Friday, February 27, 2009

Tol Tak Jadi Naik : Satu Projek Pelik BN

Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam. (Gambar : Sekadar hiasan semata-mata).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 5.30 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

_____________________________

Itu berita terkini lagi sensasi yang baru kita terima. Jika kita dengar dari arus media perdana semalam dan juga hari ini, PENGUATKUASAAN bagi KENAIKAN kadar tol ini SEPATUTNYA dinaikkan empatbelas (14) bulan dahulu. Bahasa MUDAHnya, beberapa bulan SEBELUM PRU 2008.

Tetapi memandangkan gelombang tsunami politik yang tidak menentu, maka kerajaan Persekutuan menanngguhkan NIAT BAIK (untuk rakyat) itu sehingga ke 1 Jan 2009 yang mana kemudiaan ditangguh lagi ke tarikh 1 Mac 2009 seperti yang diumumkan semalam oleh Menteri (bukan bekas Menteri yang gambarnya tersiar tu).

Alasan yang diberi adalah Kerajaan TERPAKSA menanggung SUBSIDI yang banyak selama lebih kurang setahun lebih. Jika nak tanggung lagi maka kerajaan boleh bankrup. Bila kerajaan bankrup maka kroni pun karam. Bila karam maka Karpal pun dipersalahkan.

Apapun yang terjadi, SANDIWARA naik turun tol ini sudah DIJANGKA. Kerana Pilihanraya 2 Bukit 1 Batang akan menyusul. BN sudah serik dengan PENANGAN PRU 12 dan 2 PR Kecil sebelum ini gara-gara isu keNAIKkan harga MINYAK. Akhirnya rakyat NAIK MINYAK.

Jangan bimbang, selepas selesai Pilihanraya Kecil itu nanti, kadar tol TETAP akan naik. Sebab apa? Sebab BN tak turun-turun.

Dulu DERHAKA, sekarang ni CELAKA pula.

Wednesday, February 25, 2009

Jangan lari dari dasar perjuangan kita

Dalam kita resah menghadapi ketidak tentuan ekonomi dan politik khasnya dalam negara, lega rasanya bila mana ada lagi pimpinan yang mengambil masa untuk menekankan aspek tarbiyah. Saya kagum membaca laporan tentang peringatan Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden PAS dalam satu program Muslimat di Selangor agar ahli-ahli PAS memperkukuhkan aspek tarbiyah dikalangan mereka dan menyuburkan sifat berkorban secara ikhlas demi Islam dan perjuangan.

Dikala masing-masing sibuk dengan mempertahankan kuasa dan menyerang musuh, “Abang Mat” memanggil kita bermuhasabah agar jangan longgar dan kendur aspek tarbiyah kita. Bukannya mempertahankan kuasa dan menyerang musuh apabila diserang itu tidak penting, tetapi yang lebih penting adalah kekuatan dalaman yang perlu dipacu dan diperkukuhkan kerana inilah aset terpenting yang berjaya mengekalkan perjuangan PAS sekian lama.

Sesungguhnya tarbiyah menanam, mendidik dan meyakinkan kita agar berpegang dan bergantung kuat pada aqidah yang merupakan jantung dan tunjang perjuangan kita.

Tambah-tambah dalam kita merenangi lautan kemenangan yang dianugerahkan sementara kepada kita ini, jangan sekali-kali kita lari dan terpisah dari dasar dan prinsip kita. Secara asasnya prinsip kaedah tarbiyah kita ialah kaedah Islam yang merujuk terus kepada al Quran dan al Sunnah. Gerakan Islam PAS bergerak atas landasan dan kekuatan ini. Tarbiayah tidak dicetuskan dari logik akal dan nafsu selera, tetapi dari warisan dan disiplin agama yang dipelihara dan dipatuhi.

Amtlah malang dalam suasana kita diberikan sedikit kesenangan lalu kita merasakan yang ianya hasil usaha kita semata-mata, kita merasakan kehebatan diri kita mengatasi penat-jerih, doa dan pengorbanan mereka yang di bawah, lalu kita melonjak kehadapan merasakan yang kitalah yang berhak mencorakkan perjuangan ini, kerana kemenangan ini milik kita.

Perkukuhkanlah kekuatan dalaman kita dengan memastikan yang disiplin tarbiyah kita terus dituruti dan dipatuhi. Bayangkan inilah perkara yang difikir dan dikhuatiri oleh Almarhum Prof Zulkifli Muhammad, Timbalan Presiden PAS (ketika itu) kira-kira 45 tahun yang lalu apabila dihadapan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan beliau berkata:

"Jangan ada seorang pun yang takabur, yang merasa dirinya sudah pandai bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya sudah tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia sudah menjadi wakil rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan al quran, dengan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis Nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam. Supaya kita sentiasa ingat kepada Tuhan".

Kerana itu dalam menghadapi suasana yang genting ini perlu sangat kita terus berpegang pada kepimpinan ulamak, bagi menjadi rujukan dan sumber ilmu yang memandu kita dalam perjuangan yang sangat besar dan sungguh mencabar ini. Dan tiba-tiba saya teringatkan lirik lagu rasmi PAS:

Berjuanglah wahai ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi



~ Roslan SMS Corner

Monday, February 23, 2009

HITLER - Takut pada akhbar


"If freedom is short of weapons, we must compensate with willpower."
-- Adolf Hitler, Landsberg, 5 November 1925


Peranan akhbar dalam sesebuah negara memang besar, baik dari segi pembangunan pemikiran rakyat mahupun alat mempertahankan kekuasaan politik. Dari segi politik yang berkuasa, akhbar merupakan alat memperkuatkan kekuasaannya.

Sedangkan akhbar bagi politik pembangkang ianya merupakan alat untuk menentang pemerintahan yang dibangkanginya.
Sedangkan bagi seorang wartawan yang memegang prinsip kewartawan yang tulin, akhbar adalah sebuah media untuk menyatakan kebenaran.Hitler adalah seorang diktator yang membawa negara Jerman mencetuskan peperangan dunia kedua. Sikap Hitler terhadap akhbar sudah pasti merupakan sikap seorang diktator.

