, whenever BN leaders argue that Nizar should go to the Federal Court, Nizar would argue that he wants to go to the people. The contrast is too powerful for anyone to ignore. It means a lot to him and his PR alliance.

[8] Eighth, by showing that he has no faith in shotgun judiciary manned by partisan judges, Nizar's message that there is a need for change will convince every Malaysian who wants a better Malaysia to punish Umno and BN so that state institutions are protected from misuse.

"Nizar MB Mahkamah,"kata MB Haram yang Sah

BERITA HAIRAN melaporkan....

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah" patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Amboi.... Mahatma Melayu sorang nih. La ni, sejak dapat PENGHAKIMAN 3-0 dari Mahkamah Rayuan, bukan main lagi dia punya sembang. Kalau orang kata dia, dia akan kata orang tu balik benda yang sama.

Patutlah ada orang puji Datuk Seri sebagai seorang yang BERIMAN, kulit PUTIH, hati SUCI. Rupanya orang yang memuji itu akan mendapat pujian yang sama juga kembali.

Oleh itu AWAS! Jangan panggil Datuk Seri MB Haram lagi! Ini AMARAN KERAS!!

Macam ORANG GILA.. Kalu dipanggil dia GILA... MARAH tau dia... Lalu Orang Gila tu akan panggil kita ni sebagai Orang Gila jugak.

Untuk itu, kalu nak panggil atau sebut sekalipun perkataan "MB Mahkamah", pastikan suara keluar melalui LOBANG HIDUNG. Sebab sebutan tatabahasanya akan berbunyi lain daripada biasa.

Sunday, May 24, 2009

Laporan KEPUTUSAN Kes MB Perak pada 22 Mei 2009

MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN SIVIL NO. W-01-112-2009


DATO’ DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR …… PERAYU

LAWAN

DATO’ SERI IR. HAJI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN …… RESPONDEN

DAN

PEGUAM NEGARA MALAYSIA …… PENCELAH


KORAM : HAKIM : YA Dato' Md Raus bin Sharif, YA Datuk Zainun bt Ali dan YA Dato' Ahmad bin Hj Maarop.

PEGUAM PERAYU : Dato’ Cecil Abraham, Encik Sunil Abraham dan Cik Farah Shuhadah Razali

PEGUAM RESPONDEN : Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Encik Ranjit Singh, Encik Mohamad Hanipa Maidin, Encik Leong Cheak Keong, Encik Edmond Bon Tai Soon, En Razlan Hadri, Encik Amer Hamzah Arshad, Encik Phillip Koh, Encik Chan Kok Cheong dan Zulqarnain Luqman.

PEGUAM PENCELAH : Tan Sri Abdul Gani Patail, Tun Abdul Majid bin Tun Hamzah, Dato’ Kamaludin bin Md. Said, Puan Azizah binti Haji Nawawi, Encik Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, Puan Suzana binti Atan, Puan Munahyza binti Mustafa dan Encik Andi Razalijaya bin A. Dadi.


PERKARA :

Perayu yang tidak berpuashati dengan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Abdul Aziz b. Abdul Rahim pada 11-5-2009 kini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang memerintahkan bahawa Permohonan Semakan Kehakiman Responden dibenarkan tanpa kos.

Dalam masa yang sama, Responden turut memfailkan Notis Usul (Kand. 9A) permohonan untuk mengenepikan atau meminda atas terma-terma Perintah penggantungan perlaksanaan sementara menunggu rayuan bertarikh 12-5-2009.


KEPUTUSAN :

Mahkamah Rayuan secara majoriti membenarkan rayuan Perayu. Keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan. Tiada perintah mengenai kos. Notis Usul Responden (Kand. 9A) dibatalkan tanpa kos.