Dalam sebuah buku yang dihasilkan semasa dalam penjara berjodol "
Mein Kamph" atau “Perjuanganku", Hitler telah menulis adanya tiga sikap rakyat yang jadi pembaca akhbar.

1) Golongan pembaca yang pertama ialah mereka dari kalangan rakyat yang menerima dan meyakini apa yang mereka baca.


2) Golongan pembaca kedua pula ialah terdiri dari mereka yang tidak mahu mempercayai apa yang mereka baca dalam akhbar.


3) Golongan pembaca ketiga pula ialah kalangan mereka yang membaca dengan sikap kritis, yang menilai terhadap apa yang mereka baca.


Hitler berpendapat, golongan pertama merupakan golongan pembaca akhbar yang paling berpengaruh. Dan mereka merupakan pembaca yang paling besar jumlahnya. Mereka yang termasuk golongan yang pertama ini pula, adalah merupakan mereka yang mempunyai pengetahuan yang paling rendah. Mereka juga, mengikut Hitler, tidak mempunyai perasaan yang kritis. Dan kerana jiwa mereka tidak bergerak, lalu mereka mudah percaya pada apa saja yang dicetak oleh mesin cetak. Mengikut Hitler lagi yang termasuk dalam golongan pertama ini juga adalah dari kalangan orang-orang yang pemalas berfikir, walaupun mereka dapat berfikir kritis kalau rajin. Mereka ini terpaksa menerima apa yang dituliskan, kerana mereka malas untuk menilainya. Kepada mereka ini, jumlahnya terlalu besar, dan pengaruhnya juga adalah besar.

Mengikut Hitler lagi, mereka ini tidak dapat atau tidak mahu apa yang terjadi itu diselidiki secara teliti, sehingga pendapat mereka mengenai persoalan setiap hari diakibatkan oleh pengaruh luar. Menurut Hitler, golongan ini sudah tentu baik jika sekiranya mereka menerima penerangan yang berasal dari pihak yang baik dan jujur. Sebaliknya pula, golongan ini akan menjadi rosak jika sekiranya dia dibekalkan dengan penerangan yang datangnya dari orang-orang jahat dan pembohong.


Sementara golongan kedua pula tidaklah terlalu banyak. Pada umumnya mereka terdiri dari golongan pertama, tetapi kerana adanya pengalaman pahit yang mereka terima menyebabkan mereka tidak mahu mempercayai lagi apa yang mereka baca. Mereka dari golongan ini, mengikut Hitler, adalah mereka yang anti akhbar. Malah mereka jarang membacanya. Mereka beranggapan isi akhbar merupakan akhbar bohong yang tak boleh dipercayai. Mengikut Hitler, golongan ini sangat sukar untuk dikawal, sebab mereka bersikap tidak percaya kepada segala penerangan. Golongan ini merupakan golongan yang tidak dapat menghasilkan sesuatu yang baik.


Dan golongan yang paling kecil sekali bilangannya ialah golongan ketiga atau golongan kritis. Yang termasuk di dalam golongan ini, adalah mereka yang tergolong dari kalangan cerdik pandai hasil pendidikannya atau pengalaman yang membentuk fikiran kritis mereka. Mengikut Hitler, bagi golongan ketiga ini tugas seorang wartawan tidak terlalu mudah atau tugas ringan untuk mempengaruhi mereka. Itulah sebabnya para wartawan begitu kurang senang dengan golongan ketiga ini, kata Hitler. Kata Hitler, "Sebab selama hidupnya mereka telah biasa melihat pada setiap wartawan sebagai seorang penipu, yang kadang-kadang sengaja melaporkan kebenaran. Hanya disayangkan, bahawa nilai dari orang-orang yang benar-benar baik ini tidak terletak pada jumlahnya, malah pada intelegensinya semata-mata."


Oleh kerana keadaan selalunya bejat, di mana jumlah lebih berkuasa dari kecerdasan maka golongan yang pertama adalah merupakan golongan yang paling penting.


Kata Hitler, "Pada masa sekarang jumlah kertas undi rakyat itulah yang menentukan. Sebab itu golongan terbesarlah yang terpengaruh dan penentu pimpinan."


Adalah menjadi kepentingan negara, kata Hitler, untuk mengawasi golongan terbanyak yang lekas percaya dengan apa saja yang diterima mereka supaya tidak dididik oleh orang-orang yang bermaksud jahat.


Mengikut Hitler, yang paling harus diawasi ialah akhbar. Sebab akhbar merupakan alat yang paling penting di mana orang-orang berkuasa dapat memberikan pengaruh yang mendalam kepada rakyat yang kurang pendidikan itu dan yang tidak mempunyai masa mencari kebenaran, melainkan bekerja terus menerus.


Oleh sebab itu, Hitler tidak percaya dengan kemerdekaan dan kebebasan akhbar. Baginya akhbar adalah milik politik, polisi dan ideologi pemimpin. Dengan penuh keyakinan, alat pendidikan rakyat ini (akhbar) harus dipegang dan ditujukan ke arah kepentingan negara dan bangsa, kata Hitler.

~ Majalah Mastika keluaran Ogos 1981

________________

Jika dulu Hitler selalu bermain dengan C4, sekarang ni, wujud lagikah Hantu Jelmaan beliau?

Friday, February 20, 2009

Haruman Minyak Wangi

Tak tahu mengapa hari ni aku rasa nak berbicara/berceloteh tentang Minyak Wangi. Dulu bagi aku sama je minyak wangi tu. Rupanya, makin hari makin kita ni belajar ilmu baru.

Masa student dulu, sebut je minyak wangi maka minyak attar la aku punya minyak wangi. Guna minyak attar sebab murah, likat dan tahan lama. Padahal sebab murah je. Masa student maa. Sekarang ni, masa bekerja, macam-macam jenis dan jenama minyak wangi yang dah diguna. Dulu pakai jugak la minyak wangi dari sekutu yahudi & amerika. Sejak kempen boikot ni, aku stopped (fullstop) terus. Minyak wangi keluaran tempatan pun boleh tahan. Minyak attar pulak sekarang ni masih dalam koleksi aku. Ada 4-5 jenis bau-bauan aku ada. Biasanya minyak attar ni aku guna untuk upacara khusus seperti baju sembahyang nak ke surau dan ceramah.