ALASAN KEPUTUSAN RINGKAS (dalam versi asal Bahasa Inggeris):

1. The granting or withholding a request for dissolution is a royal prerogative.

2. From the facts of the case, the request was made under Art. 16(6) and not under Art 36(2).

3. Under Art. 16(6), upon HRH the Sultan exercising his royal prerogative to withhold the consent for dissolution, the Respondent shall tender his resignation.

4. No mandatory or express requirement in the Perak Constitution that provides for vote of no confidence to be made against the Respondent on the floor of Assembly.

5. From the facts, the Respondent had ceased to command the majority; we approve the decision of the learned High Court Judge in Amir Kahar’s case; Stephen Kalong Ningkan’s case, which was adopted by YA Dato’ Abdul Aziz is distinguishable.

6. The Sultan was correct in making enquiry to satisfy himself that the Respondent had ceased to command the majority confidence. Since the Respondent had ceased to command; thus the Sultan was right under Art. 16(2) in appointing the Appellant.

7. The Honourable Judge of the High Court had failed to properly and adequately appreciate the entire evidence before him, and that rendered the decision as wrong.

Ini dia 9 Hakim untuk kes MB Perak

Pasukan Peguam YAB Hj Nizar memohon kepada Mahkamah Persekutuan agar koram Yang Amat Arif Hakim bagi mendengar dan membuat "ruling" bagi PENENTUAN TERAKHIR siapa sebenarnya MB Perak yang sah adalah seramai sembilan (9) orang.

Pelbagai komen dan pandangan berkenaan dengan koram YAA Hakim yang akan mendengar kes ini.

Jika ikutkan BN, 3 orang YAA pun dah cukup. Buat apa nak ramai-ramai, BN kan tak suka membazir.

Kalau ikut peguam pemerhati BN, "Itu baru keputusan Mahkamah Rayuan (3 orang YAA). Ada Mahkamah yang lebih tinggi lagi (Mahkamah Persekutuan)".

Jikalau ikut MB Haram yang Sah pulak, "Semua pihak kena akur dan TIADA lagi PERTIKAIAN selepas ini".

Mat Monggol pulak kata, "We WILL solve the problem!".

Di Malaysia, terdapat dua belas (12) orang YAA Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu:-

01. Tan Sri Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi, Ketua Hakim Negara

02. Tan Sri Dato’ Seri Alauddin bin Dato’ Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan

03. Dato’ Arifin bin Zakaria, Hakim Besar Malaya

04. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah Sarawak

05. Dato' Bentara Istana Dato' Nik Hashim bin Nik Ab. Rahman

06. Dato' Sri Augustine Paul a/l Sinnappen

07. Dato' Abdul Aziz bin Mohamad

08. Dato' Haji Hashim bin Dato' Haji Yusoff

09. Dato' Zulkefli bin Ahmad Makinudin

10. Dato' Gopal Sri Ram

11. Datuk Wira Haji Mohd Ghazali bin Mohd Yusoff

12. Dato' James Foong Cheng Yuen

Ada dari kalangan YAA Hakim itu yang dikenali ramai. Cube lihat betul-betul (Klu : Ada kait-mengait dengan UMNO dan kes DSAI).

Agaknya siapakah 9 atau 7 atau 5 atau 3 orang YAA Hakim kes ini nanti?

Di dalam REKOD SEJARAH 1Malaysia, Maksimum 7 YAA Hakim PERNAH bersidang. Mungkinkah kes ini akan menempa SEJARAH dengan bersidangnya 9 orang Hakim?

Fuh... saspen...


Friday, May 22, 2009

MB Perak : Episod PELIK Jadual Mahkamah

Semasa berada di Mahkamah Rayuan semalam, ramai rakan-rakan yang beramal di dalam dunia perundangan saya jumpa. Senior, junior, super duper junior semua ada.

Ada yang dengan "court attire" dan ada juga yang biasa saja. Saya memilih untuk kelihatan seperti "Orang Awam". Tapi bila berjumpa dengan orang awam yang mengenali saya, mereka tetap akan berkata, "Oh Tuan lawyer kita". :-)

Satu FAKTA yang saya kongsi dengan rakan-rakan di ruang legar Mahkamah semalam adalah berkenaan dengan KORAM untuk Mahkamah Rayuan pada hari tersebut. Seperti biasa, ianya akan "DISUSUN ATUR" oleh Presiden Mahkamah Rayuan atau mana-mana lagi tiga (3) orang KETUA dari kalangan YANG AMAT ARIF HAKIM Mahkamah Persekutuan. 3 lagi ketua tersebut adalah:-

1. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi;
2. Hakim Besar Malaya, Dato' Ariffin bin Zakaria;
3. Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.

Sudah menjadi AMALAN dan KELAZIMAN (Ayat legalnya KONVENSYEN), satu-satu KORAM itu akan BERTUGAS bagi SEPANJANG MINGGU TERSEBUT. (Nota : Jarang sekali Yang Amat Arif Hakim bertukar jadual apatah lagi untuk ambil MC sebab tahap DISIPLIN mereka amatlah tinggi).

Sebagai contohnya, KORAM 1 terdiri daripada Yang Arif A, B dan C yang bertugas bermula dari hari ISNIN sehinggalah pada hari JUMAAT MINGGU YANG SAMA.

Seperti yang dimaklumkan pada perenggan awal tadi, JADUAL TUGASAN sudahpun dibuat. Seperti JADUAL WAKTU di SEKOLAH. Kalau Hari ISNIN ada 5 mata pelajaran, maka ianya takkan jadi 7 @ 8 subjek. Cikgunya juga tidak akan bertukar MELAINKAN cikgu asalnya tadi MC, Cuti Rehat, Emergency, Mesyuarat dan sebagainya barulah ada guru PENGGANTI. Guru Pengganti Masa itu pulak selalunya TIDAK MENGAJAR tetapi lebih kepada MENJAGA KELAS tersebut. Jikalau dia mengajar sekalipun sekadar cukup-cukup syarat sahaja.

Berbalik kepada Mahkamah Rayuan semalam, JIKA MENGIKUT PERANCANGAN JADUAL asal, terdapat 3 hakim yang SEPATUTNYA bertugas.

YA! 3 HAKIM ASAL tersebut MEMANG bertugas seperti biasa pada hari ISNINNYA itu untuk tujuan "FIXING" date TARIKH BICARA.

TETAPI, apabila tiba hari BICARA (Khamis) kes MB Perak, entah tiba-tiba, 2 hakim telah DITUKAR DISAAT AKHIR! Saya kata NO KOMEN (untuk menyedapkan hati). Sebenarnya sudah rasa tidak sedap hati! Saya pendamkan saja. Saya hanya kongsikan dengan beberapa rakan sahaja.

Setelah berfikir sejenak, saya rasa ia SUATU yang PELIK. Tetapi apabila difikirkan semula dengan MELIHAT kepada FAKTA & KETERANGAN SAHIH tentang keadaan dan situasi di 1Malaysia (i.e Rekod kemasukan Aminah Shaaribu ke Malaysia DIPADAM etc), ia bukanlah satu perkara yang PELIK lagi. Malah ianya saya anggap sebagai satu kisah yang MeMONGGOLkan atau MeNAAJIBkan!!.

PENJADUALAN SEMULA para hakim oleh Tan Sri Dato' Seri Alauddin (Presiden Mahkamah Rayuan) sememangnya penuh JIMAT, CERMAT, BERHEMAT dan "MENGIKUT" Prosedur.

Apabila membuat PENYELIDIKAN terhadap 2 Yang Arif Hakim yang DITUKAR itu, terutama YA Sulong Matjeraie (dari Sarawak), membuatkan saya TERSENYUM seorang diri.