Sebut minyak wangi atau nama omputihnya parfum, ada yang eja perfume dan macam-macam lagi, tadi tengah makan tengahari ada promoter jalanan datang pada aku. Dia promote minyak wangi. Terbaru di pasaran katanya lagi. Tetapi belum masuk pasaran. Hari ni adalah promosi dan harganya pun promosi. Jumpa orang macam aku memang kena M16 la mamat tu. Apapun, aku berterima kasih kepada dia kerana memberikan aku satu ilmu hari ni. Ilmu Minyak Wangi.

Alkisahnya, yang kita panggil minyak wangi ni, ada beberapa istilah. Kalau sesiapa yang tak tahu, boleh jadi tahu la ilmu minyak wangi hari ni. Berikut adalah perbedaannya:-

[1]. Parfum - Paling PEKAT dan biasanya paling MAHAL sebab harumannya paling KUAT.

[2]. Eau de Parfum - Kepekatannya KEDUA tertinggi dalam salasilah keluarga minyak wangi ni. Baunya boleh tahan hingga 8 jam. Ianya sesuai untuk dipakai ke majlis formal atau makan malam.

[3]. Eau de Toilette - Kurang pekat. Harumannya pula separa ringan dan baunya boleh bertahan lebih kurang 3-4 jam sahaja. Jenis ni sesuai untuk kegunaaan harian seperti ke ofis atau jamuan separuh ringan.

[4]. Eau de Cologne - Dalam pertalian saudara minyak wangi, yang ni paling rendah kepekatannya. Haruman ringan dan kekal sekitar 2-3 jam saja. Ianya sesuai untuk pemakaian kasual atau apabila berada di dalam cuaca panas.

Itulah antara kaum kerabat MINYAK WANGI yang aku tahu hari ni. Jangan main tibai je ingat semua minyak wangi itu parfum.

Di meja solek isteri aku, kalau tak silap ada 3 jenis. Kadang-kadang tu tersalah guna pun biasa. Hehe. Orang lelaki ni mudah. Asal wangi. Jalan!.

Maka tuan-tuan, "Biar kurang diajar (ilmunya) sebab boleh belajar, tapi JANGAN kurang ajar."

Sekian.

Tuesday, February 17, 2009

Simbolika pada T-Shirt

Satu "wording" pada T-Shirt yang cukup membuatkan sesiapa sahaja tersenyum kambing.....


Selamat BEKERJA untuk semua!

070409 Bakal Berlaku 3 PR Kecil?

Disuntingedit dari blog http://www.khalidsamad.com

Mengikut apa yang dilaporkan, YB Eli sedang tidur dan tidak sedar gambar-gambar berkenaan diambil. Berdasarkan apa yang dilapor ini, tanpa apa-apa andaian tambahan, jelas, YB Eli adalah mangsa usaha pencabulan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Ada bermacam-macam andaian yang telah dibuat. Ada yang mengandaikan ini tindakan orang yang cemburu terhadapnya. Ada yang kata ini permainan politik BN yang begitu terdesak, tiada modal, terpaksa mengutus orang mengambil gambar beliau secara curi dalam keadaan dia sedang tidur.

Ada juga yang membuat andaian ianya hasil dari hubungan intim di antara YB Eli dan seorang kekasih yang akhirnya, demi wang, menjual gambar-gambar ini. Ya, wang menjadi manusia pengkhianat dan tiada yang lebih arif tentang ini dari BN. Ini terbukti di Perak. Nak hasilkan pengkhianat, BN-lah pakarnya. Namun, dalam kes ini, ia tetap merupakan satu andaian. Mungkin andaian-andaian ini benar, mungkin tidak.

Maka buat masa ini, tidak perlu kita membuat andaian-andaian yang tidak mampu kita buktikan. Apa yang penting ialah kita akui YB Eli merupakan mangsa dan tindakan pihak yang mengambil gambar-gambar tersebut perlu dikutuk. Ianya merupakan tindakan yang mencabuli hak ‘privacy’ YB Eli di rumah beliau sendiri dan tindakan mengendap dan mengintip seseorang demi mencari dan seterusnya mendedah kelemahan seseorang adalah jelas dikutuk oleh Islam.

Ada pula yang mencadangkan, tidakkah sepatutnya YB Eli meletak jawatan? Saya ingin bertanya kembali, mengapa? Apakah kesalahannya? Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan? Sejak bila? Ianya mungkin amalan yang pelik bagi sesetengah golongan, tetapi ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Lainlah kalau berbogel dikhalayak ramai.

Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya. Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalu tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf.

Malahan, sekiranya ada pengakuan dari satu pihak bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seseorang sekalipun, pengakuannya hanya tersabit kesalahan atas dirinya sahaja sebagai pihak yang mengaku bersalah, bukan keatas pihak yang satu lagi. Begitulah adilnya hukum Islam. Tidak tergopoh-gopoh dan tidak ghairah untuk menyabit kesalahan seseorang. Kalau kita lihat pada kes-kes pada zaman Rasulullah (SAW), orang lelaki yang mengaku berzina tidak pula ditahan dan diseksa sehingga dipaksa memberitahu siapa wanita yang berzina dengannya. Yang mengaku sahaja yang dihukum. Malahan, yang tarik balik pengakuan, ditarik balik hukuman. Itu kaedahnya terhadap orang Islam. Tetapi, YB Eli bukan seorang Islam.

Kalau beliau dipaksa atau didesak meletak jawatan, maka mereka-mereka yang menganiayanya akan mencapai kehendak mereka. Dan kerajaan Selangor kehilangan seorang yang (setakat mana saya tahu) menjalankan tugasnya dengan dedikasi. Namun, akhirnya persoalan ini perlu dikembalikan kepada YB Eli sendiri. Mungkin selama ini beliau tidak sangka betapa kotornya politik Malaysia. Mungkin dia sendiri sudah menjadi muak dan naik meluat dengan kekotoran ini. (Saya difahamkan beliau menangis semasa bercerita tentang hal ini kepada Dr. Lo’ Lo’). Mungkin beliau sendiri yang ingin meletak jawatan.

Atau, beliau ingin lawan dan tidak tunduk kepada musuh yang menggunakan segala taktik yang kotor terhadap beliau. Kekotoran yang seperti inilah yang ingin beliau nyahkan dari politik Malaysia dan oleh itu beliau akan terus berkhidmat.

_______________________

Sebentar tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat), Elizabeth Wong membuat Kenyataan Akhbar (PC) memaklumkan bahawa beliau MENAWARKAN untuk RESIGN dari jawatannya sebagai Exco & Adun. Satu tindakan yang kalau boleh kita katakan BERTANGGUNGJAWAB daripada seorang YB.

Utusan Meloya melaporkan, "
Elizabeth Wong tawar letak jawatan Exco dan kerusi Dewan Undangan Negeri"

PETALING JAYA 17 Feb. — Elizabeth Wong, yang diasak dalam kontroversi berikutan penyebaran gambar bogel beliau, telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan.

“Saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor dan begitu juga sebagai anggota dewan undangan negeri bagi Bukit Lanjan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Apabila berlaku kekosongan di dalam satu-satu Dun, YB Tuan Speaker akan memaklumkan kepada SPR. Sehingga ke saat ini, kita tidak dimaklumkan samada oleh Media atau Memo dari Pejabat Tuan Speaker bahawa YB Adun Bukit Lanjan telah meletak jawatan. Jika telah dimaklumkan kepada SPR, sudah tentu SPR akan menetapkan tarikh PR Kecil Bukit Lanjan.

Melihat kepada keadaan semasa, sudah pasti SPR akan memilih TARIKH yang SAMA diputuskan sebelum ini iaitu 7 April 2009 (Selasa) sebagai TARIKH PILIHAN yang IDEAL utnuk diadakan PR Kecil.

Ini merupakan satu PELUANG KEEMASAN yang BN nanti-nantikan di mana dengan diadakan pada tarikh yang sama, maka kononnya peluang untuk mereka "merampas" 1 kerusi Parlimen dan 2 Adun adalah cerah. Yang menariknya, ketiga-tiga kawasan ini melibatkan BUKIT iaitu Parlimen BUKIT Gantang, BUKIT Selambau dan BUKIT Lanjan.

Pinjam kata-kata YB Wahid Endut (P036 - Kuala Terengganu) yang hadir di Jamuan Terima Kasih dan Ceramah YB MAWE ahad lepas di Bangi, "
Ke PERMATANG (Pauh) sudah, ke KUALA (Terengganu) pun sudah, sekarang kita ke BUKIT pula!".

Tarikh 070409 atau 7 April 2009 merupakan satu tarikh yang menarik kerana:-

1) Tarikh tersebut (Hari Selasa) adalah HARI BEKERJA. Puak BN memang sengaja menyusahkan petugas PR supaya dipaksa untuk ambil cuti lebih;

2) Perhimpunan Agung MIC/ Umno baru sahaja selesai. MIC/Umno berharap dengan SEMANGAT yang masih berkobar-kobar sebab baru je habis AGM (Baca : Poket/Kantung penuh dengan pitih tuh), maka Petugas-petugas BN akan berJIHAD seikhlas dan sepenuh hati;

3) Barisan kempinan MIC/Umno yang baru akan menayangkan/menunjukkan bahawa pilihan perwakilan ke atas diri mereka adalah tepat;

4) Pada tarikh tersebut Dollah Badawi bukan lagi PM Malaysia;

5) Che Det telah berjanji bahawa jika Dollah letak jawatan, beliau akan MASUK semula Umno. Bila Che Det masuk Umno semula, sudah pasti beliau akan berkempen untuk BN/Umno.

Apapun persoalannya, Pilihanraya Kecil manakah yang menjadi PRIORITI kita?

Di Perak, Kedah atau Selangor?

Sunday, February 15, 2009

Cerita @ Sarawak

Beberapa hari lepas, TPM Tok Jibtuya bertemu dengan semua ADUN di Sarawak. Courtesy Call SEBELUM bergelar PM agaknya. Satu langkah politik yang bersifat MENGAMBIL HATI kepada penyumbang SAHAM kerusi Parlimen untuk BN. Dalam hati Tok Jibtuya mesti berkata, "Sebelum aku naik jadi PM, aku mau tau apa yang korang nak, apa masalah, itu dan ini. Supaya nanti masa aku naik jadi PM, semuanya BERJALAN LANCAR".

Dari satu sudut perjumpaan itu dilihat sebegitu. Tapi dari satu sudut yang lain, para pengamal politik melihat perjumpaan tersebut sebagai PERJUMPAAN Pra kepada Pilihanraya Dun Negeri Sarawak.

Kali terakhir Sarawak mengadakan PR Dunnya adalah pada tahun 2006, Bulan Mei, tanggal 20. Ketika itu, keputusan yang diterima oleh BN (terutama bagi parti komponen bangsa Cina iaitu SUPP) AMAT mengecewakan pimpinan Pusat BN. Umpama PRU ke-12 pada tahun 2008 sudah DIBERI SIGNAL oleh PENGUNDI CINA bahawa, "BN, kamu mesti diAJAR!".