Saya akan membicarakan tentang dua belas (12) orang Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana-mana tiga (3) atau lebih (dalam komposisi GANJIL) daripadanya akan BERSIDANG untuk mendengar, membicarakan dan memutuskan kes MB Perak ini di dalam posting akan datang.

Apabila menyebut Hakim Mahkamah Persekutuan, lagi membuatkan saya tersenyum kambing gurun. Kerana......

Bersambung........

Thursday, May 21, 2009

KEPUTUSAN Kes MB Perak

InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang, bermula jam 3.40 petang, laporan SECARA LANGSUNG bagi kes MB Perak akan diKEMASKINI di blog http://dppks.blogspot.com

[Jika ditakdirkan ada aral dan halangan harap kalian dapat mendapatkan makluman FRESH dari blog ini atau ini].

Harap maalum.


Krisis PERUNDANGAN 1987 : Catatan KISAH BENAR [PART 3]

Oleh Datuk George Seah

"History will exonerateme for taking a stand"


PART III: DRAMA IN THE CAPITAL

Dato Harun stays back in Kota Baru while Datuk George Seah flies back to Kuala Lumpur

In my previous article I said I would explain why I returned from Kota Baru to Kuala Lumpur. To have a better understanding I need to recapitulate the relevant facts:

Firstly, the original panel of the Kota Baru sitting of the Supreme Court consisted of Tun Salleh Abas (presiding); Tan Sri Wan Sulaiman and Tan Sri Hashim Yeop Sani.

After the suspension of the Lord President, Tun Salleh Abas, the new coram was made up of Tan Sri Wan Sulaiman (presiding), Tan Sri Hashim Yeop Sani and Dato Harun Hashim.

When Tan Sri Hashim Yeop Sani was unable to go to Kota Baru for personal reasons, the acting Lord President, Tan Sri Hamid, asked me - following my return from a sitting of the Supreme Court in the Borneo States when I agreed to replace Tan Sri Mohamed Azmi -whether or not I was agreeable to taking the place of Tan Sri Hashim Yeop Sani. I agreed albeit there were three other Judges of the Supreme Court who were available at that point of time, namely Tan Sri Mohamed Azmi, Tan Sri Abdoolcader and Tan Sri Wan Hamzah. It was abundantly clear that somebody wanted me out of Kuala Lumpur although I did not see the point at that time.

When I was in Kota Baru with Dato Harun, I received the undermentioned messages:

1) From Tan Sri Wan Sulaiman: instructing me to return to Kuala Lumpur immediately, and

2) From Tan Sri Hamid, instructing me to remain and to take over as presiding judge of the Supreme Court, if Tan Sri Wan Sulaiman should fail to turn up in Kota Baru. This message was relayed to me by Dato Harun when I saw him in his hotel room.

Why I flew back to KL

After due consideration I preferred and accepted the suggestion of Tan Sri Wan Sulaiman to that of the Acting Lord President, Tan Sri Hamid, for the following reasons, namely:

I had agreed to replace Tan Sri Hashim Yeop Sani in the Kota Baru sitting of the Supreme Court and this was done with my express consent.

But I had never agreed to be the presiding judge of the Kota Baru Supreme Court in the absence of Tan Sri Wan Sulaiman.

Further, the acting LP, Tan Sri Hamid, had no power to direct me to be the presiding judge of the Kota Baru Supreme Court without my consent.

And if the acting LP had purportedly invoked section 38(2) of the Courts of Judicature Act 1964 and to dispense with my consent, with respect, it is my contention that this provision of the subsection did not apply in the context of this case.

In my opinion, the subsection can only apply if two conditions are satisfied, namely

1) the coram must be presided by the LP and in his absence, the senior member of the Supreme Court shall preside;

2) this postulates that the senior member of the Supreme Court must agree to sit as a member of the Court in the first place, and with his consent.