Pilihanraya pada tahun 2001, daripada 62 kerusi yang dipertandingankan, BN mempunyai REKOD Cemerlang, Gemilang & Terbilangnya seperti berikut:-

Barisan Nasional (60)

BN - Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (Menang 30)
BN - Sarawak United People's Party (Cina) (Menang 16)
BN - Sarawak National Party (Iban) (Menang 6)
BN - Parti Bansa Dayak Sarawak (Iban) (Menang 8)

Pakatan Rakyat + Bebas (2)

DAP -Menang 1 (Bertanding di 13 kerusi)
PKR -0 (Bertanding di 25 kerusi)
PAS -0 (Bertanding di 3 kerusi)
STAR - 0 (Bertanding di 5 kerusi)
Bebas - Menang 1 (Bertanding di 62 kerusi)

Selepas tahun 2001, berlaku persempadanan semula kawasan Dun. Di Sarawak, terdapat penambahan sebanyak 9 Dun menjadikan 71 kerusi dipertandigkan. Keputusan PR Sarawak pada tahun 2006 adalah seperti berikut:-

Barisan Nasional (62)

BN - PBB - Menang 35
BN - SUPP - Menang 11
BN - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (Iban) - Menang 8
BN - Sarawak Progresive Democratic Party (SPDP) (Iban) - Menang 8

Pakatan Rakyat + Bebas (9)

DAP - Menang 6 kerusi
PKR - Menang 1 kerusi
SNAP - 1
PAS - 0
STAR - 0
Bebas - 1

Keputusan awal yang diterima adalah menggalakkan apabila BN mula menang satu demi satu kerusi bermula kerusi Krian pada jam 5.40 petang. Laporan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 8 malam, menunjukkan BN mendahului 10 kerusi termasuk dua yang dimenangi tanpa bertanding.

Bagaimanapun, kegirangan di bilik operasi BN di beberapa kawasan bandar utama, mula berubah apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan pembangkang menguasai banyak kerusi di kawasan majoriti pengundi Cina.

Calon BN yang diwakili Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) tewas kepada pembangkang di Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Meradong, Kidurong, Bukit Assek selain kemenangan calon Bebas di Ngemah, seperti dijangka dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di Engkilili.

Manakala bagi PAS mencatat kejayaan membanggakan di N.24 Dewan Undangan Negeri Beting Maro, Sarawak kerana berjaya mengurangkan majoriti Barisan Nasional di kawasan tersebut.


Calon PAS, Haji Alem Din memperolehi 1901 undi berbanding dengan calon BN, Bolhasan Di yang meraih sebanyak 2796, manakala 45 undi rosak dengan peratusan keluar mengundi sekitar 50 peratus sahaja.

Bagaimanapun berdasarkan keputusan itu, berbanding dengan keputusan 2001, BN menerima tamparan hebat kerana selain undi PAS meningkat sebanyak 502 undi, jumlah undi yang diperolehi oleh calon BN yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, berkurangan sebanyak 1637 undi.

Untuk rekod, dalam PRU 2001 di Dun Beting Maro, Bolhasan memperolehi 4433 undi menewaskan calon PAS, Abang Ahmad Abang Dahlan yang hanya meraih 1399 undi.

Apa yang mengejutkan lagi, di kawasan peti undi Beladin, calon PAS berjaya mengatasi BN di semua enam saluran tempat mengundi.

_________

Itu jika kita berbicara soal Pilihanraya Dun Sarawak pada tahun 2001 dan 2006. Dun Negeri Sarawak akan terbubar dengan sendirinya pada Mei 2011. Namun di bumi Kenyalang itu sekarang ini, khabar angin sepoi-sepoi bahasa bertiup kencang di mana Ketua Menterinya dikatakan akan membubarkan Dun pada tahun ini. Atas dasar apa kebenaran khabar angin ini, mungkin PERISTIWA / INSIDEN yang berlaku seperti yang dipaparkan di dalam Berita Harian pada hari ini akan membuatkan kita terfikir, akan kebenaran bahawa Pilihanraya Dun Negeri Sarawak tahun ini!.

Sarawak pertahan halang Naib Presiden PKR masuk
Monday, 16 February 2009 07:21am

Image©Berita Harian

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempertahankan tindakan menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa, daripada memasuki negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang kelmarin.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perkara terbabit tiada kaitan dengan jawatan politik yang dipegang Sivarasa tetapi ia hanya kebetulan atas sebab tertentu yang menghalang kemasukannya.

“Tindakan ini tidak bermakna kerajaan melarang kemasukan semua ketua pembangkang dan bukan bertujuan menakutkan mereka namun ia terpaksa dilakukan atas sebab tertentu.

“Sebelum ini, ada juga pemimpin pembangkang yang dihalang kemasukan atas sebab keselamatan dengan mahkamah memutuskan kita berhak berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan mangsa kebakaran kepada empat keluarga dari Kampung Pinang Jawa di sini, semalam.

Petang kelmarin, Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang dihalang memasuki negeri ini oleh kakitangan Jabatan Imigresen selepas pesawat dinaikinya dari Kuala Lumpur mendarat di LTAK kira-kira jam 1.30 petang.

Sivarasa yang mendakwa kehadirannya ke Kuching adalah bagi menghadiri mesyuarat PKR Sarawak sebelum ke Miri bagi merasmikan satu lagi majlis pada sebelah malam.

Daud berkata, kerajaan Sarawak mempunyai hak imigresen sejak penubuhan negara ini bagi menghalang kemasukan warga Malaysia bukan berasal dari Sarawak atau bukan warganegara Malaysia atas tujuan keselamatan serta kepentingan penduduknya.

“Jabatan Imigresen Sarawak mempunyai senarai nama individu tertentu yang dianggap lebih baik tidak dibenarkan memasuki negeri ini berikutan faktor keselamatan dan secara kebetulan mereka juga terbabit dengan ahli politik tertentu.

“Mereka secara kebetulan ahli politik pembangkang, kita tidak menyenarai hitam sesuka hati pemimpin pembangkang (daripada memasuki Sarawak), saya tak tahu sebabnya dan jika tahu pun saya tak boleh mendedahkannya,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pihak imigresen tidak pernah menghalang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke negeri ini dengan individu yang dihalang seharusnya mengetahui punca sebenar tindakan itu perlu diambil.

“Golongan terbabit akan dibenarkan memasuki ke negeri ini sekiranya tidak lagi memberikan ancaman kepada penduduk Sarawak sama ada mereka wakil rakyat pembangkang atau bukan pembangkang,” katanya.

Wednesday, February 11, 2009

DURHAKA 2

Semalam selepas mengarang pendek tajuk Durhaka.com, entah macam mana terbaca satu artikel di dalam ruangan RENCANA Utusan Meloya. Tajuk artikel itu adalah “Sultan tentukan siapa MB” karangan Bakal Calon Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia, seorang peguam senior.