Here, I must reiterate I was not a member of the original panel of the Supreme Court. Second, I was only requested to take the place of another member of the Court. Third, I did not consent at any stage to be the presiding judge of the Court. Lastly, in the absence of the presiding Judge, Tan Sri Wan Sulaiman, the other member in Kota Baru at that point of time was Dato Harun, and section 38(1) expressly stipulates that ‘every proceeding in the Supreme Court shall be heard and disposed of by three Judges or such greater uneven number of Judges as the LP may in any particular case determine’.

In any case, at this juncture, there were only two Judges in Kota Baru and therefore Section 38(1) could not take effect.

Another reason was that as Chairman of the Tribunal set up to investigate the serious charges against suspendend LP Tun Salleh Abas, acting LP Tan Sri Hamid should not, in my opinion, have been concerned with proceedings in the Supreme Court of Malaysia that was scheduled to take place. It was very clear that these functions would be performed by the senior judge (namely Tan Sri Wan Sulaiman) in the then hierarchy of the Supreme Court under section 9(1) of the Court of Judicature Act 1964 and Article 131A of the Federal Constitution.

My view was later supported by four other members of the Supreme Court on 2 July 1988 and they were:

1) Tan Sri Wan Sulaiman,

2) Tan Sri Mohamed Azmi,

3) Tan Sri Abdoolcader and

4) Tan Sri Wan Hamzah.

Only the acting LP Tan Sri Hamid held a contrary minority view on the interpretation of section 9(1) of the Courts of Judicature Act 1964 and Article 131A of the Federal Constitution.

I alone flew back from Kota Baru to Kuala Lumpur in compliance with the suggestion of Tan Sri Wan Sulaiman, the most senior judge then, while Dato Harun remained in Kota Baru.

An Ajaib decision

Meanwhile, Tun Salleh Abas had filed a suit in the High Court at Kuala Lumpur challenging the constitutionality and legality of the Tribunal headed by Acting LP Tan Sri Hamid. Tun Salleh Abas also applied by way of an exparte motion for an Order of Prohibition against the members of the Tribunal from proceeding or deliberating or exercising any function under Article 125 of the Federal Constitution and for other reliefs.

The application came before Dato Ajaib Singh, a judge of the High Court at Kuala Lumpur, on Saturday, 2 July 1988.

To prevent the impugned Tribunal from presenting its recemmendations to the Yang di-Pertuan Agong, the counsel for Tun Salleh Abas, Raja Aziz Addruse, applied for an interim stay against the Tribunal till Monday, 4 July 1988 but this was refused by the learned Judge, Dato Ajaib Singh.

Urgent sitting

Tan Salleh Abas’ counsel, Raja Aziz, immediately went to see Tan Sri Wan Sulaiman, the most senior Judge in residence in Kuala Lumpur. Tan Sri Wan Sulaiman convened a special sitting of the Supreme Court consisting of five Judges to hear the ex parte application on the grounds of grave urgency on Saturday, 2 July 1988, acting pursuant to section 9(1) of the Courts of Judicature Act 1964 and Article 131A of the Federal Constitution.

Counsel submitted that Tun Salleh Abas’s Tribunal was in the final stage of finalising the Report to be submitted to the King. Hence the great urgency and this persuaded the five Judges of the Special Sitting of the Supreme Court to issue the Order of Probition immediately to prevent a grave injustice from being perpetuated.

After hearing the oral submissions of Counsel for Tun Salleh Abas, the five Judges of the Supreme Court consisting of

1) Tan Sri Wan Sulaiman (Presiding)

2) Datuk George Seah

3) Tan Sri Mohamed Azmi

4) Tan Sri Abdoolcader and

5) Tan Sri Wan Hamzah

unanimously granted the Interlocutory Order prayed for.

In our unanimous opinion, the challenge on the legality and constitutionality of the Tun Salleh Abas’ Tribunal should be determined first before any Report could be presented by the Tribunal to the King.