Apabila selesai membaca artikel tersebut, rasa makin kuat keinginan untuk membaca, menelaah Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 dan seterusnya membanding pandanganku yang tersendiri akan kebenaran yang dibawa oleh intipati artikel itu.

Artikel tersebut mempunyai 30 perenggan dan aku tidak bercadang untuk mengulas ketiga-tiga puluh perenggan tersebut. Hanya beberapa perenggan saja yang aku rasa perlu DIPERSEMBAHKAN kepada orang awam yang tidak mempunyai latar belakang ilmu perundangan untuk difikirkan.

Apapun, kata orang undang-undang, pandangan para pengamalnya biasanya ada DUA. Terutama apabila ada “lacuna” (kekosongan) atau gap atau loop-hole di dalam satu-satu peruntukan. Sebab itu kadang-kadang ada kes kata macam tu dan ada pula kes kata begini. Masing-masing ada tafsiran masing-masing. Tetapi di dalam kes di Perak inidan merujuk kepada artikel tersebut, aku pertahankan pandanganku setelah berbincang dan berbahas secara ilmiah dengan sahabat-sahabat perundanganku.

Berikut adalah perenggan-perenggan yang aku rasakan ada tafsiran yang tidak tepat atau dicanang mengikut selera “politik” pihak-pihak tertentu:-


[1] Perenggan 9, Datuk Kamilia berkata,

“Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang.”

Komen : Termaktub di Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 bahawa :-

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perkara 18 (2) Adapun Majlis Mesyuarat Kerajaan itu hendaklah dilantik sebagai yang berikut iaitu:

(b) hendaklah Baginda dengan nasihat Menteri Besar melantik tidak lebih daripada sepuluh orang atau tidak kurang daripada empat orang ahli-ahli lain dari antara ahli-ahli Dewan Negari itu;

tetapi jikalau satu lantikan itu diperbuat pada masa Dewan Negeri itu dibubarkan, seorang yang telah menjadi ahli Dewan Negeri yang akhir bolehlah dilantik tetapi tidak boleh dia melanjutkan jawaannya kemudian daripada perjumpaan yang pertama bagi Dewan Negeri yang baharu itu kecualinya dia menjadi seorang ahli bagi Dewan itu.

Tidak pula aku terjumpa bahawa “Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut”. Yang termaktub di dalam perkara/fasal ini adalah berkisar berkenaan dengan kuasa Sultan untuk perkenan perlantikan Exco Kerajaan Negeri, itupun SETELAH DUN itu dibubarkan. Soalan aku, dibubarkankah Dun Perak?

Keputusan : 1-0.


[2] Perenggan 11 dan 13, Datuk Kamilia berkata,

“(11) Seorang Menteri Besar hanya akan memohon pembubaran DUN apabila tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. Apabila seseorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan, maka ia bermakna beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar.

(12) ....

(13) Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).”

Komen : Termaktub di Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 bahawa :-

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perkara 16 (6) Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonannya Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu.

Versi Bahasa Inggeris

The Executive Council

Article 16 (6) If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the resignation of the Executive Council.

Di dalam perkara ini, bagi orang awam mungkin sedikit keliru dan pening dengan frasa (ayat) perundangan yang berbelit-belit. Menurut Perkara (16) (6) ini, kronologi berikut MESTILAH berlaku mengikut prioriti:-

Langkah 1. MB terhenti daripada mendapat kepercayaan majoriti ahli Dun;

Langkah 2. MB mohon pembubaran;

Langkah 3. Sultan perkenan pembubaran

Langkah 4. MB (setelah Sultan perkenan) akan secara sukarela letak jawatan.

Ayat “kemudian” dan “dikecualikan” (Bahasa Melayu) atau “then” dan “unless” (Bahasa Inggreis) pada Perkara 16 (6) hendaklah diperhatikan secara BERHATI-HATI oleh semua pihak.

Maksud dua patah perkataan tersebut adalah, MB letak jawatan SELEPAS Sultan perkenan. Bukannya letak jawatan dulu barulah selepas itu Sultan perkenan. Sebabnya jikalau ikut logik sekalipun, kalu MB kena letak jawatan dulu, then sultan perkenan, OK. Tapi bagaimana pula jika:-

1) MB letak Jawatan, Sultan tak perkenan? atau

2) MB tak letak jawatan, Sultan juga tak perkenan?

Berbalik kepada kes di Perak, Sultan TIDAK perkenan untuk bubar dan MB pula TIDAK letak jawatan. Maka di dalam kes, maka YAB Dato’ Seri’ Hj Nizar masih lagi mendapat KEPERCAYAAN ahli-ahli Dun. MELAINKAN telah diadakan sidang Dun dan diadakan USUL undi tidak percaya, maka ketika itu, barulah Hj Nizar tadi menurut perkara yang lain di bawah undang-undang yang sama bukan lagi MB.

Justeru itu, ayat “automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan” adalah TIADA LOCUS dan BASIC (ASAS) yang kukuh untuk diterima pemakaiannya dari sudut undang-undang negeri Perak. Sebabnya TIADA peruntukan KHUSUS di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyatakan perkara tersebut. Ianya adalah TAFSIRAN Datuk Kamilia semata-mata. Untuk itu, HANYA Mahkamah mempunyai bidangkuasa yang cukup luas di dalam MENTAFSIRkan Maksud TERSIRAT peruntukan ini.

Keputusan : Seri (hehe). Sebab Mahkamah akan tentukan.

Nota Tambahan : Persoalan yang timbul, adakah tindakan Sultan memanggil wakil BN (Tok Jibtuya) DAN wakil rakyat bebas seramai tiga orang itu, adalah untuk memenuhi peruntukan “terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu”? Namun harus DIINGATKAN, bahawa tindakan ini adalah TIDAK SELARI dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kerana HANYA melalui USUL UNDI TIDAK PERCAYA di dalam Dun sahaja tafsiran ““terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu” boleh dilaksanakan.


[3]. Perenggan 14 “Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, jelas Sultan mempunyai kuasa bertindak untuk melantik Menteri Besar baru dan sekaligus penubuhan kerajaan negeri yang baru. Jelas juga bahawa kuasa Menteri Besar dan Exco lama akan gugur dengan sendirinya.”

Komen : Termaktub di Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 bahawa :-

Memanggil, memberhentikan dan membubarkan Dewan Negeri

Perkara 36 (2) Duli Yang Maha Mulia bolehlah memberhentikan atau membubarkan Dewan Negeri itu.

Perkara 36 (3) Maka Dewan Negeri itu dikecualikan dibubar sebelumya, dan hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh perjumpaannya yang pertama dan hendaklah dengan sendirinya terbubar pada hujung tempoh itu.

Sultan sememangnya tidak dinafikan bahawa mempunyai kuasa untuk melantik MB baru, TETAPI, jika kita baca peruntukan di atas, HENDAKLAH dibubar terlebih dahulu Dun. Maka sekaligus MENAFIKAN secara terang bahawa ayat “kuasa Menteri Besar dan Exco lama akan gugur dengan sendirinya” adalah BERTENTANGAN dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Keputusan : 3-1 (Sebab Seri 1 tadi – KIV tunggu keputusan Mahkamah).


[4]. Kata Datuk lagi di dalam tiga perenggan lagi iaitu, Perenggan 20

Tidak perlu undi tidak percaya di DUN sebelum pelantikan Menteri Besar baru kerana Nizar sendiri telah menghadap Sultan menyatakan sudah tidak ada kepercayaan untuk dirinya terus menjadi Menteri Besar apabila beliau sendiri memohon membubarkan DUN.

Perenggan 21

Nizar tidak perlu meletak jawatan kerana perbuatan memohon pembubaran DUN itu sendiri dianggap satu peletakan jawatan kerana beliau dengan sendirinya sudah tidak ada mandat untuk berfungsi sekali gus turut menggugurkan jawatan kesemua exconya.

Perenggan 22

Namun Nizar berdegil menyatakan beliau masih Menteri Besar Perak. Sebenarnya daripada sudut undang-undang beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar. Zambry kini sah menjadi Menteri Besar Perak. Perintah mahkamah boleh diambil terhadap Nizar kerana melanggar perintah Sultan.

Komen : Sila baca semula Perkara 16(6) di atas. Kena faham bahawa, LANGKAH atau TINDAKAN yang WAJIB berlaku dahulu adalah SULTAN PERKENAN untuk PEMBUBARAN. Jika Sultan tidak perkenan, maka Sultan dengan sendirinya PERCAYA bahawa TIADA undi tidak percaya ke atas Kerajaan PR.

Kena diperbetulkan ayat pada artikel beliau kononnya MB Hj Nizar mohon bubar Dun atas dasar sudah tiada kepercayaan kepada dirinya untuk terus jadi MB. Jika begitu, 1-4 tahun akan datang, Parlimen Malaysia dibubarkan, yang mana Dun-Dun di Malaysia juga biasa dibubarkan serentak, ADAKAH BERMAKSUD Kerajaan Pusat atau Dun-Dun lain seperti di Sabah, Sarawak, Johor atau negeri-negeri lain SUDAH TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN ahli-ahli Dewannya? Sudah tentu tidak. Ini kerana satu-satu Parlimen/Dun diberi tempoh masa maximum 5 tahun sahaja. Tak boleh lebih. Kurang tidak mengapa.

Justeru, terpulang kepada kebijaksanaan PM atau MB untuk menentukan bila Parlimen atau Dun dibubarkan. Itu adalah peruntukan yang diberikan kepada PM atau MB. Dibubarkan bukan ASBABnya TIDAK PERCAYA SAHAJA. Tempoh yang dinyatakan di dalam Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri adalah lima tahun. Ini termaktub di dalam Perkara 36 (3) Maka Dewan Negeri itu dikecualikan dibubar sebelumya, dan hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh perjumpaannya yang pertama dan hendaklah dengan sendirinya terbubar pada hujung tempoh itu.

Untuk itu, UNDI TIDAK PERCAYA di DUN sebelum perlantikan MB HARAM adalah WAJIBUL QAT’IE!.

Keputusan : 4-1 (1 Masih KIV dengan Keputusan Mahkamah).


PENUTUP

Jika diikutkan ilmu BOLASEPAK, keputusan 4-1 (1 masih KIV tau) sudah cukup untuk mengakibatkan kumpulan yang menjaring 4 gol itu menang 3 mata.

“Priiiiiiiiiit,”bunyi wisel pengadil.

Tanamkan KEYAKINAN bahawa Yang HAQ pasti tertegak! Jika tidak di dunia fana ini, insyaAllah sama-sama kita TUNTUT di akhirat kelak. Takbir!

Sekian.

Abu Umar Nashrullah,

Bangi, Selangor.


Cuit sikit : Perkara 35 Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 di bawah tajuk Meletak Jawatan Menjadi Ahli-Ahli berbunyi, “Maka seseorang ahli Dewan Negeri itu bolehlah meletak jawatan menjadi ahli dengan menulis surat yang ditandatanganinya dan dialamatkan kepada Yang Dipertua”. Di dalam kes 2 Dun Bebas (dulunya PKR sekarang dah jadi Adun Bebas Cap Kapal Korek), surat SUDAH ditulis, ditandatangani pula itu dan dialamatkan kepada YDP Speaker Dun, Tetapi Mahkamah SPR putuskan ianya TAK VALID. Sebab kata SPR tiada tarikh dan empunya diri tidak berniat/bermaksud letak jawatan. Cuba baca lagi sekali peruntukan yang diitalic di atas tu, samada surat dua (2) Dun tersebut telah memenuhi peruntukan tersebut. Perlukah ia bertarikh dan diniatkan sedangkan Perkara 35 tidak menghendaki sebegitu? Tunggu keputusan Mahkamah dan kes2 terdahulu yang telah diputuskan..... Chow!