That the apex court could and would sit at short notice on grounds of grave urgency to prevent an injustice from taking place was recently demonstrated in the United Kingdom when the Court of Sessions in Edinburgh refused an application for an Interlocutory Injunction. Counsel immediately appealed to the House of Lords in London and the appeal was heard the very same day. Nobody had made any adverse comments on the procedure adopted by the appellant’s solicitors.

Tan Sri Wan Sulaiman phones the deputy IGP

After the Interlocutory Order of the Supreme Court had been extracted and sealed, Tun Salleh Abas’ solicitors proceeded to Parliament House to serve it on the Chairman of the Tribunal, acting LP Tan Sri Hamid. They, however, found the gate leading to Parliament House locked, thus effectively preventing them from serving the Interlocutory Order.

This obstacle was conveyed to Tan Sri Wan Sulaiman, who, after consulting with Tan Sri Abdoolcader, rang up the Deputy Inspector-General of Police. The Deputy IGP then directed the police constable who was stationed at the gate of Parliament House to open the gate to allow passage for Tun Salleh Abas’ solicitors to effect service of the Court Order on the Chairman of Tun Salleh Abas’ Tribunal. This was duly effected the same Saturday morning.

Five judges suspended!

Soon after, the five Judges of the Supreme Court who issued the Interim Order unanimously were suspended. This followed complaints made by acting LP Tan Sri Hamid to the Prime Minister, who in turn recommended to the Yang Di-Pertuan Agong to suspend the five Judges.

Incidentally, Tan Sri Hashim Yeop Sani was invited by Tan Sri Wan Sulaiman to be a member of the special sitting of the Supreme Court but Tan Sri Hashim replied that ‘we will be staging a revolution’!

In my next article, I will touch on the charges against the five Judges of the Supreme Court and separate charges against Tan Sri Wan Sulaiman and myself.


MB Perak : Court ADJOURN!

Mahkamah menetapkan ESOK untuk menentukan KEPUTUSAN sama ada:-

1) Adakah Zambry Abdul Cadeer adalah MB HARAM yang SAH di sisi Undang-Undang? dan

2) Permohonan YAB Hj Nizar di dalam mengenepikan perintah "stay" sebelum ini.

Satu tempoh 12 JAM lagi penuh debaran untuk kita tunggu.

SEMUGA ketiga-tiga Yang Arif Hakim dikurniakan HIDAYAH oleh Allah di dalam membuat keputusan yang adil dengan penuh KEIMANAN.


So Tailo, see U tomorrow lor!

MB Perak : Sesi PENGGULUNGAN pun tiba

Sekarang sedang berlangsung Sesi Penggulungan Pihak-pihak.

Di dalam pengalaman yang tak seberapa ini, saya jangka Mahkamah akan bersidang sehingga jam 6 atau 6.30 petang.

TIADA istilah HAD MASA atau tuntutan OVER TIME bagi Yang Arif Hakim di dalam mendengar, membicarakan atau memutuskan mana-mana kes. (Yang ada masa Tun Pak Lah dulu HAD HARI = Islam Had hari).

Mahkamah TIDAK SEMESTINYA membuat keputusan HARI INI. Tetapi TEKANAN tetap wujud kepada Yang Arif Hakim selagimana kes ini TIDAK DIPUTUSKAN HARI INI atau di dalam tempoh terdekat.

Kebanyakan yang hadir sudah mula lesu, menguap (cover-cover) dan tersengguk-sengguk.

Tapi respek kepada Pasukan Peguam YAB Hj Nizar dan Yang Arif di atas bench, TETAP BERTENAGA.

PSP atau Ditolak ni?



Gambar @ Mahkamah Rayuan

Berbondong-bondong rakyat jelata hadir di Mahkamah Rayuan memberikan sokongan moral kepada YAB Hj Nizar.

Ini baru gambar ketika keluar pintu court semasa berehat jam 2 petang tadi.

Sudah semestinya turut kelihatan adalah "teman" dari Bukit Aman.

Foto : Zef Othman