Tuesday, February 10, 2009

DURHAKA.com

Dengan tiba-tiba sahaja akhirnya Negeri Perak menjadi tumpuan negara. Alkisah dari mula lagi bermula dengan Kes "SEDEKAH" Perempuan (Bak kata tertuduh ketika itu) yang melibatkan berpuluh-puluh juta itu. Sejak itu maka arakian diriwayatkan bermulalah adegan cak-cak dan tom-tom bak di Perak.

SCENE 2 pula diceritakan tatkala Adun Bota melompat katak ke PKR. Ketika itu, tidak pula ia meletak jawatan sebagai ahli Umno & Adunnya. Beliau hanya UMUM keluar parti sekejap sahaja sebab nak pergi jamban. Terjadi pula kenyataan akhbar oleh Umno yang ketuanya akan bertanggungjawab. Maka bertanggungjawab sungguh ia hingga melepaskan jawatan yang selepas itu disahut oleh Tok Jibtuya. Senyum kambing biri-biri Tok Jib. Ulat bulu dah naik daun katanya di dalam hati. Plan aku menjadik wey!

Diriwayatkan lagi oleh khabar-khabar di negara bahawa dua Adun PKR hilang entah ke mana. Aduh! Malaysia yang punya bapak Polisi yang dahysat dan terpantas no. 4 di dunia boleh kehilangan 2 Adun. Menaajibkan!

Main sorok-sorok tak nak keluar punya pasal, akhirnya Speaker Dun Negeri Perak hantar surat perletakan jawatan 2 Adun tersebut kepada SPR Negeri. Tidak diterima pula SPR gara-gara empunya diri belum lagi mahu letak jawatan. Bila SPR tanya itu kita tidak tahu. Dari khabar agaknya.
Berdasarkan kepada Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya telah dimasukkan ke dalam Peruntukan Perlembagaan Negeri-negeri (sebagaimana kehendak Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan), apabila sahaja SPR dimaklumkan terdapatnya kekosongan di dalam DUN, maka SPR perlu mengisytiharkan kekosongan tersebut dan Pilihanraya Kecil mesti diadakan di dalam tempoh 60 hari. SPR tidak boleh untuk memeriksa atau meneliti atau membatalkan makluman yang dbuat oleh Speaker tersebut bahkan SPR adalah terikat dengannya. Namun, kejadian di Perak menunjukkan SPR telah melanggar perlembagaan. SPR telah menjadi Mahkamah yang memutuskan perletakan 2 Adun ke Bebas adalah tak sah. Amboi!. Lalu, Tuan YB Speaker kemudiannya telah memfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Ipoh. Entah bila agaknya kes ini didengar, dibicara, diputuskan, dirayu pula selepas itu dan menemui jalan penamatnya.

Lalu Al-kisah, maka bermulalah polemik Scene 3. Ditambah juga oleh Adun Jepalang dari DAP akan keluar parti dan membebaskan dirinya jadi YB Bebas Cap Kelapa Laut Afrika bersama dua lagi YB Bebas (dulunya PKR). Maka bertigalah YB Bebas. Jikalau ada 25 lagi YB menyertainya maka Parti Bebas mereka itu boleh memerintah negeri Perak. Tapi manakan 28 BN dan 28 PR mahu berparti Bebas seperti mereka. Mereka itu Bebas. Bebas mana boleh ada parti. Bebas kena bebaslah.

Lalu 4 Februari 2009 maka mengadaplah MB ke bawah duli Sultan. Dimohon bubar Dun. Esoknya Tok Jibtuya pula berjumpa. Petangnya itu, 3 YB Bebas diceritakan bebas berdiri di sebelah Tok Jibtuya di Putra yang berjaya. Berkata 3 YB Bebas tadi, kami bebas. Tapi kami sokong BN. Pulak dah. Maka Bebas ke arah BNlah namanya 3 YB Bebas tadi.

Hatta, Tok Jibtuya pun mengwar-warkan BN cukup korum. Cukup korum bentuk kerajaan tapi kerajaan sebelumnya belum lagi ditumbangkan secara UNDANG-UNDANGnya. Secara logik & on paper boleh jadi YA.

Lalu Undang-undang Tubuh Negeri Perak (Perlembagaan Negeri) pun dibuka. Buka punya buka tak jumpa perkara yang berikuasa kepada Sultan untuk memecat MB. Yang ada hanyalah kuasa MELANTIK MB. Tiada juga perkara yang memberi kuasa kepada Sultan untuk menitahkan MB untuk meletak jawatan. JAWAPANNYA TIADA / TIDAK ADA / YILEK kata Sarban Singh / MEY YOK kata olang cina!

Tatapi di dalam kes Perak, lain pula jadinya. Geleng kepala patik!.

Ampun Tuanku,

Adapun menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, seorang Menteri Besar itu hanya boleh diberhentikan melalui :-

1) MB itu sendiri secara sukarela meletak jawatan;
2) Semasa sidang DUN diadakan Undi Tidak Percaya kepada MB; dan/atau
3) Apabila DUN dibubarkan.

Maka di sini kita melihat dengan fakta dan sahih undang-undang bahawa:-

1) Kerajaan Pakatan Rakyat masih lagi kerajaan yang SAH
2) MB Dato' Seri Hj Nizar adalah YAB MB yang masih SAH.

Jika BENAR dan/atau BETUL kerajaan BN nak memerintah, patik rasa tiada masalah. Be Gentlement. Majority WIN. Tapi ikutlah saluran yang SEWAJARNYA. Ini MESEJnya yang semua pihak kena paham.

MB sedia ada TIDAK AKAN Meletak Jawatan.

DUN pula tidak diperkenan oleh Tuanku Sultan.

Nah! Adakan saja sidang Dun PALING TERGEMPAR di dalam Dunia. Maka usulkan undi tidak percaya. Cukup Majoriti maka cukuplah sifatnya.

Ada lagi OPTIONnya.... untuk lebih JANTAN, pihak BN mohon perkenan Sultan untuk BUBAR DUN dan adakan sahaja Pilihanraya Kecil Dun Perak. Tapi di sini, JANTANkah BN?